Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Seni Kulinari

Diploma Seni Kulinari

Melanjutkan Pelajaran Dalam Bidang Diploma Seni Kulinari
(Culinary Arts)
Apa itu Seni Kulinari?
Kulinari adalah seni yang menonjolkan tatacara atau kemahiran bagi mengetengahkan sesuatu masakan dari tahap persiapan sehingga penghidangan. Pengajian ini merangkumi kurikulum komprehensif yang menyentuh aspek pembelajaran secara teori dan amali.

Diploma Seni Kulinari memfokus kepada kecekapan kulinari, latihan teori dan praktikal dalam semua aspek pengeluaran makanan. Ia melengkapkan pelajar dengan skil dan pengetahuan dalam penyediaan makanan, keselamatan dan teknik persembahan makanan yang diperlukan untuk menyertai kerjaya kemasukan awal dalam industri perkhidmatan makanan. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dalam seni kulinari, pengurusan dan penempahan stok.

Program ini mempunyai kelebihan yang amat ketara yang tidak terdapat di mana-mana institusi-institusi lain di Malaysia:
  • Pendedahan kepada aspek latihan yang khusus dan agresif 
  • Kurikulum yang mekankan kepasa asas penting dalam bidang kulinari 
  • Membina minat dan ketabahan dalam seni kulinari 
  • Membuka peluang keusahawanan dalam bidang kulinari
Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
  • Pelajar yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang kulinari 
  • Mereka yang mempunyai minat untuk menceburi bidang keusahawanan 
  • Pelajar yang ingin mengukuhkan diri dengan kemahiran kulinari dalam pelbagai jenis juadah seperti Masakan Melayu, Timur Tengah, Eropah, Cina dan banyak lagi.


DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Membuat Pasta
Memperkenalkan teknik membuat dan mencanai dengan menggunakan perkakas yang ditentukan.

Membuat "trussing"
Memperkenalkan cara sempurna mengikat ayam yang sudah dipersasakan sebelum ianya dibakar di dalam ketuhar.

Pengurusan Dapur
endedahkan pelajar kepada teknik-teknik pengurusan dapur, menjadual tugasan dan lain-lain

Keselamatan makanan dan sanitasi
Menggarap pelajar dengan teknik-teknik seperti menggunakan pelbagai jenis papan memotong yang mempunyai kod warna berbeza, jangkasuhu berbeza bagi setiap jenis makanan untuk pengendalian selamat, pencegahan pembiakan bakteria makanan dan banyak lagi.

Prospek Kerjaya
Pelajar berpeluang untuk menceburi pelbagai industri seperti:-
- Hotel
- Resort
- SPA
- Kapal Persiaran
- Restoran
- Bistro
- Katering penerbangan
- Restoran sendiri

Peluang Pekerjaan Sebagai:
- Chef Eksekutif
- Usahawan
- Pengkritik Makanan
- Chef Penyelidikan & Pembangunan
- Chef Khusus
- Chef Selebriti
- Commis
- Katerer


Smile
Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved