Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Farmasi (Pharmacy)

Diploma Farmasi (Pharmacy)

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Farmasi 
(Pharmacy)
Apa itu Farmasi?
Farmasi adalah suatu profession ilmu pengetahuan tentang kimia ubat-ubatan dan sains kesihatan. Bidang ini merangkumi aspek tradisional seperti penyediaan dan pendispensan perubatan serta aspek moden seperti rawatan pesakit, khidmat klinikal, kajian keselamatan dan keberkesanan dibahagikan dan penyeliaan maklumat tentang perubatan. Bidang farmasi boleh dibahagikan kepada beberapa bidang kepakaran seperti kimia farmaseutikal, kimia farmaseutik, farmakologi, praktis farmaseutikal dan biofarmaseutikal.

Diploma Farmasi (Pharmacy) direka bagi memberikan pelajar pengetahuan yang mendalam tentang kimia perubatan, aspek kesan dan tindakba;as perubatan kepada tubuh badan manusia, penyediaan perubatan, dan pendispensan ubat. Program ini membentuk kerjaya pelajar sebagai pembantu farmasi di farmasi hospital, rangkaian farmasi runcit, dan sebagai pembantu pengilang di industri pengilangan farmaseutikal.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Program ini sesuai bagi mereka yang berminat tentang:
  • Kimia perubatan, ilmu tentang bagaimana ubat dihasilkan
  • Individu yang berminat untuk mempelajari bagaimana ubat-ubatan diserap masuk ke dalam badan manusia dan bagaimana tubuh manusia bertindak terhadap ubat tersebut.
  • Kesan ubat-ubatan terhadap tubuh badan manusia
  • Bagaimana untuk menyediakan ubat-ubatan untuk pesakit.
  • Bagaimana untukmendispens ubat kepada pesakit
  • Perkhidmatan rawatan dan khidmat klinikal kepada pesakit
  • Penyediaan maklumat tentang ubat-ubatan
  • Kerjaya dalam bidang perkhidmatan kesihatan, samaada di farmasi hospital, farmasi runcit atau industri pembuatan ubat.

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Pharmacognosy
Pelajar akan didedahkan dengan aplikasi farmaseutikal, penghasilan, dan tindakbalas kimia bahan semulajadi daripada daun, bebunga, batang, dahan dan akar pokok dan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang mempunyai nilai perubatan.

Ilmu Farmasi
Pelajar akan memperoleh pengetahuan tentang tindak balas yang berlaku apabila sesuatu sebatian ubat-ubatan memasuki tubuh badan manusia dan bagaimana sistem tubuh badan bertindakbalas terhadap ubat tersebut dalam memberikan kesan perubatan.

Bentuk sediaan farmasi dan amalan makmal
Pelajar akan mendapat pendedahan yang mendalam mengenai semua jenis bentuk dos di dalam bidang farmaseutikal merangkumi produk dalam bentuk cecair, ampaian, emulsi, separa-pepejal, serbuk dan granul, tablet dan kapsul.

Hospital & Farmasi Klinik
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan pengalaman sebenar dalam bidang organisasi hospital dan farmasi hospital meliputi pelbagai cabang daripada perolehan, perkhidmatan maklumat ubat-ubatan, penjagaan pesakit, dan tugas-tugas rutin sebagai pembantu farmasi di farmasi hospital.

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi Pelbagai industri seperti:-
- Hospital
- Farmasi runcit
- Industri pembuat ubat-batan

Peluang pekerjaan sebagai:-
- Pembantu Farmasi di hospital
- Pembantu Farmasi di Farmasi Runcit
- Pembantu Pengilang di Industri pembuatan ubat-ubatan

2 comments:

  1. dah alang2 baca Info ni nak tnya sikit bley?

    kalu ambik couse ni susah x??cara belajar dye mcm ne??

    ReplyDelete
  2. Hello Fazriezal.. If nak katakan susah, tak juga. Senang pun tak juga. Bergantung kepada kerajinan tuk belajar... membaca dan ulangkaji kena banyak.

    Mungkin yang susahnya, korang kena menghafal pelbagai bahan2 kimia, jenis, fungsi, kesan, asal usul ubat2an dan yang pastinya, kebanyakannya subjek adalah dalam Bahasa English.

    Cara belajar pula.. sama seperti bidang2 yang lain. Datang kuliah -> Buat Assignment/project -> Ulangkaji. :)

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved