Harry Potter - Golden Snitch

LOL - Cerita Pendaratan Kecemasan 3 Pilot

cerita lucu pilot

Alkisah terdapat sebuah kejadian nahas kapal terbang yang dinaiki oleh 3 orang pilot. Mereka berjaya melakukan pendaratan kecemasan di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. Tidak lama kemudian, mereka ditangkap oleh suku kaum primitif. Tangan dan kaki mereka diikat dan dibawa untuk dipancung kerana mendarat di pulau terlarang suku itu.

Dengan pelbagai bahasa digunakan mereka memohon kepada ketua puak untuk diampuni, akhirnya ketua puak berkata, “Baiklah, aku akan mengampuni kalian, tapi dengan satu syarat, kalian hendaklah masuk ke dalam hutan dan mesti kembali dengan membawa pulang 10 biji buah-buahan, apa sahaja. Aku berikan masa 1 jam, kalau tidak, aku akan pancung kepala kalian!”

Dengan bersemangat, ketiga-tiga pilot berkenaan masuklah ke dalam hutan dan berlumba untuk mendapatkan 10 biji buah-buahan. Pilot 1 merupakan orang yang pertama datang kembali, dan menyerahkan buah kepada ketua puak.

Pilot 1 : Tuan ketua, saya datang membawa 10 buah Epal, sekarang sila ampuni saya.

Ketua Puak : Jangan senang dulu, sebagai hukuman, masukan 10 buah Epal tadi ke lubang pantat kamu. Syaratnya, kamu tidak boleh menunjukan ekspresi seperti menangis, kesakitan dan tertawa.

Buah Epal pertama masuk dengan jayanya, begitu juga dengan buah Epal yang kedua, pada buah epal yang ketiga Pilot 1 sudah tidak dapat menahan rasa sakit dan menjerit kesakitan, lalu kepalanya dipancung dan masuk syurga.

Pilot 2 kemudiannya kembali dengan membawa 10 biji buah mata kucing, dan ketua puak pun memberikan perintah yang sama. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, buah mata kucing masuk dengan mudah, pada buah yang kesepuluh kepala pilot kedua itu dipancung, dia teruk masuk syurga.

Di Surga Pilot 2 bertemu Pilot 1 dan bercerita :
Pilot 2 : Mengapa kamu di pancung, kamu bawa buah apa?
Pilot 1 : Buah Epal, dan aku menjerit kesakitan kerana tidak sanggup menahan sakit.
Pilot 2 : Wah, untung aku kerana hanya membawa buah mata kucing.
Pilot 1 : Tapi kenapa kepala kamu pun dipancung juga?
Pilot 2 : Begini, sewaktu buah mata kucing yang kesembilan berjaya dimasukkan, aku ketawa terbahak-bahak. Ya, kepala aku pun terus dipancung..
Pilot 1 : Kenapa boleh ketawa terbahak-bahak?
Pilot 2 : Aku terlihat Pilot 3 datang dengan semangatnya sambil tersenyum lebar dengan membawa 10 biji buah Durian!!!!

(Sumber)

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved