Apa itu Pengurusan Hotel?
Pengurusan
hotel adalah satu bidang dalam industri hospitaliti dan pelancongan
yang menjanjikan peluang kerjaya yang meluas dalam industri hotel
merangkumi operasi dan juga pengurusan.
Diploma
Pengurusan Hotel menggabungkan pelbagai aktiviti di
mana fokus utama adalah dalam bidang pengurusan hotel dan restoran,
pengurusan kaunter hadapan, pengurusan bilik dan juga bahagian pemasaran
yang menjurus kepasa pemasaran hotel. Penilaian dilakukan merangkumi
aspek teori dan juga praktikal sejajar kepada keperluan industri yang
menginginkan para graduan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam
bidang ini.
Bidang ini memfokuskan kepada:-
- Menawarkan pelajar untuk memahami aspek operasi dalam industri hotel antarabangsa
- Melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam kemahiran interpersonal, teknikal dan kemahiran komputer sejajar dengan keperluan industri
- Memberi pengetahuan dan penmahaman mendalah berkaitan aspek penyeliaan dalam kepelbagaian pelaksanaan dalam industri hospitaliti
- Memberi pendedahan bagaimana mengendali operasi kaunter hadapan, pengemasan, makanan dan minuman, pemasaran dan jualan, konferens dan katering
- Melahirkan graduan yang fokus kepada trend semasa dan isu etika dalam industri hospitaliti
- Pelajar yang berkeyakinan dalam berkomunikasi dan berkemahoran tinggi serta minat dalam industri hospitaliti
- Mempunyai hasrat untuk menceburi bidang keusahawanan yang berkaitan dengan industri hospitaliti.
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Operasi makanan dan minuman
Program
ini mendedahkan pelajar kepada kemahiran praktikal untuk menawarkan
perkhidmatan makanan dan minuman dalam industri perkhidmatan makanan
yang efektif mematuhi prinsip utama perkhidmatan yang menjangkaui serta
melebihi jangkaan dari pelanggan. prinsip asas yang perlu dipatuhi dan
diaplikasi bagi menyempurnakan tuntutan pelanggan dan menawarkan
kepelbagaian dan keunikan setiap perkhidmatan bagi memastikan pelanggan
menikmati pengalaman yang terbaik.
Operasi kaunter hadapan
Struktur
dalam operasi kaunter hadapan akan memastikan pelajar mampu untuk
menjadi 'hotelier' yang profesional. Memastikan pelajar mampu melakukan
'up-selling' dengan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari
dengan efektif dan berkesan dan mampu membuktikan bahawa operasi kaunter
hadapan akan memberi impak yang besar dalam menjana operasi keseluruhan
hotel. Memerlukan seseorang yang berinformasi dan mampu memberi
kepuasan kepada pelanggan secara profesional.
Operasi pengemasan bilik
Bahagian
pengemasan bilik merupakan satu bahagian kritikal di mana memerlukan
kemahiran dalam merancang, mengurus serta mengawal situasi bagi
memastikan tetamu memperoleh perkhidmatan yang berkualiti. Bahagian ini
berhubungkait dengan bahagian kaunter hadapan memerlukan pelajar untuk
mampu berkomunikasi secara baik bagi memastikan operasi berjalan lancar
dan efektif. Di peringkat ini, pelajar perlu mampu untuk mengatasi semua
situasi seharian dari perspektif pengurusan sehingga kepada perincian
teknikal.
Operasi jualan dan pemasaran
Jualan
dan pemasaran merupakan aspek utama dalam perniagaan di mana ianya
merangkumi pelbagai konsep dalam fungsi dalam institusi. Ianya juga
memberi impak yang besar dalam menjana ekonomi kepada sesebuah
pengurudan dan organisasi. Pelajar didedahkan dengan prinsip dan praktis
dalam pemasaran, isu-isu berkaitan produk, perkhidmatan, harga,
pengagihan dan promosi. Melatih pelajar untuk memperkembangkan kemahiran
pasaran dan memahami dan mengaplikasi bidang kerja pasaran dan
orientasi yang strategik di sesebuah organisasi. Pendedahan kepada
perubahan pasaran global dengan menerapkan kebolehan mengaplikasi dalam
industri hotel sebenar secara profesional.
Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Pengurusan Hotel dan Restoran
- Persediaan Makanan Syarikat Penerbangan dan Perkhidmatan dan Perkhidmatan Kabin
- Pentadbir Hospitaliti dan Persediaan makanan
- Pengurusan Kapal Persiaran
- Pengurusan Kelab
- Persatuan pelancongan dan Hotel
- Pengurus Lembagaan
- Perkhidmatan makanan dan Hotel
Peluang pekerjaan sebagai:
- Pengurus Front Office (Kaunter Hadapan)
- Pengawas Front Office (Kaunter Hadapan)
- Penolong Infomasi
- Resepsionis
- Ketua Jaga Pintu
- Kapten Lonceng
- Kapten Valet
- Pengurus Tempahan
Smile
Smile
boleh tak post pasal diploma pengurusan pelancongan..? nak tahu serba sedikit pasal course ne.. thanks :)
ReplyDeleteDiploma pengurusan perlancongan ada sini ^^
ReplyDeletehttp://www.khaiangel.com/2012/08/info-diploma-pengurusan-perlancongan.html
thankyou :)
ReplyDeleteYour welcome pyka :)
ReplyDeletesya nk tanya..pengurusan hotel ni senang atau susah untuk mempelajarinya..
ReplyDelete