Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Seni Reka Grafik

Diploma Seni Reka Grafik

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Seni Reka Grafik 
(Graphic Design)
Apa itu Seni Reka Grafik ?
Seni Reka Grafik adalah bidang melibatkan proses kreatif yang menggabungkan seni dan teknologi untuk menyampaikan idea melalui komunikasi tampak (visual communication). Pereka Grafik berkemampuan menghasilkan rekaan seperti pembungkusan, iklan-iklan elektronik dan bercetak, piktograf, papan tanda, majalah, logo, identiti korporat,kulit majalah, laman web, brosur dan sebagainya.

Diploma Seni reka Grafik (Graphic Design) menggabungkan kreativiti dan konsep di dalam bidang industri rekaan grafik yang berkembang pesat hari ini. Pelajar akan memperolehi pemahaman yang luas dan berkemampuan untuk mengaplikasikan pembelajaran yang dipelajari dari subjek-subjek berbentuk teori dan prinsip rekaan, teknik lukisan dan ilustrasi, kemahiran mengendalikan perisian komputer, pengembangan idea, konsep rekaan dan penyelesaian permasalahan di dalam seni reka grafik.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Diploma Seni Reka Grafik berkomputer (Computer Graphic Design) sesuai bagi:-
Mereka yang berminat untuk melakar idea-idea imaginatif supaya dapat direalisasikan di dalam industri

Berkemampuan untuk menggabungkna kreativiti dan konsep yang diperlukan untuk menghasilkan satu rekaan grafik

Berkemampuan untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam hasil kerja mereka yang dapat memenuhi kehendak industri seni reka grafik berkomputer.

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Pemahaman Teori, Aplikasi Prinsip Rekaan dan Teknik Lukisan, Illustrasi
Mempelajari teknik lakaran dan ilustrasi bermula dari cetusan idea, perkembangan konsep sehinga ke lakaran akhir hasil kerja grafik. Pengetahuan teori seperti elemen asas rekaan, prinsip rekaan, sejarah rekaan, fotografi, teori warna dan taipografi digabungkan bersama lakaran bagi menghasilkan rekaan grafik yang sejajar dengan kehendak industri.

Kemahiran mengendalikan perisian komputer
Mendedahkan pelajar dengan menggunakan komputer sebagai peralatan penerbitan dekstop, mengaplikasikan lukisan, imej, tipo dan sebagainya dengan menggunakan perisian ilustrasi, manipulasi imej dan reka letak untuk menghasilkan hasil kerja grafik.

Pengiklanan dan Penerbitan
Pengiklanan memperkenalkan trend terkini di dalam sesuatu promosi, pemasaran, membentuk pasaran sasaran, pengguna, teori dan strategi pengiklanan, peletakan produk dan bagaimana iklan memberi impak terhadap sesuatu proses rekaan. Penerbitan memperkenalkan pelajar dengan penghasilan penerbitan yang menggabungkan taip, grafik, warna dan jalinan menggunakan format pelbagai bagi menghasilkan hasil kerja yang baik dan efektif di dalam sesuatu penerbitan.

Rekaan Korporat
Mempelajari tentang proses menghasilkan logo korporat yang memberi impak maksimum dengan memberi penekanan terhadap pemilihan warna, taip, simbol, elemen penjenamaan dan elemen berkaitan. Pelajar akan dilatih untuk menyelesaikan masalah penjenamaan dan identiti korporat beberapa syarikat juga memperlihatkan bagaimana rekaan grafik mempengaruhi sistem identiti korporat mereka.

Prospek Kerjaya
Graduan bereluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Angensi Pengiklanan
- Syarikat Penerbitan
- Syarikat komputer animasi
- Syarikat produksi media baru (New Media)
- Rekaan editorial
- Agensi Penyiaran
- Agensi Kerajaan
- Syarikat pengurus acara (event management) dan pameran (exhibition)

Peluang pekerjaan sebagai:
- Pereka Grafik dan Multimedia
- Jurufoto
- Visualiser dan illustrator
- Perancang Media
- Artis papan cerita
- Pereka Laman Web
- Pereka Grafik Berkomputer
- Illustrator
- Pereka Animasi
- Pereka Dalaman Syarikat

13 comments:

  1. abg khai.. abg taw x kat kolej or U mane yang ade sediakan kos nie...
    xpom short courses ker

    ReplyDelete
  2. Hello @Juma,

    IPTA : Uitm dan politeknik ada menawarkan diploma seni reka grafik.. U lain pun ada tawarkan, cuma namanya berbeza, so susah sket nak cari..

    Bagi IPTS : KLMU, Cosmopoint, Limkokwing, UniKL dan byk lagi..

    ReplyDelete
  3. Salam,sy calon lpasan spm 2012,sy bmnat dgn course nyh. .tp sy x bpa byk taw pasal basic seni nyh. . N sy ska mlukis. . Rasanya sy sesuai x amek course nyh. . N ssah x nk cari kerja nanti??. . Someone plez help me. . =[

    ReplyDelete
  4. Salam Abdan, "Suka melukis"+Minat+creative = Sangat sesuai tuk bidang ni.. basic seni boleh dipelajari dengan cepat..

    Peluang kerja memang sangat luas.. terpulang kepada usaha individu untuk merebut peluang pekerjaan.. Sekarang kan zaman IT, boleh buat business jual grafik online.. or buat blog sendiri? banyak dah contoh yang ada..
    seperti blog kerana manisnya epal

    ReplyDelete
  5. salam. sya minat kos ni.time SPM sy ad amik subject ict n seni lukis. saya binggung adakah kos ini berpeluang bgi saya untuk kerja dlam sektor kerajaan.?? harap bgi penjelasan n bgaimana cre untuk dpt peluang bekrja di sektor kerajaan.thanks

    ReplyDelete
  6. Hello~
    @zul hasif, Kursus seni reka grafik memang mempunyai permintaan yang tinggi sama ada dari sektor swasta or kerajaan.

    Untuk merebut peluang bekerja dalam sektor kerajaan, sudah pastinya memerlukan adik untuk Skor sekurang-kurangnya 3.0++ agregate CGPA terkumpul setelah tamat belajar dan perlu aktif dalam setiap aktiviti kampus.

    Bagi merebut peluang pekerjaan, adik kena peka dengan iklan jawatan korang yang dikeluarkan oleh kerajaan. Contoh iklan terkini (06.05.2013) sebagai Graphic Designer dalam sektor kerajaan boleh tengok layari link di bawah :

    1. Bank Negara - Graphic Designer
    2. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) - Grafik Designer
    3. Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) - Graphic Designer

    ReplyDelete
  7. salam. saya lepasan spm tahun ni. saya nak tanya, kalau saya minat bidang ni tapi kemahiran melukis tu kurang. boleh ke saya berjaya dalam bidang ni? saya mahir dalam penggunaan komputer dan saya mendapat tawaran dari poli-tech mara untuk kos ni. mohon pandangan admin.

    ReplyDelete
  8. Hello @Faiz,
    Minat adalah sangat penting untuk membolehkan kita berjaya dalam mana-mana bidang. Kemahiran boleh ditambah dan diperbaiki dari masa ke semasa.

    KPTM merupakan salah satu Kolej yang disokong oleh kerajaan. If adik betul-betul minat dengan bidang ni, jangan lepaskan peluang :)

    ReplyDelete
  9. Saya nak bertanya tentang cost atau perbelanjaan grafik dan media ni. Adakah ia tinggi?

    ReplyDelete
  10. Hello Saiful. Cost untuk sambung belajar memang tinggi.

    Dalam bidang seni grafik dan media, sekurang-kurangnya kena ada sebiji laptop dan kamera. Selain itu anda "mungkin" dikehendaki untuk membeli "software" untuk proses editing.

    Belum dikira yuran pengajian dan perbelanjaan harian ketika belajar.
    Apa yang saya pasti di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

    ReplyDelete
  11. Fakulti seni lukis & seni reka Rm8776 setahun...

    ReplyDelete
  12. Saya Sarah sy brminat untuk smbung diploma di tmpt tuan
    0149094319

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved