Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Jualan & Pemasaran

Diploma Jualan & Pemasaran

Melanjutkan Pelajaran Dalam Bidang Jualan & Pemasaran 
(Sales & Marketing)
Apa itu jualan & pemasaran?
Bidang jualan dan pemasaran menawarkan antara peluang kerjaya yang terbaik kepada pelajar-pelajar jurusan Jualan dan Pemasaran. Bidang pemasaran adalah suatu bidang yang amat luas, merangkumi aktiviti-aktiviti pemilihan, perekaan, pembungkusan, penentuan harga, penjualan dan pengedaran sesuatu barangan atau perkhidmatan bagi pasaran tempatan atau antarabangsa. Pemasaran merupakan daya pengerak bagi kebanyakan perniagaan. Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sesebuah syarikat tidak menentukan pulangan pelaburan melainkan ianya dijual dipasaran. Jurujual bertanggungjawab menjual produk berkualiti kepada pelanggan, dan seorang jurujual yang profesional mempunyai potensi yang besar bagi memperoleh pendapatan yang tinggi.

Aktiviti jualan dan pemasaran adalah amat penting kepada sesuatu perniagaan, dan pihak pengurusan atasan syarikat peka bahawa bagi memahami pasaran serta kemahuan dan citarasa pelanggan, memerlukan angota jualan dan pemasaran yang cekap dan berkaliber. Mereka mamppu melakukan kerja-kerja penyelidikan pasaran, menjadi jurujualprofesional dan juga menghasilkan iklan yang bijak. Sebuah syarikat yang berjaya menepati permintaan dan citarasa pengguna melalui produk serta perkhidmatan mereka mampu menyumbang kepada kejayaan syarikat tersebut.

Diploma Jualan dan Pemasaran mencantumkan teori dan amalan praktik serta menerapkan kemahiran-kemahiran berkaitan perniagaan serta aplikasi komputer, perakaunan dan prinsip-prinsip pengurusan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Anda minat menceburi bidang jualan?
Permintaan beberapa polisi spesialis dalam bidang jualan jualan meningkat dari hari ke hari kerana setiap industri memerlukan tenaga kerja jualan yang berkaliber.

Anda ingin menceburi bidang pengiklanan dan promosi?
Sebagai seorang spesialis anda bertanggungjawab mereka iklan yang meyakinkan pelanggan, bagaimana produk syarikat anda dapat memanfaatkan dan menguntungkan mereka. Matlamat anda adalah untuk menyampaikan maklumat secara kreatif kepada pelanggan tentang produk terkini yang ditawarkan oleh syarikat anda.

Anda bercita-cita menceburi bidang perkhidmatan?
Graduan progran ini banyak menceburi bidang perkhidmatan. pertumbuhan pesat industri perkhidmatan menjadikan aktiviti jualan dan pemasaran bidang amat penting. Oleh sebab kekurangan tenaga kerja yang ketara dalam bidang pengedaran, hubungan pelanggan dan peruncitan, potensi perkembangan kerjaya dan  pendapatan yang tinggi menanti anda.

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Menjual secara profesional
Jualan adalah sebahagian daripada pemasaran. Menjual secara profesional memerlukan kemahiran berkomunikasi dan meyakinkan pelanggan tentang bagaimana produk anda boleh memanfaatkan mereka. Kepentingan pelanggan adalah keutamaan anda, dan anda menjalin hubungan baik dengan pelanggan anda kerana anda merupakan sahabat perunding dan penasihat kepada mereka.

Menyelidik pasaran
sebagai penyelidik pemasaran, anda mengumpul maklumat tentang pendapat penggunadan menganalisa penyelidikan pemasaran bagi membantu syarikat anda memahami jenis produk serta perkhidmatan yang diperlukan pengguna, menentukan siapa yang akan melanggannya dan tahap harga yang sesuai. Anda akan mengumpul data serta statistik berhubung dengan merekan yang bersaing dengan syarikat anda, serta meneliti aspek-aspek harga, jualan, kaedah pemasaran dan pengedaran mereka. Anda menganalisa data jualan yang lampau bagi mengunjur paras jualan di masa hadapan.

Mengurus produk
Untuk menguruskan produk anda perlu ada kemahiran berkomunikasi serta koordinasi beberapa fungsi dan kepakaran dan sebuah syarikat, terutamanya kerjasama antara bahagian kejuruteraan dan bahagian pembangunan perniagaan. Pengurus produk misalnya perlu menterjemahkan matlamat perniagaan bagi sesuatu produk oleh bahagian pemasaran atau jualan kepeda keperluan kejuruteraan. Sebaliknya, pengurus produk perlu memberi taklimat kepada bahagian pemasaran dan jualan tentang aspek-aspek teknikal produk tersebut.

Menyediakan kempen iklan dan promosi produk
Bagi melancarkan kempen produk anda, anda memerlukan koordinasi beberapa alat komunikasi pemasaran bagi menghubungi sasaran pelanggan anda. Matlamatnya adalah bagi meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kewujudan produk tersebut supaya menghasilkan permintaan yang bertambah. Struktur kempen tersebut banyak bergantung kepada sifat produk serta pelanggan yang disasarkan.

Prospek kerjaya
Graduan Diploma Jualan & Pemasaran berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
-Jualan
-Penjenamaan
-Promosi
-Komunikasi Pemasaran
-Pameran dan Konvensyen
-Pemasaran rekreasi dan resort
-Perhubungan awam

Peluang pekerjaan sebagai:-
-Jurujual
-Eksekutif Pemasaran
-Eksekutif Akaun
-Penolong Pengurus Peruncitan
-Perancang Acara
-Pembangunan Produk
-Perancang Pemasaran
-Lain-lain kerjaya bidang pemasaran dan jualan yang dinamik dan lumayan.



Smile

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved