Apa itu Seni Kulinari?
Kulinari
adalah seni yang menonjolkan tatacara atau kemahiran bagi
mengetengahkan sesuatu masakan dari tahap persiapan sehingga
penghidangan. Pengajian ini
merangkumi kurikulum komprehensif yang menyentuh aspek pembelajaran
secara teori dan amali.
Diploma
Seni Kulinari memfokus kepada kecekapan kulinari,
latihan teori dan praktikal dalam semua aspek pengeluaran makanan. Ia
melengkapkan pelajar dengan skil dan pengetahuan dalam penyediaan
makanan, keselamatan dan teknik persembahan makanan yang diperlukan
untuk menyertai kerjaya kemasukan awal dalam industri perkhidmatan
makanan. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dalam seni kulinari,
pengurusan dan penempahan stok.
Program ini mempunyai kelebihan yang amat ketara yang tidak terdapat di mana-mana institusi-institusi lain di Malaysia:
- Pendedahan kepada aspek latihan yang khusus dan agresif
- Kurikulum yang mekankan kepasa asas penting dalam bidang kulinari
- Membina minat dan ketabahan dalam seni kulinari
- Membuka peluang keusahawanan dalam bidang kulinari
- Pelajar yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang kulinari
- Mereka yang mempunyai minat untuk menceburi bidang keusahawanan
- Pelajar yang ingin mengukuhkan diri dengan kemahiran kulinari dalam pelbagai jenis juadah seperti Masakan Melayu, Timur Tengah, Eropah, Cina dan banyak lagi.
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Membuat Pasta
Memperkenalkan teknik membuat dan mencanai dengan menggunakan perkakas yang ditentukan.
Membuat "trussing"
Memperkenalkan cara sempurna mengikat ayam yang sudah dipersasakan sebelum ianya dibakar di dalam ketuhar.
Pengurusan Dapur
endedahkan pelajar kepada teknik-teknik pengurusan dapur, menjadual tugasan dan lain-lain
Keselamatan makanan dan sanitasi
Menggarap
pelajar dengan teknik-teknik seperti menggunakan pelbagai jenis papan
memotong yang mempunyai kod warna berbeza, jangkasuhu berbeza bagi
setiap jenis makanan untuk pengendalian selamat, pencegahan pembiakan
bakteria makanan dan banyak lagi.
Prospek Kerjaya
Pelajar berpeluang untuk menceburi pelbagai industri seperti:-
- Hotel
- Resort
- SPA
- Kapal Persiaran
- Restoran
- Bistro
- Katering penerbangan
- Restoran sendiri
Peluang Pekerjaan Sebagai:
- Chef Eksekutif
- Usahawan
- Pengkritik Makanan
- Chef Penyelidikan & Pembangunan
- Chef Khusus
- Chef Selebriti
- Commis
- KatererSmile
like this post !
ReplyDelete^_^ Thanks
ReplyDeleteSalam, saya lynaa. aya baru lepasan SPM. Saya mmg benar benar meminati kulinari. adakah saya akan berjaya sekiranya mengambil bidang ini? Cita cita saya akan menjadi chef profesional dan blh kerja di cruise or perkapalan. Blh ke berjaya? oalnya saya ragu ragu. tp ni lah impian saya. mohon reply. tq :)
ReplyDeletewSalam @lynna.. Bidang Kulinari mempunyai prospek kerjaya yang sangat luas dan tinggi potensi untuk berjaya.. Walau bagaimanapun, Untuk mencapai tahap profesional dalam sesuatu bidang kita kena berusaha secara luar biasa.
ReplyDeleteBidang Kulinari didominasi oleh kaum lelaki kerana kekuatan yang ada pada mereka. Dalam kapal Cruise biasanya menyediakan makanan dalam skala yang besar. Lynna kena bersedia untuk itu :)
bleh x snarai kan U yg sediakan diploma kulinari.....??
ReplyDeleteHello @Hakim, Saya boleh cadangkan 2 IPTA wang menawarkan Diploma Seni Kulinari.
ReplyDelete1. UiTM (Kampus Shah Alam)
2. Politeknik (diploma pengurusan Hotel & Katering)
Manakala Bagi IPTS pula ialah :
1. KLMU / Cosmopoint
2. PTPL
3. ATI (Sabah)
4. UNIRAZAK (Kampus Pintar)
Salam..kalau kolej mcm MSU...ok ke???
ReplyDeleteSbab sye cdang nk amek diploma kulinari kt sne...
Ade cdangan x???
Hello @Otell.. Setiap Kolej mempunyai kelebihannya yang tersendiri, dan ia banyak bergantung kepada Fasiliti, Kemudahan yang disediakan, Penyampaian Lecturer, dan penerimaan pelajar. Yang paling penting, kena rajinkan belajar :)
ReplyDeleteTapi sebelum nak ambil apa2 jenis diploma, kena pastikan Diploma tu diiktiraf oleh kerajaan or not..
saya sedang bekerja sebagai penjawat awam..saya nak bertanya pada admin ada ke ipta/ swasta yang menganjurkan kursus kulinari secara separuh masa atau pjj..klu boleh nak start dari diploma..tq..
ReplyDelete