Harry Potter - Golden Snitch

LOL - Burung Unta dan Tuannya

cerita lucu tentang burung unta
Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah restoran bersama dengan seekor burung unta dewasa. Pelayan wanita yang bertugas pun mengambil pesanan mereka.

Lelaki tersebut berkata, "Satu burger, kentang goreng dengan Coke," dan kini giliran Burung Unta, "mau order apa?" "Saya mau sama saja," jawab Burung Unta.

Selepas beberapa minit, Pelayan tersebut kembali dengan membawa order makan dan minum mereka, "Semuanya RM15.50 Boss".
Lelaki tersebut kemudiannya menyeluk poketnya dan mengeluarkan sejumlah wang yang tepat untuk bayaran makanan yang mereka order tadi.

Keesokan harinya, lelaki dan Burung unta datang kembali ke restoran yang sama dan lelaki tersebut memesan, Satu Burger, kentang goreng dan Coke.."
Burung Unta berkata, "Saya pun Sama.."

Dan sekali lagi lelaki tersebut menyeluk poketnya dan membayar dengan jumlah yang tepat.

Hal ini telah menjadi rutin sehinggalah kedua-dua mereka datang kembali. "Order biasa?" sapa pelayan wanita.

"Tidak, hari ini hari jumaat, bagi saya steak, kentang bakar dan juga salad,' kata lelaki itu.
"Sama" kata Burung unta.

Sejurus kemudian pelayan wanita itu kembali dengan membawa order mereka dan berkata, "semuanya RM32.64."
Dan sekali lagi, lelaki tersebut menyeluk poketnya an mengeluarkan sejumlah wang yang tepat untuk membayar harga makanan mereka.

Pelayan wanita itu tadi tertanya-tanya dan sangat ingin tahu mengapa lelaki tersebut sentiada mempunyai duit yang tepat setiap kali membayar makanan mereka. Dia pun bertanya, "Tumpang tanya tuan, macammana tuan sentiasa mengeluarkan jumlah duit yang tepat untuk membayar makanan tuan di restoran ini?"

"Hmm, "kata lelaki tersebut, "beberapa tahun dulu sewaktu saya sedang membersihkan rumah pusaka, saya terjumpa sebuah lampu lama. Apabila saya menggosoknya, terdapat Gin keluar dan memberikan saya dua permintaan untuk ditunaikan.

Permintaan pertama saya ialah, kalau saya hendak membayar apa-apa sahaja, saya hanya perlu letakkan tangan ke dalam poket dan akan sentiasa mempunyai jumlah wang yang tepat untuk bayaran.

"Wah!, sangat menakjubkan" kata pelayan wanita.. "kebanyakan orang akan meminta jutaan ringgit atau billion, tetapi kamu akan sentiasa akan mempunyai wang sebanyak mana dan sepanjang hidup!"

"Ya, memang betul, saya boleh membeli apa sahaja, wang sentiada ada dalam poket saya" kata lelaki itu..

Pelayan wanita pun bertanya lagi, "Bagaimana pula dengan Burung Unta ni?"

Lelaki tersebut tertunduk, dan mengeluh, terdiam seketika dan menjawap, "permintaan saya yang kedua ialah, saya mahu mendapatkan 'Chicks" yang tinggi, mempunyai punggung yang besar, dan kaki yang panjang dan sentiasa menyokong dengan apa sahaja yang saya katakan.."



HELLO!!!~

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved