Harry Potter - Golden Snitch

My Story - Wah Penatnya!


Setelah menghabiskan masa 2 jam untuk membuat post panjang-panjang, kepala terasa letih pula. Tambahan pula dengan cuaca di kampung ni, Tambunan sejukkkkkk!! brrrrrr. Terbiasa dengan keadaan cuaca di Kota Kinabalu tu yang suam-suam. Nasib baik ada minuman tenaga RedBull. Bertenaga sikit rasanya. Tapi cuma badan jer yang bertenaga. Skarang ni otak dah hampir nak jem, terlalu sesak dengan trafik info yang hendak dijadikan post. Apakan daya, best friend aku si malas dah sampai, nak aku temankan dia kejap. 

Lepas ni mungkin layan gitar la dulu, sdah stengah hari x main gitar. Kalau x pegang gitar satu hari pun rasanya boleh kena serang migran sakit otak. Saya setakat pandai main gitar saja. Kalau bab-bab nyanyi, konfirm OUT! Hujan x turun2 2 bulan jadinya.

Saya nak temankan best friend saya tu sambil main gitar. Kalau korang nak join boleh juga :D Follow Me! hehehe. If sempat nanti saya akan uploadkan video ^^.. Peace and Out!

Senyum :D



Tutorial Blog

Info - 6 Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Blogging


Mengapa berenti blogging

Telah menjadi trend terkini, ramai orang meninggalkan blog mereka, sebaliknya meluangkan masa yang lebih kepada media sosial seperti Facebook dan twitter. Penurunan ini memang sudah disangka dan ia tidaklah menjadi satu kejutan - Blog merupakan satu usaha yang membuatkan  kita harus bekerja keras untuk berjaya.

Memang tidak dapat dinafikan, yang ianya sukar untuk menghasilkan posts yang bernilai, dan untuk melakukannya secara kerap dan konsisten. Terutama sekali pada peringkat awal memulakan blog, yang tiada siapa-siapa melihat post yang korang buat. Tambahan pula batasan masa, wang dan usaha ke atas blog, membuatkan ramai blogger hanya berharap blog mereka dikunjungi ramai orang secara semulajadi. Ini tidak mungkin berlaku tanpa usaha.

Ramai blogger berputus asa dengan blog mereka kerana tidak mampu menyaingi blog-blog yang lain. Mereka berputus asa sebelum blog mereka benar-benar boleh mendatangkan hasil dan mencari jalan pintas untuk berkongsi idea dan pemikiran di dalam laman soaial seperti facebook dan twitter. Dengan Idea ini, saya menyenaraikan beberapa sebap mengapa korang harus berhenti blogging.

6 Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Blogging
Tutorial Blog

Tutorial - Cara letak Video You Tube Dalam Blogger Blog


Tutorial blog - cara masukkan video youtube

Rasanya saya tidak perlu perkenalkan lagi apa itu YouTube, laman perkongsian video seluruh dunia. Hampir semua benda yang korang nak tengok, ada dalam YouTube, lebih kurang macam google juga, tapi penerangan dalam bentuk video. Di sini, saya tidak akan mengajar cara untuk upload video ke YouTube, tapi saya akan ajarkan cara untuk masukkan video daripada YouTube ke dalam Blog korang.

you tube

YouTube merupakan sumber utama bagi blogger untuk mendapatkan video. Perkhidmatan YouTube adalah percuma dan pengguna tidak perlu membayar apa-apa untuk menggunakan servis You Tube. Oleh itu, ini merupakan pilihan terbaik bagi blogger yang ingin berkongsi video kepada pembaca.

OK. Sila ikut beberapa langkah yang mudah ini untuk memasukkan video daripada youtube ke dalam blog korang.

Tutorial Blog

Tutorial - Upload Video Ke Dalam Blog Menggunakan Blogger

Cara Upload video menggunakan blogger

Selain menggunakan gambar, Video juga boleh dijadikan sebagai bahan penarik untuk korang expresikan post korang yang tidak dapat dibuat oleh gambar. Biasannya video yang diupload merupakan video lucu, muzik video, video komersial, video discovery dan juga video tutorial. Di sini saya akan terangkan bagaimana nak upload video ke blogger tanpa menggunakan You Tube atau media yang lain.

Sila Ikut Tutorial ini untuk meletakkan video kedalam blog menggunakan blogger.

Tutorial Blog

Tutorial - Meletakkan Gambar Dalam Post Blogger

Tutorial blog - Meletakkan gambar dalam post

Meletakkan gambar di dalam entri adalah sangat penting. Kalau post korang, sudahlah panjang dan tidak diselitkan dengan gambar, ia akan membuatkan pembaca bosan. Gambar merupakan satu medium yang sangat berkesan untuk menarik perhatian pembaca blog korang untuk membaca entri.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa otak manusia ni lebih mudah untuk membaca gambar, bak kata pepatah English "Picture Worth A Thousand Words". Dan saya pasti, ramai pembaca blog akan melihat gambar entri dahulu sebelum membaca post. Jadi korang jangan lupa letak gambar di setiap post korang, biarlah walaupun sekeping.

OK. Untuk menambah gambar kepada post korang, sila ikut tutorial ini.

Tutorial Blog

Tutorial - Menulis dan Publish Post dalam Blogger


Tutorial cara menulis post
Membuat post untuk entri dalam blog merupakan perkara yang paling asas dalam dunia berblog. Di ruangan inilah korang boleh melakar coretan informasi, luahan isi minda korang, perkongsian tips, idea, membuat review dan segala apa yang tersimpan dalam pemikiran, yang korang nak share dan sampaikan kepada pembaca blog korang. Pendek kata korang boleh menulis hampir apa-apa sahaja dalam ruangan post ini.

Ya! apa-apa sahaja pun korang boleh post dalam blog, sebap itu blog korang. Tapi korang kena ingat, tujuan sebenar korang berblog untuk apa? kalau sekadar membuat entri tentang benda-benda yang mengarut, siapa yang nak baca.

Ok. untuk membuat post ni, korang kena ikut langkah yang super simple ni.

Tutorial Blog

Tutorial - Cara untuk Menggantikan Blogger Favicon

Cara untuk Mengganikan Favicon

Favicon adalah icon kecil yang berada di sebelah tajuk/laman web yang ada pada mana-mana blog di bahagian tab (Macam gambar di atas tu). Bagi Blogger gambar favicon yang digunakan ialah ikon huruf B bewarna oren yang hodoh. Di sini Khai akan berkongsi tutorial yang sangat simple dan mudah untuk menggantikan Favicon Blogger. Untuk menukar favicon ini, korang tidak perlu untuk membuat perubahan ataupun menyinting mana-mana kod yang terdapat dalam template korang. Ia boleh dilakukan melalui "favicon tab" di ruangan "Layout".

Ok, mari ikut Tutorial - Cara untuk menggantiikan Favicon (Paling Mudah) :

Tutorial blog - Cara untuk menggantikan favicon pada blog

Tutorial Blog

Tips - Menahan Kemarahan Angry Birds

Tips Bulan Ramadan - Menahan Kemarahan 

Bulan Ramadan bulan puasa umat Islam Sedunia. Bulan ini adalah peluang yang sempurna untuk mengamalkan sifat menahan diri dari kemarahan dan meningkatkan mahasabah diri. Nabi Muhammad S.A.W ada menyebut "Sesiapa yang tidak dapat berputus asa memberikan ucapan palsu dan membuat kejahatan, Allah tidak memerlukan dia untuk meninggalkan makanan dan minuman (iaitu Allah tidak akan menerima Puasanya.)

Tips kawal kemarahan
Nasihat Happy birds -  Elakkan diri daripada kemarahan dalam bulan Ramadan dan gunakanlah bulan ini untuk menyempurnakan diri sepanjang tahun.Luangkan masa lebih untuk membaca Al Quran dan Sembahyang di Masjid. :)

Tutorial Blog

Tutorial - Buatkan Gambar Bergerak Menggunakan HTML Marquee Tag


Tutorial - Bagaimana nak Buatkan Gambar Bergerak-gerak?

Dalam tutorial sebelum ni, saya pernah tunjukkan korang cara untuk menggerakkan perkataan menggunakan marquee tag. Dalam tutorial kali ni pula, saya akan mengajar cara untuk menggerakkan gambar, serta memberhentikannya apabila pointer mouse pointing ke arah gambar. Caranya lebih kurang sama dengan menggerakkan perkataan, cuma perlu ditambah beberapa benda.

Tutorial Blog

Vids - Lawak Mr. Bean Dan Orkestra Olimpik London 2012

lawak mr bean masa olimpik

Hangat Dari Stadium Olimpik
Sukan Olimpik London 2012 (27 Julai 2012)

Setiap dua tahun, atlet terbaik di seluruh dunia berkumpul di Sukan Olimpik - satu perayaan sukan yang memperlihatkan jaguh-jaguh sukan terbaik dunia bertanding sesama sendiri untuk memegang gelaran No. 1 Dunia. Sukan Olompik ni boleh menarik perhatian berbilion-bilion orang di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, Olimpik bukan sekadar hanya sukan semata-mata. Olimpik juga memberikan nilai kepada kehidupan, dan menyediakan arena global yang memperlihatkan kombinasi yang unik antara Sukan, budaya, pendidikan, dan perayaan.

Pada Sukan Olimpik di London 2012, kira-kira 10.500 atlet dari 204 negara bersaing dalam 26 acara sukan berlainan, yang terdiri daripada 302 acara pingat. Sama ada atlet memenangi pingat atau tidak, mereka selama-lamanya boleh mengelar diri mereka sebagai "Olimpians" (Peserta Olimpik). Pertandingan sukan tidak syak lagi tumpuan utammerupakan fokus utama sukan Olimpik, dan menyertainya adalam impian bagi setiap atlet si seluruh dunia.


Video Di bawah ini, merupakan gimik di majlis persembahan orkestra pembukaan sukan Olimpik 2012 London. Salah satu pemain Orkestra ini ialah Mr. Bean (Rowan Atkison) ^^

Tutorial Blog

Info - Ada apa dengan Mr. Bean



Atkinson dikenali di seluruh dunia penciptaan Mr Bean dan peranannya sebagai Spy yang bingung dalam filem Johnny English. Watak-watak ini (terutamanya Bean) sebenarnya langsung tidak menggambarkan keperibadian Atkinson. Bean yang biasanya apabila menggunakan otaknya untuk membuat sesuatu, ia sentiasa berakhir dengan bencana. Jadi, ini mungkin menjadi kejutan bagi sesetengah orang untuk mengetahui bahawa seorang pelakon yang membawa watak Mr. Bean adalah individu yang berpendidikan sangat tinggi.

Beliau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Newcastle, dan memperolehi Ijazah Master dalam Kejuruteraan Elektrik (MSc in Eletrical Engineering) di Universiti Oxford yang terkenal. Dan menerima anugerah darjah kebesaran daripada universiti Oxford pada tahun 2006.

Ya, Mr. Bean (Atkinson) adalah seorang yang sangat pintar. :) 


Smile! :D


Tutorial Blog

Tips - 10 Cara Untuk Mengurangkan Stress dan Meningkatkan Kecekapan Bekerja

Untuk meningkatkan prestasi kerjaya, ia tidak semestinya korang sentiasa mengambil hati bos atau bekerja dengan terlebih rajin sampai hari-hari overtime free. Di sini ada 10 cara untuk bekerja dengan lebih bijak untuk meningkatkan kecekapan di samping memperbaiki personaliti.

cara effektif bekerja dalam pejabat

Tips - 10 Cara Untuk Mengurangkan Stress dan Meningkatkan Kecekapan Bekerja
Tutorial Blog

Info - Apa Yang Ada Dengan Minuman Tenaga?

Ada apa dengan minuman tenaga?
Kehidupan sekarang seolah-olah menjadi kabur, hampir semua orang tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat apa-apa. Terdapat begitu banyak benda yang perlu dibuat dan tidak mempunyai masa untuk berehat, apatah lagi untuk duduk dan makan hidangan yang sihat berkhasiat. Gabungan gaya hidup yang aktif, ditambah lagi dengan diet makan yang kurang daripada diet makanan yang ideal merupakan satu sebab mengapa terdapat minuman tenaga di dalam pasaran.

Jika korang bertanya soalan "Adakah minuman tenaga benar-benar menambah tenaga?" Maka jawapan yang mudah adalah Ya. Cuba lihat pada mana-mana sukan kegemaran korang, sudah pasti korang akan melihat minuman tenaga menjadi penaja. Redbull adalah antara minuman tenaga yang paling famous dan terdapat hampir di setiap sudut dunia. Populariti minuman tenaga ni boleh disahkan oleh berbilion-bilion dolar yang dibelanjakan ke atasnya.

Minuman tenaga juga boleh digunakan oleh hampir kesemua orang, dimana-mana sahaja, tidak kira umur dan saiz. Sama ada anda seorang lelaki berusia 20 tahun yang maraton keliling kampung/bandar atau warga emas berusia 65 tahun ke taman untuk berjalan kaki, minuman tenaga akan memberikan kalori bepada yang diperlukan untuk memberi tenaga tambahan.

Apa yang ada dalam minuman tenaga?
Tutorial Blog

Tips - Kurangkan Berat Badan

Tips Kesihatan
5 Tips Mengurangkan Berat Badan Dalam Bulan Puasa

Ramai orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan akan menyatakan bahawa mengurangkan berat badan adalah tidak mudah. Ini sememangnya benar sekiranya mereka tidak membuat apa-apa aktiviti yang menjurus kepada pengurangkan berat badan. Bulan puasa ini merupakan bulan yang paling strategik untuk mengurang berat badan. Di sini ada 5 tips untuk mengurangkan berat badan dalam bulan puasa ini.


Tutorial Blog

Tutorial - Buatkan Ayat Bergerak Menggunakan HTML Marquee Tag


Tutorial - Bagaimana nak Buatkan Ayat Bergerak-gerak?

Marquee tag digunakan untuk menggerakkan sama ada perkataan ataupun gambar. Dalam contoh ni, saya akan tunjukkan beberapa cara untuk mmmenggunakan Marquee tag ini untuk menggerakkan ayat korang.

Teks Bergerak Ke Bawah...
Teks Bergerak Ke Kanan...
Teks Bergerak Ke Kiri...

Teks Bergerak Ke Atas...

Tutorial Blog

Tips - 5 Makanan Anti-Sosial Yang baik untuk kita


Dont dodge them, Eat Them All! (Nom nom nom)

Ada masanya badan kita bertindak secara automatik dan membuatkan kita berada dalam situasi yang memalukan. Sendawa atau meluluskan gas merupakan satu perkara yang tidak menyenangkan, sama ada kepada telinga mahupun hidung. Nafas berbau seperti yang kita semua tahu, akan membuatkan perbualan menjadi pendek dan perhubungan terjejas. Kadang-kadang, sendawa adalah disebabkan oleh tabiat sesetengan orang, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh makanan yang kita makan. Dalam tips ini saya sertakan, 5 makanan anti-sosial yang mungkin boleh menjadikan kehidupan sosial menjadi lebih sukar daripada yang sepatutnya. :D

5 Makanan Anti-Sosial Yang baik untuk kita :

Tutorial Blog

Cool - Harry Potter Piano Theme Variations by Harry

Harry Harry Play Harry Potter theme song on Piano

Harry (Harry Piano) memainkan Lagu Tema Harry Potter mengunakan pelbagai rentak gaya memainkan piano. Yang sangat menarik di sini ialah, dia memainkan kesemua rentak tu tanpa menggunakan Piano Notes. Dia juga tidak membuat rehearsal, dan hanya meminta idea daripada jurukamera untuk gaya music seterusnya, dan memainkannya serta merta.

Memang sangat Amazing. Terdapat banyak Piano Notes mengenai lagu tema Harry Potter ni, tapi korang tidak akan jumpa Notes untuk gaya mainan Harry Piano ni. Kenapa? Kerana ia dimainkan secara spontan daripada Pianist yang boleh dikatakan Expert.

Tengok Video Ni :


Tutorial Blog

Lifestyle - Bagaimana stress boleh mempengaruhi Tubuh badan kita

Saya sudah lama tidak menghadapi stress sejak meninggalkan UiTM yang sentiasa di dalam hati. Menghadapi stress sewaktu belajar sememangnya tidak dapat dinafikan terutamanya kepada mereka yang suka belajar last minit macam saya ni, hahaha. Nasip baik boleh lepas ambik degree, huhuhu.

Namun baru-baru ni, setelah bukan bergelar pekerja lagi, stress ni datang menyerang setiap saat, setiap minit, setiap jam.. Pendek kata sepanjang 24/7 berlegar-legar dalam kepala, Stress memikirkan tentang $$, keluarga, kereta, PTPTN, bil-bil dan macam-macam lagi. Kehidupan sebagai seorang yang sudah boleh dikatakan dewasa ini sangatlah bikin stress.

Tutorial Blog

Tutorial - Buat Ayat Berkelip-Kelip Dalam Blog Post


Basic HTML Code


Ayat yang berkelip-kelip biasanya digunakan untuk menarik perhatian. Pembaca blog korang pasti akan tertarik untuk melihat bahagian yang berkelip-kelip. Tapi jangan pula kelipkan semua bahagian post, macam mana nak baca nanti!


1. Ok. Untuk Membuatkan ayat korang berkelip sila copy Code di bawah ni..

<blink>Ayat Yang Bewarna Oren</blink>

*Gantikan Ayat Yang Bewarna Oren dengan ayat korang sendiri.


2. Save, dan Senyum! :D

Tags: Tutorial Blog, Tutorial Blog Buat Ayat Berkelip-kelip, Tutorial Blog Melayu, Cara Buat Blog, Cara Bina Blog, Tutorial Blogspot, Tutorial Blogger

Tutorial Blog

Tutorial - Cara Untuk Membuat Blog Baru Dalam Blogger


Korang nak jadi Blogger, tapi tertanya-tanya macam mana nak Start? Tutorial ini akan mengajar korang bagaimana nak buat blog dalam Blogger. Kenapa pilih Blogger? Sebap dalam Blogger.com, korang boleh buat blog secara percuma, dan caranya sangat mudah.

Sebelum korang buat blog baru, Korang boleh Klik Sini untuk mendapatkan Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru.

Ok. Untuk membuat blog baru secara percuma dalam Blogger, Korang kena ikut 8 Step ini. (Wah! banyaknya step untuk buat blog baru ni??) Haha.. jangan risau sebap step ni sangat simple.

Sila ikut tutorial ini :

Step 1. Daftar di Blogger.com


Sila lawat laman Blogger.com dan "SIGN UP" sekiranya korang belum mempunyai akaun google. Sekiranya korang sudah ada akaun gmail, korang boleh terus "SIGN IN" menggunakannya.


Step 2. Buat akaun google baru


Bagi yang belum mempunyai akaun google, korang kena lengkapkan form sign up. Sangat mudah, hanya perlu ikut arahan yang diberikan. Rasanya korang tidak akan menghadapi masalah mengisi borang ni. dan apabila sudah selesai, terus ke Step 3.

Step 3. Klik Continue to blogger


Step 4. Klik New Blog


Step 5. Letakkan nama bagi blog baru korang. Korang kena pilih nama yang bersesuaian dengan kandungan blog korang.


Dalam Step 5 ni, korang juga boleh terus pilih template untuk blog baru korang, saya cadangkan pilih Template "Picture Window" (Sebap itu yang sy gunakan.. hehe). Korang boleh pilih mana-mana template yang korang suka, sebap, korang boleh ubah template ni bila-bila masa :D. Setelah selesai, korang boleh klik "Create blog!"

Step 6. TAHNIAH! Blog baru korang telah aktif. Klik Start Posting untuk mula membuat post


Step 7. Korang boleh mula buat post yang pertama.

Selepas korang siap membuat post korang yang pertama tu, klik preview terlebih dahulu sebelum korang klik publish. Supaya korang tahu bagaimana rupa post korang :D.

Step 8. View Blog, dan Senyum :D

Tags: Tutorial Blog, Tutorial Blog Cara UntukBuat Blog Baru, Tutorial Blog Melayu, Cara Buat Blog, Cara Bina Blog, Tutorial Blogspot, Tutorial Blogger
Tutorial Blog

Tutorial - Menghilangkan "Showing Posts With Label Blogger"


Bagaimana Cara Untuk Membuang "Showing Post With Label Blogger"?

 "Showing Post With Label Blogger" akan terpapar apabila kita klik pada link Label. Jika anda tidak suka benda ini dipaparkan apabila korang klik link label korang, sila baca entry di bawah ni untuk melenyapkannya dari blog korang :D.

Sila ikut tutorial ini :

 LOGIN > TEMPLATE > EDIT HTML > EXPAND WIDGETS
*Sila back upTemplate korang sebelum mengubah apa-apa.

Tutorial Blog

Lyrics - Somebody That I Used To Know (by Gotye)

Somebody That I Used To Know Lyrics

Gotye

got eye lyrics

Tutorial Blog

Tutorial - Hilangkan Logo Nuffnang di bawah Ads

Saya pasti, ada di antara korang yang rasa geram dan menyampah dengan logo nuffnang yang parking di bawah ads dalam blog korang kan? Korang nak tahu cara nak hilangkan logo tu? Hehehe. Ok jom kita tengok cara nak buang logo ni...


Caranya adalah sangat mudah dan simple. Sila ikut tutorial ini.

Tutorial Blog

Tutorial - Membuat Iklan Nuffnang Terapung

Sekiranya korang ingin membuatkan Iklan Nuffnang atau apa2 iklan korang terapung, korang sedang membaca entri yang tepat.

Pengubahsuaian ini membuatkan unit iklan Nuffnang menjadi statik. Apabila visitor blog anda scroll ke bawah atau ke atas untuk membaca kandungan blog korang, iklan kekal statik dan terapung. Oleh itu, ia dapat mengoptimumkan visibiliti iklan anda dan akan meningkatkan ads CTR (Click Through Ratio).

Secara peribadi, saya suka trick ini kerana:

1 Iklan sangat kelihatan

2 meningkatkan ads CTR

3 Pengiklan akan menyukai korang, kerana ada sebab No 1.


Jadi, jika anda mahu memasang unit Skyscrapper iklan Nuffnang menjadi terapung dan statik. Ianya sangat mudah, Sila ikut tutorial ini :

Tutorial Blog

Tutorial - Cara buang atau hide Navbar dalam blogger


APAKAH BLOGGER NAVBAR?
Blogger Navbar muncul secara default di bahagian atas setiap blog Blogger. Apabila korang berblog, Navbar boleh menjadi perkara yang sangat berguna, tetapi kadang-kadang, ia juga menggangu permandangan blog..


Kebaikan Navbar ialah :
- Mudah untuk search blog orang lain
- "Flagging" Blog yang mengandungi kandungan yang keterlaluan.
- NextBlog - Membawa korang secara random ke blog yang baru diupdate.
- Quick link ke dashboard dan dialog sign in / sign out.
- Klick pada tanda B dan ia akan membawa korang ke blogger.com


Satu-satunya kelemahan utama navbar ialah visualnya. Jika korang telah customize template blog korang, navbar biasanya tidak sesuai dan akan mengganggu permandangan blog..

MENGUBAHSUAI, MEMBUKA ATAU MENYEMBUNYIKAN NAVBAR

Tutorial Blog

Tutorial - Cara untuk hilangkan "Subscribe to: post (Atom)"



Jika korang nak menghilangkan sepenuhnya (atau menyembunyikan) "Subscribe to: Posts (Atom)" dalam blog korang, Silalah baca.

Ok. Untuk menghilangkan "Subscribe to: Posts (Atom)" sangat mudah. Saya berharap korang tahu apa benda yang korang nak hilangkan tu. Ia merupakan satu cara yang mudah bagi pembaca untuk melanggan Blog posts terbaru korang. Ia adalah sama seperti RSS (Really Simple Sindication). Ia baik untuk mempunyai pilihan langganan untuk blog kita, tetapi FeedBurner membantu menyediakan yang terbaik bagi langanan blog.


Tutorial Blog

Tips - Persediaan Di Bulan Ramadan

Berpuasa di bulan Ramadan
Tips - Berpuasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar.

Sedar tidak sedar, sudah masuk hari ke-empat kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Pelbagai rintangan untuk menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa telah dan masi lagi dihadapi. Harap-harap puasa kita semua dalam tahun 2012 ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Dalam bulan ini segala perkara yang kita buat, sama ada baik atau buruk, ia hanyalah datang dari diri kita sendiri kerana Saitan sedang bercuti dalam bulan ni :D. Bulan ini juga memperlihatkan perwatakan diri kita yang sebenar, sama ada masih melakukan benda-benda jahat (tanpa pengaruh saitan?) ataupun menjadi baik. 1. Sebelum berpuasa kenalah menjadi orang baik terlebih dahulu :D

Ada beberapa persoalan di sini. Adakah anda berpuasa kerana ianya diwajibkan? Anda berpuasa kerana ingin menjadi kurus? Anda berpuasa untuk berhenti merokok? Ataupun, ada yang tidak tahu kenapa perlu berpuasa? 2. Niat dalam berpuasa kena betul kalau tidak nanti, sia-sia berpuasa selama sebulan. Bacalah buku sekiranya tidak tahu dan sekurang-kurangnya tanya kepada yang tahu.

Happy Ramadan
Berpuasa di Bulan Ramadan
Picture by Panduanislam.com
Info grafik di bawah menerangkan serba sedikit mengenai persediaan di bulan Ramadan, cara makan dengan betul dan tips di bulan Ramadan.
Tutorial Blog

Quote - Quote Of The Day 21072012


If you constantly think of illness, you eventually become ill
If you believe yourself to be beautiful, you become so.
-Shakti Gawain
Tutorial Blog

Tips - 10 Kebaikan Lemon

Tips Kesihatan 
10 Kebaikan Pengambilan Lemon Dalam Kehidupan Harian

Buah Lemon digunakan secara meluas di seluruh dunia sama ada di dalam penyediaan makanan ataupun minuman serta di dalam perubatan. Pokok Lemon tumbuh dengan banyaknya di India, Sri Lanka, Malaysia, Mexico dan Hindia Barat. Buah Lemon yang belum masak adalah berwarna hijau. Apabila mereka matang, warna akan bertukar menjadi kekuningan. Ada pelbagai kebaikan yang ada dengan buah lemon ini, dan di sini saya ingin berkongsi 10 kebaikan pengambilan lemon dalam kehidupan harian kita.
 

Tutorial Blog

LOL - Tidak diterima sebagai anggota ATM

Cerita Lucu, Angota Tentera, Funny

Di suatu pagi, terdapat 2 orang Bapa sedang bercerita mengenai anak mereka yang bercita-cita ingin menjadi Angkatan Tentera Malaysia.

Bapa 1 : "Anak saya tidak berjaya lulus dalam temuduga Tentera Laut. Alasannya, kerana anak saya tidak boleh berenang. Padahal, ramai lagi orang lain yang tidak boleh terbang lulus menjadi Tentera Udara!!."

Bapa 2 : "Anak saya juga tidak lulus dalam temuduga Tentera Darat, Mereka katakan, gigi anak saya rosak. Padahal, pekerjaan tentera darat  hanyalah berperang menggunakan senjata dan menembak-nembak.. bukannya bergigit-gigitan!."

(Sumber)
Tutorial Blog

Tips - Fashion Kuku Yang Awesome


Hah! Pernah kamu terfikir untuk potong kuku macamgini? huhuhu. Style kuku ni boleh mengalahkan cakaran kucing. Kalau terkena tamparan kuku stail camni, Habis! bercalar-balar lah muka. Bagi yang mempunyai kuku panjang, korang boleh lah try test. ^^



Tutorial Blog

LOL - Real Pikachu (Animal Cosplay)


Original Pikachu
Original Pikachu


Pikachu in real life
RealLife Pikachu



Animal Cosplay
How? This question keep coming into my head. I wonder how did the colored the Hamster and the cat into yellow without harming them, especially the color arround the eye and mouth side.

Do you have pet, Cat or hamster at home? well,, if you are a big die hard fan of Pokemon you already have this idea, on how to turn your cat / hamster into PIKA PIKACHU!

Good Luck!

(Picture Source)

.
Tutorial Blog

OMG - Kesengsaraan yang tidak terhingga

Keadaan tandas awam sekiranya ada 
karnival, festival, pesta, perhimpunan besar, sukan dan yang sewaktu dengannya...


Nak buang air, sama ada kecil atau yang besar. Sekiranya stuck dalam Jem yang sebegini panjang untuk menunggu giliran masuk ke dalam tandas.. Fuyoo.. kesengsaraan yang ditanggung pastinya tidak terhingga. Pernah sampai satu tahap, apabila x dapat tahan lagi terpaksalah melepas di sebalik pokok-pokok dalam semak (Macam di KK). Kalau tidak berbuat demikian, alamak habislah melepas dalam seluar!!

Pernah mengalami keadaan macam ni??

(Picture Source)
Tutorial Blog

OMG - Tandas Lutsinar

Hanya untuk yang berani sahaja~

Menyahtija di hadapan orang ramai yang tidak dapat melihat anda seperti orang halimunan. Tandas lutsinar ini sudah pastinya memerlukan keberanian yang luas biasa untuk menggunakannya. Dinding tanas lutsinar yang direka oleh OLOOM Design dibina dengan menggunakan panel LCD yang menggunakan kuasa elektrik untuk berfungsi. Apabila dinding diaktifkan (Tandas digunakan) dinding yang pada awalnya lutsinar akan menjadi legap dan ia bolehlah digunakan dengan selesa. Vise Versa, apabila tandas ini tidak lagi digunakan, ia akan kembali lutsinar.

Apa akan jadi jika bekalan elektrik terputus?? Panik!! Lol. Anda tidak perlu risau sebap tandas ini hanya akan kembali lutsinar sekiranya dialiri arus elektrik.

tandas transparent

Time kecil-kecil dulu, pernah juga berimpian untuk memiliki rumah banglo yang dikelilingi kaca. Berbumbungkan kolam renang lutsinar. Termasuklah juga tandas lutsinar, di mana orang yang menggunakannya boleh melihat orang yang berada di luar, tetapi yang berada di luar tidak dapat melihatnya. kalau tercapai mesti best.


tandas transparent 2

(Sumber)
Tutorial Blog

Blogger - Jom Exchange Link ^^

 Like jangan tak Like ^^

Untuk tersenarai dalam link exchange KhaiAngeL.Com Korang kena :

1. Be my Google Follower
2. Like Facebook Fan Page http://www.facebook.com/khaiangeldotcom
3. Letak link ke www.khaiangel.com dalam website korang ^^

Kalau dah buat ketiga-tiga senarai di atas. Tinggalkan Comment - link kepada blog korang bersama dengan short description di Sini ^^.. Dan saya akan Updatekan secepat yang mungkin^^.. Thanks!!

Jadilah di antara orang yang pertama

**Sila Join / Like dengan ikhlas, tiada unsur paksaan di sini.


Tutorial Blog

Education - Study at Cosmopoint Kota Kinabalu


Semuanya ada di sini - Cosmopoint KK
*hey tengo' ni... jom marilah*

Semuanya ada di KK ... Cosmopoint KK
Untuk masa depan mu ... Yang cerah
Semuanya hebat di KK ... Cosmopoint KK
Semua mimpi mu kan jadi nyata
SEMUANYA ADA DI SINI

PROGRAM OFFERED IN COSMOPOINT KOTA KINABALU

FACULTY OF BUSINESS MANAGEMENT

    Diploma in E-Secretaryship
    Diploma in E- Business
    Diploma in Business Management
    Diploma in Sales & Marketing
    Diploma in Accountancy

FACULTY OF MEDIA STUDIES
    Diploma in Broadcasting & Film
    Diploma in Public Relation
    Diploma in Advertising & Marketing Communication
    Diploma in Journalism

FACULTY OF HOSPITALITY & TOURISM
    Diploma in Hotel Management
    Diploma in Tourism management
    Diploma in bakery & Pastry Arts
    Diploma in Culinary Arts

FACULTY OF ARTS & DESIGN
    Diploma in Graphic Design
    Diploma in Multimedia
    Diploma in Fashion Design

FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT
    Diploma in Architecture
    Diploma in Interior Design

FACULTY OF ENGINEERING & INFORMATION TECHNOLOGY
    Diploma in Information Technology
    Diploma in Electrical & Electronic Engineering
    Diploma in Telecommunication Technology

FACULTY OF HEALTH SCIENCE
    Diploma in Physiotherapy
    Diploma in Medical Laboratory Technology
    Diploma in Pharmacy
    Diploma in Nursing *KLMU

Visit this site for more information www.cosmopointcollege.com
Tutorial Blog

Lyrics - 'Stay' by Estrelle

Stay by Estrelle lyrics

Kumpulan Estrella ialah sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau lebih dikenali sebagai kumpulan indie di Malaysia.

Orang-orang di sebalik Estrella
  • Liyana Fizi penyanyi dan pencipta lagu utama
  • Syariful Adzwan ataupun Yob di posisi gitar
  • Jeffrey Little atau Jeff sebagai pemain drum dan juga penerbit
  • Wan sebagai pemain perkusi.
Lagu mereka yang paling best, saya paling suka dengar yang ini, tajuk dia Stay. Jom lihat klip video di bawah dan nyanyi sama-sama :D.


Sound straight from the twilight
Has me up all night
I can't fall asleep 'cause I keep thinking of you
And I saw a shadow outside my window and it's you.

[Chorus]
All my sorrows flew away
Hush, keep quiet, hear me say
I don't ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay.

Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny, it's just you.

Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock it,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

[Chorus]

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Foreverland
Just stay
Tutorial Blog

Info - Makanan termahal di Dunia

Kehidupan mewah menjadi impian kebanyakan orang. Ada yang bekerja keras untuk mendapatkannya, ada yang mewarisi daripada keluarga, dan ada yang mencapainya dengan senang lenang. Sesiapa yang berjaya mencapainya boleh dikatakan sangat bertuah. Kereta mewah, rumah banglo besar, pakaian jenama mahal secara automatik adan terlintas dalam fikiran apabila bercakap mengenai kekayaan. Orang-orang kaya juga akan secara tidak langsung akan membelanjakan sejumlah wang yang tinggi untuk satu lagi benda, : iaitu makanan.


Tutorial Blog
Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved