Harry Potter - Golden Snitch

About Me


Welcome to KhaiangeL.Blogspot.Com!

Salam~ Hai, Saya Khai, founder dan editor blog Khaiangel.blogspot.com.
Terima kasih kerana melawat Personal Blog Khai. Sekiranya korang dah sampai sini, pasti korang nak tahu dengan lebih dekat lagi mengenai Khai.

About Khai Khaiangel.com
Saya merupakan seorang lelaki biasa, yang berimpian setinggi langit biru. 

Latar Belakang Khai
Saya mempunyai minat yang sangat tinggi dalam bidang IT dan Music. Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan komputer dan alunan muzik gitar. Saya mula belajar komputer dan internet sejak umur 15 Tahun dan ketika itu juga saya bermula untuk belajar bermain gitar.

Selepas menamatkan Sekolah Menengah (STPM) Saya meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan di anugerahkan sijil Bachelor in Business Management (Hons.) Business Economics. Sebelum hari graduasi, saya telah mula bekerja dengan salah satu kolej terkemuka malaysia iaitu KLMU / Cosmopoint di cawangan Kota Kinabalu Sabah. Tapi Sekarang Khai dah berhenti bekerja di sana atas sebap-sebap yang tertentu. Buat Masa sekarang, Khai tengah honeymoon menanti satu peluang keemasan untuk tiba. Dalam jangka masa ini, saya ingin cuba untuk menceburi dan mempertingkatkan lagi gaya penulisan dan kemahiran dalam bidang blogging.

Khai Dan Music
Bermain gitar merupakan perkara yang paling saya minati sejak kecil. Saya boleh dikatakan mahir dalam guitar fingerstyle accoustics (Hanya di kalangan rakan-rakan ok! :D) walaupun Saya tidak mempunyai apa-apa pendidikan rasmi dalam bidang muzik. Ya! saya tidak boleh membaca tab gitar dan juga note note muzik. Boleh dikatakan buta huruf dalam seni aliran muzik. Tapi, yang paling penting Saya boleh bermain dengan baik atas didikan Pakcik Khai, Mahir dan Napoleon, tidak lupa juga kepada rakan baik saya Sheldon yang banyak memberi tunjuk ajar.

Pada asalnya saya ingin upload video ke youtube, ingin menunjukkan cara saya bermain. Tetapi halangan utama saya ialah, saya tidak mempunyai instrument yang baik untuk digunakan. Mungkin di masa hadapan Saya akan cuba :)

Khai Dan Blog
Saya gembira untuk berkongsi pendapat, informasi, pengalaman dan idea kepada orang lain. Saya berimpian untuk menjadi salah satu blogger yang dikenali ramai pada suatu masa akan datang. Dalam blog, saya suka untuk berkongsi apa sahaja yang saya tahu mengenai blog, cara-cara membuat design blog dan info terkini mengenai blog selain membuat post mengenai lirik lagu dan muzik sebagai koleksi peribadi.

Secara amnya, Blog KhaiAngel.com merupakan blog yang menulis apa-apa sahaja dalam jangkauan pemikiran saya sendiri. Ini termasuk segala informasi, gosip, music, video, tips dan berita yang menarik minat Khai. Pada masa hadapan, saya akan lebihkan sedikit mengenai muzik dan juga video yang diupload oleh saya sendiri. :)

Nak mulakan blog bagi blogger baru? [Klik Sini] Cari Tutorial Blog? [Klik Sini] Nak tengok Khai bermain Gitar? [Link belum tersedia]

Sedikit Tambahan mengenai Khai
Saya mempunyai family yang sangat sporting dan supportive tidak lupa juga kepada rakan saya yang sentiasa menyokong saya tidak kira di mana mereka berada. Terima kasih semua :)

Saya ingin membuat kelainan dan ini mungkin akan menjadi titik permulaan bagi saya untuk memulakan perjalan dan terus berjaya dalam dunia blogging. Terima kasih yang tidak terhingga kerada semua Readers dan juga followers. Selain Blogging dan bermain gitar, saya juga gemar untuk travelling, tengok movie & Anime, membaca Manga, dan hangout bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan.

My Amazing support system :D

Support team Khaiangel.com

Selain daripada Blog, korang juga boleh jumpa saya di tempat yang lain dalam web.
Come Follow me!

Follow My Fan Page! KhaiAngeL Twitter KhaiAngeL NuffnangX Subscribe To My Feed! KhaiAngeL Google+! Mail To KhaiAngeL

5 comments:

  1. tlg buat blog dekat sya yg comel blh?

    ReplyDelete
  2. Hello @Rashidah
    Untuk tempahan buat blog boleh klik sini, Like page dan hantarkan Message :) Thanks ya..

    ReplyDelete
  3. blog sye simple n nampak tak menarik...boley ajar nak buat blog yang menarik sikit tak?

    ReplyDelete
  4. saye nak maintainkan template blog saye dgn background kaler merun dsb,...
    yg saye nak,
    1. mcm mane nak buat side bar nampak cantik dan mudah utk pembace faham... macam popular post tu, kalau boleh saye nak sertakan gambar sekali.
    2. utk widget kos penghantaran dan promosi sye nak letak border...
    3. dekat menu bar utk bahagian produk say enak ia lebih kemas. klu pembace klik, so pembace boleh tau ape produk yg saye jual atau post2 saye.
    4. di setiap post/entry, last skali sye nak letak ANDA JUGA MUNGKIN SUKE...then ade link2 beserta gambar yang pembace mungkin boleh klik.
    cmne ye...

    Ni blog saye, cube you tgk...
    http://pakngahmeniaga.blogspot.com/2014/01/senarai-produk.html

    Atau you ade cadangan lain?tp kalau boleh xnk nmpak serabut sgt...nak simple tp menarik...tq khai

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved