Hmm.. Let me guess.. Korang baca entri ini sebap korang atau orang kesanyangan dapat bisul?? Wkwkwkwk Just Kidding. Saya just mau share Apa tu bisul? Punca-punca dapat bisul, Cara rawatan dan pencegahan serta beberapa alternatif untuk masalah bisul ni.
Bisul
BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan.
Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Dalam masa 24 jam, ketulan merah ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu.
Punca-Punca
Bisul selalunya terjadi apabila saluran di mana rambut tumbuh dijangkiti bakteria stafilokokus aureus. Bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Bisul tahap 'Dewa' boleh menyebabkan demam panas dan juga tidak boleh berjalan.
Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan
Pesakit dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di bahagian muka atau jika mempunyai:
- Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan (Di mana-mana tempat)
- Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
- Bisul yang kerap timbul (Tidak sembuh dalam masa 4 minggu)
- Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
- Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.
Rawatan
Rawatan Sendiri.
Rawatan Klinik
Sekiranya seorang pesakit bisul datang ke klinik untuk rawatan, doktor biasanya akan bertanya tentang tahap kebersihan pesakit. Penyakit bisul biasanya terjadi akibat daripada gaya hidup ataupun ruang rumah / tempat beristirehat / Bilik tidur tidak bersih.
Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan.
Pencegahan
Sebelum Bisul Melanda
- Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
- Elakkan memakai pakaian yang ketat. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
- Untuk mencegah dari ditumbuhi bisul, banyakkan memakan makanan yang membersihkan darah seperti karot, tomato, sayuran hijau, buah-buahan serta makanan yang mengandungi vitamin C. Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.
Tip Penjagaan Sendiri
- Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram / yang mempunyai antiseptik (Dettol) ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
- Basuh perlahan-lahan bisul anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kemudian, sapukan antiseptik di sekeliling bisul sebelum dibalut dengan pembalut.
- Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang disyaki telah boleh menyebabkan bisul merebak.
Rawatan Cara Tradisional
Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, kapur akan mempercepatkan proses untuk bisul menjadii matang dan kering dengan sendirinya. <-- ini cara yang paling Power.. 2-3 hari boleh sembuh pecah sendiri nanah tu. Penyembuhan luka terpulang kepada cara penjagaan.
tq..membantu
ReplyDeleteSgt membantu. Terima kasih sgt2. Bila prgi blog lain,rse nak nangis je bca komen dia org. Ada yg bgi pendapat untk operate then dia org kta waktu dressing tu menyakitkan! Nasib baik ada blog ni, tq!
ReplyDeletekapur mmg cukop membantu...
ReplyDelete