Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Seni Pastri

Diploma Seni Pastri

Melanjutkan Pelajaran Dalam Bidang Diploma Seni Pastri
(Pastri Arts)
Apa itu Seni Bakeri dan Pastri?
Bakeri dan Pastri merupakan pengalaman amali komprehensif dalam semua komponen pembakaran produk dan merangkumi unit-unit mengenai semua aspek dari roti dan kek kepada konfeksi dan juadah pencuci mulut.

Diploma Bakeri dan Pastri memprihatinkan bidang seni bakeri, pastri, kemahiran kulinari serta aspek praktikal dan teori. Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada suasana kerjaya sebenar yang akan menggarap sikap dan pengetahuan profesional dalam industri ini. Program ini menyediakan pelajar untuk memasuki pelbagai jenis kerjaya bakeri dan pastri, contohnya sebagai chef dessert di restoran berstatus tinggi, membuat pastri di outlet pastri, pembuat roti di bakeri artisan, membuat pastri/dessert untuk bankuet/hotel dan banyak lagi.

Program ini mempunyai lima kelebihan:-
  • Pendedahan kepada seni bakeri dan pastri secara menyeluruh 
  • Pembelajaran praktikal menyeluruh 
  • Kurikulum yang mekankan kepada asas-asas penting bakeri dan pastri 
  • Membina minat dan semangat dalam bidang bakeri dan pastri 
  • Membuka peluang keusahawanan di dalam industri bakeri dan pastri selepas belajar dalam 2 tahun setengah
Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Program Diploma Seni pastri ini sesuai bagi pelajar yang mempunyai:-
  • Keinginan mencarta kejayaan dalam seni bakeri dan pastri 
  • Mempunyai hasrat untuk menceburi bidang keusahawanan di dalam industri bakeri dan pastri

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Pastri dan Produk Konfeksi
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada penggunaan teknik membuat produk bukan-yis, seperti doh berlamina dan penyediaan produk pastri menggunakan pelbagai cara-laminasi, pengadunan, pengkriman (creaming), pembusaan (foaming) dan pemekatan (thickening).

Pelajar juga dilatih menggunakan kombinasi kaedah yang dipelajari untuk menghasilkan produk baru yang menyelerakan. Ini dilakukan dengan menggunakan proses saduran, pengisian pastri, membuat sos ringkas dan memperagakan juadah kepada pelanggan. Selain itu, pelajar dididik untuk merasa dan mengkritik juadah yang mereka hasilkan.

Seni Konfeksi dan Kek Majlis Istimewa
Kursus ini menyediakan pelajar dengan latihan praktikal menggunakan peralatan untuk merekabentuk rupa kek majlis perkahwinan. Pelajar akan dididik bagaimana melakarkan rekabentuk dan membuat kek bertingkat, kek pelbagai lapis dan kolum (column) serta kek novelti. pelajar juga diajar cara-cara menyaluti kek dengan mentega krim dan fondant. Pelajar akan dilatih membuat fondant ros, daun, simpulan dan riben. Mewarna dan menaruh rasa pada krim dan mentega juga diajar.

Bakeri dan Produk Farmentasi
Berdasarkan pengetahuan yang didapati sebelumnya, pelajar belajar mengadun, membentuk, membakar, menyimpan dan mengedar roti dan rol. Mereka akan ditunjukajar bagaimana bekerja dengan sistematik dan profisien untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dalam jangkamasa yang ditetapkan. Penekanan akan diberi kepada peningkatan penggunaan metod fermentasi tradisional, peralatan dan kaedah yang mengutamakan rasa, tekstur dan rupa bentuk serta teknik untuk meningkatkan hayat simpanan.

Membuat roti berseni
Kursus ini memfokus kepada membuat roti pelbagai jenis- daripada roti yis dan segera kepada doh berlamina serta roti antarabangsa dan sarapan pagi. Pelajar akan mendalami perbezaan di antara pembuatan roti artisan dan roti komersil.

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Hotel
- Resort
- Kapal Persiaran
- Restoran
- Kafeteria
- Dapur perkhidmatan makanan

Peluang pekerjaan sebagai :
- Pembuat roti Berseni
- Pemilik Kafe
- Pemilik kedai roti
- Chocolater
- Katerer
- Perancang Kafe
- Pembuat Roti
- Chef Commis
- Chef Pastry

4 comments:

  1. seni kulinari ni ditawarkan peringkat diploma shje ke ? ijazah ?

    ReplyDelete
  2. Ijazah dalam seni Kulinari/ Senii Pastri dalam Universiti/Kolej di Malaysia masih Kurang. Dalam pengetahuan Khai, Hanya UiTM menawarkan Ijazah seni kulinari. kebanyakan pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari ni memilih universiti luar negara.

    ReplyDelete
  3. diploma seni pastri ni kt mna ada ye..?? kt johor ada tak..??

    ReplyDelete
  4. Hello @Syamim,

    Setakat yang Khai tahu, terdapat 2 IPTA awam yang terkenal dengan bidang pastri dlm malaysia, iaitu UiTM dan Politeknik.

    Bagi kolej pula, adik boleh cuba memohon di KLMU/Cosmopoint cawangan berdekatan.

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved