Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Pengurusan Perlancongan


Melanjutkan Pelajaran Dalam Bidang Diploma Pengurusan Pelancongan 
(Tourism Management)
Apa itu Pengurusan Pelancongan?
Pengurusan pelancongan merujuk kepada aktiviti perkhidmatan yang disediakan oleh komponen-komponen industri pelancongan seperti agensi perlancongan, syarikat penerbangan, perhotelan, perkhidmatan makanan dan pisat-pusat rekreasi kepada para pelancong dalam dan luar negara.

Diploma Pengurusan Pelancongan melengkapi dan memberi pendedahan kepada pelajar dengan latihan berasaskan kemahiran dan pengetahuan perniagaan yang semakin penting untuk pertumbuhan industri pelancongan. Kombinasi bahan pembelajaran secara teori dan praktikal adalah pendekatan yang terbaik untuk memenuhi keperluan kerjaya yangluas dalam industri pelancongan dan perhotelan secara global.

Program ini mempunyai kelebihan yang tidak terdapat di institusi lain di Malaysia. Antara kelebihannya adalah:
  • Pendedahan kepada pengetahuan asas pelancongan secara teori dan praktikal. 
  • Pembelajaran yang menyeluruh dan merangkumi prinsip, amalan dan konsep sebenar dalam industri pelancongan. 
  • Kurikulum yang menekankan kemahiran mengendali pelanggan, kemahiran komunikasi dan kreativiti dalam merangka aktiviti pengurusan 
  • Pembelajaran yang menekankan kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, semangat kerja berpasukan dan kemampuan menganalisa.
Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
- Minat melancong dan kreatif dalam merancang aktiviti rekreasi

- Minat berinteraksi dengan orang ramai

- Minat menceburi bidang perniagaan yang berunsurkan perkhidmatan.

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Geografi pelancongan
Matapelajaran ini direka untuk memberikan para pelajar pengetahuan dasar tentang ciri-ciri fizikal setiap negara. Menekankan pada aspek geofrafi dunia iaitu di negara Amerika Utara, Amerika Selatan, Amerika Tengah, Afrika, Asia, Australia dan Pasifik Selatan serta kajian berkaitan dengan iklim, penduduk, pengangkutan, pelancongan dan tempat-tempat menarik.

Operasi perjalanan dan persiaran
Matapelajaran ini direka bagi pelajar untuk menjelajah aspek-aspek yang luas dalam pengurusan sesebuah Agensi pelancongan. Ia menekankan pengetahuan secara teori bagaimana sesebuah agensi itu ditubuhkan dan beroperasi. Para pelajar akan mendapat pendedahan awal mengenai aktiviti-aktiviti utama yang melibatkan pelbagai bahagian/unit sebuah agensi pelancongan untuk beroperasi. Antara Bahagin pengurusan, bahagian Pemasaran, bahagian Tempahan & Tiket Penerbangan & Bahagian Pengembaraan.

Pengurusan Acara
Matapelajaran mendediakan pendekatan secara teori dan praktikal dan memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami kemahiran sesebuah acara dan majlis. pelajar akan membina kemahiran asas yang boleh mereka gunakan untuk kerjaya di dalam Industri Aturcaraan.

Mesyuarat, Intensif, Konvension dan Pameran (MICE)
Kursus ini akan menerangkan pengertian dasar MICE. Di antara topik yang akan difokuskan adalah pengendalian acara-acara mesyuarat, eksposisi dan konvension. Kemahiran merancang, mengaturcara, memantau dan mengawal sesebuah pameran dan ekspo juga diberi perhatian. Pelajar juga akan didedahkan dengan pengetahuan dari aspek peraturan dan perundangan.

PROSPEK KERJAYA
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Agensi Pelancongan
- Kementerian pelancongan Malaysia
- Rangkaian Hotel

Peluang bekerja sebagai:-
- Penyelaras Pelancongan
- Perunding Pelanongan
- Eksekutif tiket
- Penyelaras Acara/Mesyuarat
- Pegawai Perkhidmatan Pelanggan/Pelawat
- Eksekutif Jualan
- Pegawai Perlancongn Negara
- Eksekutif Pemasaran Hotel 

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved