Harry Potter - Golden Snitch

Gaming - Rosh Online (MY) Review


Beberapa minggu yang lalu, saya mula untuk bermain Rosh Online (Online Game), Online game MMORPG baru yang percuma. Ia baru dilancar pada bulan Ogos 2012.

Rosh Online mempunyai grafik yang sangat baik, terdapat pelbagai pilihan class/pekerjaan yang mempunyai keunikan tersendiri. Ia juga Permainan online yang berteraskan PVP (Player VS Player) di mana PVP terbuka boleh dilakukan setelah mencapai level 35.

Sistem crafting juga ada dimasukkan ke dalam Rosh Online, player boleh mengumpul barang melalui Mining (Melombong), Fishing (Memancing) dan juga melalui Mob.

Rosh Online (MY) Class Preview


Rosh Online mempunyai 6 class yang utama. Setiap kelas mempunyai 2 pilihan untuk Advance class pada Peringkat awal (level 9). Selepas itu pada level 45 sekali lagi perlu membuat 2 pilihan untuk Advance Class. Secara ringkasnya, terdapat 42 Class yang boleh dimainkan. 6 Pilihan Class pada peringkat permulaan. 12 pilihan Class untuk Advance job kali pertama dan terdapat 24 Class untuk advance job kali kedua.

 Human = Blader (Melee) + Paladin (Melee)

 Seroine = Bowmistress (Ranged) + Mystic (Ranged)

 Shadow = Rouge (melee) + Sorceress (ranged)

Vaneese = Gunner (Ranged)

Rosh Online (MY) Insight

 Fishing

 Mining

 Mount System

 Player VS Player

Pet System

Rosh Online (MY) Videos

The War Begins Part I

The War Begins Part II


Rosh Online (MY) Pros

Kawalan Permainan Yang Baik : Saya tidak mempunyai apa-apa masalah berkaitan dengan pengawalan character, shortcuts dan juga pengendalian skill. Kalawalan permainan Rosh Online sangat simple dan mudah.

Mudah Untuk Dipelajari : Korang boleh bermain game ni tanpa mempunyai pengalam bermain MMO. Sistem pertolongan dalam game boleh di gunakan dengan menekan butang "H" di mana ia akan menerangkan segala benda asas yang perlu di ketahui oleh pemain baru. Namun tutorial permulaannya agak sedikit.

Grafik Yang Menarik : Rosh Online memaparkan grafik yang sangat menarik. Animation Character dan juga NPC berfungsi dengan cantik dan lancar.

F2P (Free to Play) Cash Shop : Pada pendapat saya, Cash shop (Membeli barang dalam game menggunakan RM) dalam Rosh Online lebih kepada mengayakan character pemain dengan costume yang menarik, di samping membeli peralatan yang boleh membantu meningkatkan mutu dalam permainan.

Penciptaan Character : Apa yang korang lihat, itulah character korang yang akan jadi.

Sistem Bot : Bot System dalam Rosh Online membolehkan character melakukan leveling secara automatik tanpa kita perlu mengarahkannya. Feature ini yang paling best. Biasanya game online yang lain akan Ban sekiranya pemain menggunakan bot.


Rosh Online (MY) Cons

Class Mengikut Jantina : Nak jadi user magic? kenalah gunakan character perempuan. Nak jadi gunner? hanya kelas Dwarf yang ada. kesemua class dan pekerjaan adalah mengukut jantina. Ini menyebapkan sedikit kekeliruan, sama ada character itu dimainkan oleh pemain lelaki ataupun perempuan.

Limitation Dalam Penciptaan Character : Hanya ada 3 hingga 4 style rambut dan juga pilihan muka character. hanya 2 benda ni sahaja yang boleh di ubah melalui pembuatan character. Dalam game nanti, korang akan selalu berjumpa dengan kembar korang :D. Jumlah maksimun character adalah 4.

Miskin Dan Akan Sentiasa Miskin : Monster akan menjatuhkan sejumlah carat (Mata wang dalam Rosh Online) yang sangat sedikit berbanding dengan harga barang yang dijual olehNPC yang tersangatlah mahal.

Slow Leveling Tanpa Quest : Exp yang diperolehi daripada monster sangatlah sedikit, memakan masa yang panjang untuk level up tanpa quest.

PK (Player Kill) Ada Di Mana-mana : Bagi pemain baru hal ini memang menyakitkan hati :D

Final Verdict

Overall, game ni adalah baik. Auto leveling menggunakan Botting System memudahkan player untuk leveling. Mempunyai Fleta system yang unik. Saya cadang untuk korang cuba game ni :). Untuk register, korang boleh KLIK SINI ataupun terus ke laman we rasmi Rosh Online

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved