Program FOCUS-A
Program Fokus A merupakan sistem pembelajaran lengkap dan terkini secara online (e-learning) yang dirumus khas mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang merangkumi semua mata pelajaran daripada darjah 1 hingga tingkatan 5.
Program Fokus A merupakan sistem pembelajaran lengkap dan terkini secara online (e-learning) yang dirumus khas mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang merangkumi semua mata pelajaran daripada darjah 1 hingga tingkatan 5.
Focus "A"
adalah program pembelajaran online (e-Learning) yang telah
dihasilkan oleh para guru yang berkelayakan
dan berpengalaman tinggi beserta dengan integrasi internet dan
mengikut sistem pembelajaran di Malaysia. Ia
adalah satu penyelesaian pada kesukaran
dan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) pelajar. Para pelajar juga boleh
menilai dan mempraktikkan
sendiri kebolehan mereka dalam program Focus “A” ini. Selepas
mengikuti program ini, para pelajar akan
dapat menjawab soalan peperiksaan dengan
penuh yakin dan seterusnya membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang
cemerlang.
Dengan mendaftar sebagai ahli dan pengguna
program Focus “A” akan adanya interaksi
yang lengkap antara ibu bapa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran anak. Ibu bapa boleh memantau pembelajaran anak mereka
dengan mengakses “Web Report Card” pada bila-bila masa 24 jam sehari, 365
hari setahun dan di mana jua mereka berada.
Kunci utama untuk mencapai gred yang baik adalah pada kaedah “input & output learning”
– keupayaan untuk menyerap, memahami dan mempraktikkan apa yang pelajar pelajari. “input learning” adalah proses berkesan untuk membaca, belajar, menghafal
dan mendengar.” output learning” pula adalah cara untuk mempraktikkan apa yang telah
di pelajari.
Fokus A juga membantu anak anda untuk persiapan bagi
menduduki perperiksaan dan melepasi segala rintangan dengan melengkapkan
mereka untuk menjadi seorang pelajar yang sentiasa bersedia dan peka dengan peperiksaan.
Program ini akan memanfaatkan anak anda dengan metologi pembelajaran yang terdiri
daripada input, output, suara latar (Voice Over), pembelajaran “live” secara online
dan sesi forum untuk pelajar. Apabila tibanya hari peperiksaan, anak anda akan dapat
menjalani dan menempuh segala cabaran dengan penuh yakin dan boleh mendapat “straight
A+”