Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Reka Bentuk Dalaman (Interior Design)

Diploma Reka Bentuk Dalaman (Interior Design)

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Rekabentuk Dlaman 
(Interior Design)
Apa itu Reka Bentuk Dalaman?
Rekabentuk dalaman merupakan salah satu disiplin ilmu yang menggabungkan seni kreativiti dan teknikal, berfungsi sebagai solusi kepada sesuatu ruang dalaman sesebuah bangunan atau binaan. Solusi terhadap penggunaan ruang ini meningkatkan kualiti hidup, roduktiviti dan budaya para penghuni di samping menitikberatkan nilai-nilai estetika berpandukan konsep-konsep senibina tertentu. Setiap rekabentuk yang dihasilkan perlu memenuhi tuntutan keperluan fungsi ruang tersebut. Hampir setiap daripada kita terlibat secara langsung dalam konteks ruangan dalaman. Rekabentuk dalaman melibatkan hampir semua kriteria bangunan termasuk hotel, pejabat, sekolah, rumah kediaman, kedai, restoran, teater dan terminal lapangan terbang.

Diploma Rekabentuk Dalaman (Interior Design) menawarkan penyelidikan proses Rekabentuk dalaman dengan pendedahan terhadap konsep dan teknologi terkini. Anda berpeluang merealisasikan imaginasi kreatif dan berinovasi dalam mencipta persekitaran alambina mampan lestari. Antara komponen proses rekabentuk tersebut termasuklah susunatur solusi ruang, analisis faktor psikologi dan fisiologi manusia, pengetahuan teknikal seperti melakar, memplot lukisan terperinci dan perspektif, teknik-teknik pencahayaan, warna, erabot dan bahan kemasan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Program Diploma Rekaan Dalaman (Interior Design) ini sesuai bagi individu yang:-
  • Kreatif dan kritis yang berdaya saing tinggi serta menggemari cabaran.
  • Gemar melakukan kerja-kerja berpasukan
  • Minat melukis, minda pencari idea-idea bernas
  • Kecenderungan terhadap meningkatkan kualiti persekitaran secara fizikal dan mental
  • Mereka yang mencintai kecantikan dan keindahan
  • Personaliti ceria, gemar berinteraksi dan berimaginasi.

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Perancang ruang & prinsip rekabentuk
- Solusi Ruang
- Proses Rekabentuk
- Prinsip utama Rekabentuk
- Memahami prinsip Rekabentuk
- Mengaplikasi prinsip rekabentuk kepada Prinsip Kerja

Penghasilan lukisan terperinci
- Skill melukis
- Skill aplikasi AutoCAD
- Skill Membaca & Memahami Dokumen dan Lukisan Senibina
- Skill Persembahan

Lakaran dan Ilustrasi Lukisan
- Lukisan Manual
-Kreativiti Visual

Skill Keusahawanan Profesional
- Portfolio
- Komunikasi
- Penyelidikan
- Konsep dan kreativiti
- Bekerja berpasukan

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang mencaburi pelbagai industri seperti:-
- Firma Rekabentuk Dalaman
- Firma Kontraktor
- Muzium
- Kompleks Komersial
- Firma Pembuatan Bahan Binaan
- Bidang Akademik

Peluang pekerjaan sebagai:-
- Pembantu Perekabentuk Dalaman
- Pembantu Jururunding Rekabentuk, Perunding Warna & Bahan Kemasan Binaan
- Penyelia Tapak Binaan, Pelukis Pelan, Pelukis Ilustrasi
- Pembantu Pengurus Projek
- Pereka Ruang Pameran dan Diorama
- Pereka Tema dan Kiosk, Pereka Pentas dan Teater
- Perekabentuk Perabot dan dapur, Produk Assesori Bangunan
- Tutor Senilukis,Penolong Pensyarah bidang berkaitan.

19 comments:

  1. saya sangat berminat untuk menceburi bidang ini, saya nak tanya, kelayakan SPM untuk menceburi bidang ini ?

    ReplyDelete
  2. saya nak tanya IPTA mana yang menawarkan bidang ini??

    ReplyDelete
  3. @Nadia secara amnya, kelayakan minimum untuk diploma Reka Bentuk Dalaman (Interior design) ialah mendapat sekurang-kurangnya kepujuan dalam 3 mata pelajaran termasuk subjek Pendidikan seni (kelayakan IPTS)..

    @Athirah Boleh Cuba kat UiTM.. Salah satu IPTA yang menawarkan diploma interior design.. bagi IPTS pula, Cosmopoint/KLMU ada menawarkan diploma ni

    ReplyDelete
  4. Jika saya ingin apply di UiTM, adakah saya mesti mendapat kepujian dalam 5 subjek termasuk pendidikan seni?

    ReplyDelete
  5. Hello @Olivia..

    Syarat utama untuk memasuki UiTM: Mestilah Bumiputera sahaja.

    Untuk mengetahui syarat2 am kelayakan Fakulti Seni bina UiTM, boleh lawat link official UiTM. Klik link di bawah.

    Syarat Kelayakan Diploma dalam Fakulti Seni Bina UiTM

    ReplyDelete
  6. hello..
    jika sya x amek seni dlm spm.. tp sya nk amek interior designer... apekah boleh..?

    ReplyDelete
  7. Hello @nik..
    Syarat kelayakan masuk dalam Interior Design bergantung pada Kolej/Universiti yang dipilih.

    Kebiasaannya, jika tidak mengambil Pendidikan Seni dalam SPM, nik masih boleh memohon untuk kursus ini, tapi besar kemungkinannya, nik kena sediakan beberapa jenis lukisan (Bergantung kepada syarat kolej/universiti)

    ReplyDelete
  8. salam..

    saya dah ada sijil..tapi bolehkah memohon diploma menggunakan sijil?

    ReplyDelete
  9. Salam @Amirul, Tertakluk kepada sijil apa yang digunakan. Sekiranya ia adalah sijil kemahiran, susah sedikit nak sambung belajar.

    Kebanyakan Universiti/Kolej adalah mengikuti piawaian standard yang ditetapkan oleh Malaysian Quality Agency (MQA).. dan memerlukan sekurang-kurangnya lulus SPM dengan mendapat 3 kepujian dalam subjek yang diambil (Syarat minimum untuk program diploma bagi kolej)

    ReplyDelete
  10. salam, saya dalam masa 2 minggu lagi akan dipanggil temuduga course ni, katanya akan ada ujian lukisan? lukisan jenis apa yang patut saya lukis? saya masa tingkatan 3,4&5 saya belajar akaun.. tapi saya takut kalau2 saya tak dapat lukis dengan baik dan pihak universiti menolak permohonan saya. dan satu lagi, apa benar masa temu duga, pensyarah itu akan menanyakan tentang tokoh2 berkaitan dengan reka bentuk dalam ni?? harap dapat bantu saya..

    ReplyDelete
  11. Hello Realwany, Secara Amnya.. ujian lukisan tu ada 3 kategori :

    1. Lukisan Hitam Putih (potret/permandangan/Abstrak/...)
    2. Lukisan bewarna (Permandangan/Abstrak/...)
    3. Bebas (apa2 sahaja)

    Kebiasaannya dalam temu duga diploma seni lukis, korang takkan ditanya soalan yang sukar2. Semuanya bergantung kepada kemahiran teknikal dan kreativiti korang (kemahiran melukis/melakar/berimaginasi). Tetapi, ini bergantung kepada syarat dan terma Universiti/Kolej yang menawarkan bidang ni.. :)

    Dah ada Basic akaun.. Napa tak teruskan ke diploma perakaunan? :D

    ReplyDelete
  12. haha saya tak minat akaun dan dgn result saya pun sya tak lyak ambik diploma perakaunan.. hehe tapi masa temuduga nanti nak kena bawa portfolio ke? saya pula nak bawa apa? patutkah saya melukis beberapa lukisan untuk ditunjukkan di temuduga nanti ??

    ReplyDelete
  13. salam, hai.. saya akan menghadiri interview utk ijazah rekabentuk dalaman.. sebelum ni sy ambil diploma dlm kej. awam. jd, sy tidak mempunyai byk pengetahuan dalam bidang ini, tetapi sy betul2 nak ceburi bdang ni. boleh sy tahu, apa soalan2 yg sering ditanya dlm sesi temuduga ni, n perlukah sy tahu serba sedikit tentang software2 yg digunakan selain dari autoCAD? dan klau sy nk membuat rujukan atau mendapatkan sedikit info tentang konsep2 rekabentuk dalaman pada masa kini, siapakah yang boleh sy rujuk? dan boleh xklau sy bwa bersama sketching sy (bkn portfolio) bersama2 pd sesi temuduga tersebut?

    byk sgt soalan sy.. maaf.. terima kasih.. (^_^)

    ReplyDelete
  14. SAlam @Fiena.. Saya akan jawap soalan2 tu dengan seringkas yang boleh :)

    1. Apakah soalan2 yang sering ditanya sewaktu temuduga?
    If Kolej, dalam peringkat ijazah, soalan2 tu lebih kepada "General Knowledge"(Boleh jadi apa2 sahaja). Tak banyak soalan yang akan di tanya, cuma fiena mungkin akan diminta untuk buat sketch time tu.

    2. Mengetahui software yang digunakan selain AutoCAD, perlu or not?
    Mengetahui lebih dari 1 software adalah satu kelebihan :)

    3. Konsep reka bentuk dalaman masa kini, siapa boleh dirujuk?
    Senior, Lecturer, Interior design megazine, Interior Designer cth: Eric Leong, dan Mr Google. :)

    4. Boleh atau tak boleh bawa sketching waktu temuduga.
    Boleh dan mesti bawa(+Wajib).

    Harap ini boleh membantu and Good Luck!~ :)

    ReplyDelete
  15. assalam...apa soalan yg selalunya ditanya semasa temudaga dip.rekabentuk dalaman..saya x ambil subjek pndidikan seni ketika tingktan 4&5..

    ReplyDelete
  16. Salam , saya fatin pelajar tingkatan 5 thn 2013 dan akn menganbil spm tahun ni . Saya nak tanya kelayakan nak ambil interior design ni berapa credit ye ?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, di mana saya boleh sambung dip. interior design/ sijil di melaka sebab buat masa sekarang saya masih menyambung pelajaran saya di peringkat ijazah tetapi dalam bidang perundangan. Dan saya bercadang untuk memohon pendidikan jarak jauh/part-time dalam bidang seni reka dalaman.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum... err... apa kelayakan bagi lepasan SPM untuk ceburi bidang ni ea??

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum... err... apa kelayakan bagi lepasan SPM untuk ceburi bidang ni ???

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved