Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Seni Reka Fesyen

Diploma Seni Reka Fesyen

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Seni Reka Fesyen 
(Fashion Design)
Apa itu Seni Reka Fesyen?
Rekaan fesyen berkait rapat dengan gaya dan stail sesuatu pakaian. Hari ini, rekaan fesyen sering menjadi rujukan kepada dunia dalam menghasilkan pelbagai rekaan yang kreatif dan inovatif. Tidak sekadar bertujuan untuk kecantikan, rekaan fesyen dapat memberi gambaran mengenai status sosial, adat dan budaya, bidang kerjaya, agama, perubahan iklim serta mencerminkan ekspresi diri dan personaliti.

Diploma Rekaan Fesyen (Fashion Design) menawarkan kursus di dalam bidang rekaan pakaian wanita dan lelaki. Ia menggabungkan seni rekaan dan teknologi pembuatan pakaian. Pelajar akan didedahkan dengan dunia fesyen yang sebenar seperti pertunjukan pentas, pameran koleksi serta berpeluang menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh industri fesyen tempatan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Program Diploma Seni Reka Fesyen (Fashion Design) ini sesuai bagi:-
  • Individu yang suka melukis dan melakarkan idea-idea fantasi menjadi kenyataan
  • Pereka yang kreatif dan inovatif yang mampu menyahut cabaran untuk menjadi salah seorang yang terkenal dalam dunia fesyen
  • Berminat untuk merekacipta fesyen terbaru
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Rekabentuk idea dan konsep
Pengenalan mengenai pelbagai sumber eksplorasi idea-idea kreatif untuk menerapkan subjek penelitian di dalam proses rekaan berkonsep. Konsep garapan idea-idea yang bersifat komersial dari kupasan isu-isu semasa dan kreativiti yang diterapkan pada pelajar bagi tujuan menyesuaikan idea produk dengan keperluan pasaran.

Rekabentuk Teknikal dan Pola Pakaian
Pelajar dapat memahami proses melakar pola, potongan pola metrik dan kemahiran melakar pola secara profesional. Mereka akan mempelajari mengenai pembuatan pakaian dan kesan teknikal pembuatan secara khusus pada tubuh badan. Ploa asas untuk badan, skirt, lengan dan kolar dengan berkesan.

Proses Pembuatan dan Penghasilan Pakaian
Pengenalan kepada pembinaan asas pakaian dan pengeluaran. Mempraktikan teknik draping kain kasa pada patung, pelajar akan memahami bagaimana jatuhan material (fabrik) dan bahan-bahan bentuk pada asas seperti badan, skirts, lengan dan kolar. Pelajar juga mempelajari asas menjahit, teknik draping, cara membaca pola secara komersial dan kaedah peletakan pola ke atas fabrik sehingga proses pakaian siap dijahit.

Pemasaran Produk dan Penyediaan Pakaian Siap
Mendedahkan pelajar kepada proses penyediaan pelajar untuk pasaran bermula dari konsep asas penjenamaan hinggalah ke aspek pemasaran. Ini akan dilakukan dengan pemahaman aliran penjenamaan dari konsep label, arah jenama, menentukan sasaran pelanggan serta teknik pemasaran. Pada akhir pembelajaran, Pelajar akan mampu untuk mengeluarkan produk pakaian mereka sendiri serta meningkatkan keyakinan mereka di dalam mewujudkan identiti mereka di dalam industri fesyen tempatan dan antarabangsa kelak.

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Rekaan Fesyen Adi Busana
- Rekaan Fesyen Produk Berjenama
- Rekaan Fesyen Beruniform
- Rekaan Kostum bagi teater dan perfileman
- Rekaan Teknologi Tekstil
- Penerbitan penyiaran dan media cetak
- Rekaan ruang pementasan fesyen
- Pembuatan dan penataan gaya dan aksesori

Peluang Pekerjaan Sebagai:-
- Pereka fesyen eksklusif adi busana
- Pereka fesyen produk berjenama
- Pereka pakaian beruniform
- Pereka fesyen kostum Juru runding fesyen
- Penata gaya pakaian bagi penyiaran dan majalah
- Penyunting / Wartawan fesyen
- Pereka ruang pameran fesyen
- Pengurus butik

2 comments:

  1. Assalam...

    Mana tempat boleh sambung belajar dlm bidang ni yek? Less info...

    ReplyDelete
  2. Info mengenai diploma dalam web ni adalah secara general.. sy boleh cadangkan UiTM(IPTA) dan KLMU/Cosmopoint(IPTS)..

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved