Harry Potter - Golden Snitch

Lepasan SPM - Sambung Belajar Ataupun Bekerja (Part 1)

Sudahkah adik-adik yang sedang menduduki SPM ataupun yang bakal-bakal telah mendapat keputusan SPM merancang hala tuju korang? Pernahkah adik-adik terfikir bagaimanakah kehidupan setelah tamat persekolahan nanti? Tahniah bagi adik-adik yang telah mempunyai perancangan dan matlamat. Bagi yang belum ada hala tuju, bila lagi korang nak start merancang?

Post kali ini merupakan post yang panjaaaaang~, Khai nak berkongsi serba sedikit gambaran hala tuju pelajar selepas tamat menduduki perperiksaan SPM. Terdapat 2 pilihan utama yg boleh dibuat, sama ada melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja.

Dilema pelajar SPM setelah tamat belajar - 
Sambung Belajar VS Bekerja Dari sudut
Perbelanjaan, Pendapatan dan Masa.

1) Sambung Belajar

Sambung Belajar Selepas SPM

Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Adakah bidang yang ditawarkan/dipilih bersesuaian dengan cita-cita korang? Adakah korang hanya sambung belajar atas desakan keluarga ataupun sekadar ingin menghabiskan masa dan wang? Utk info adik-adik, kos yang perlu dibelanjakan sekiranya adik-adik memilih untuk melanjutkan pelajaran bukanlah sedikit.

Khai mengambil Kolej Swasta sebagai contoh. Purata yuran pengajian Diploma bagi Kolej-kolej Swasta di Malaysia dalam kursus bukan sains kesihatan (Non Health Science) memerlukan sekurang-kurangnya RM24 ,000 (Tempoh 3 tahun belajar). Nilai ini hanyalah merujuk kepada yuran sahaja, dan ia belum termasuk perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti makan, minum, alat tulis, buku, tambang bas, sewa bilik/rumah, pakaian dan lain-lain lagi. Tambahan pula, Nilai ini boleh mencecah sehingga RM48,000 sekirangya korang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kesihatan (Health Science).

Sambung Belajar Selepes SPM

Sekiranya masih ingin melanjutkan ke peringkat Ijazah (Tempoh 2 tahun), korang kena mengeluarkan lagi belanja sekurang-kurangya RM35,000 (Kursus non Health Science) untuk menampung kos yuran pengajian. Nilai ini boleh mencapai RM40,000 bagi kursus dalam bidang Sains Kesihatan. Tambahan pula, ia belum lagi termasuk perbelanjaan-perbelanjaan lain.


If korang melanjutkan perbelanjaan ke Universiti Awam perbelanjaan ini akan berkurangan sebanyak lebih kurang 1/4 daripada Universiti/Kolej Swasta ^_^ (Belajar rajin-rajin ya).


Korang memang sangat bertuah sekiranya mendapat tajaan sepenuhnya daripada keluarga, kerajaan atau mana-mana institusi lain. Tetapi bagi yang kurang berkemampaun dan membuat pinjaman PTPTN, korang akan berhutang sekurang-kurangnya RM59,000 bagi kedua-dua program Diploma dan Ijazah.

WAH! Banyak tuu!! Jika korang membuat pinjaman untuk melanjutkan pelajaran, korang mungkin akan bekerja untuk membayar hutang sekurang-kurangnya dalam tempon 5 tahun lagi (sekiranya korang bayar balik RM1000 sebulan hahaha)

Sambung Belajar Slepas SPM

Purata gaji bagi lepasan Diploma adalah dalam sekitar RM1200 hingga RM1800. Manakala Purata gaji bagi lepasan Ijazah pula adalah sekitar RM1800 hingga RM2600 (Sumber: Jobstreet.com). Adakah nilai gaji ini cukup? dalam situasi ekonomi negara Malaysia sekarang ni, gaji RM1200 memang tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi if korang nak beli kereta, berkahwin, beli rumah........

Hmm, setakat ini korang dah dapat gambaran tentang perbelanjaan yang korang akan hadapi jika melanjutkan pelajaran?

Ok, Bagi mereka yang ingin mendapatkan info if korang memilih untuk terus bekerja boleh Klik Link Di Bawah ^_^.

Peace~

Tags: Lepasan SPM Sambung Belajar, Sambung Belajar selepas SPM, Melanjutkan Pelajaran Selepas SPM, Melanjutkan Pelajaran, Yuran Pengajian, Kos Pendidikan Diploma, Kos Pendidikan Ijazah

12 comments:

  1. mymy SPM tahun nie , mymy minat nak jadi chef :)
    tapi mymy taktau nak sambung belajar dekat mana ?
    pening dah fikir ... ada cadangan tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. say....saya cadangkan awk perlu berbincang dengan keluarga lebih baik...taw..

      Delete
  2. Mymy boleh try dekat Uitm (Universiti termurah di dunia) hahaha.. pastikan Mymy mendapat keputusan cemerlang SPM ^_^ Good Luck

    ReplyDelete
  3. yea ^_^ IPTA awam 4x ganda lebih murah berbanding dengan swasta..

    Tapi bagi yang kurang bernasip baik... korang kena fikir beberapa kali if nak masuk Kolej swasta ^_^

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Sorry Adib.. Too much Link --> Consider as Spam

    ReplyDelete
  6. Saya tidak mendapat Sebarang A pun di dalam keputusan SPM 2012, saya tidak ditawarkan di mana2 pengajian Awam, Ya saya boleh menyambung pelajaran ke kolej swasta,tetapi keluarga saya mengalami pelbagai krisis kewangan, jadi saya memilih untuk menjadi anggota Polis(PDRM), saya ingin mendapatkan pendapat khai, adakah pilihan ini betul2 tepat, mksud saya..risiko pada masa hadapan.. Sekian Terima Kasih.

    ReplyDelete
  7. Khai memang cadangkan untuk bekerja terlebih dahulu, kemudian sambung belajar melalui Pendidikan jarak jauh (PJJ) ataupun Pendidikan Luar Kampus (PLK)


    Dalam sistem pendidikan Malaysia setakat ini, sekiranya anda bekerja dalam satu bidang yang sama selama 3 tahun (atau lebih), anda layak untuk memohon dan melanjutkan pengajian terus ke peringkat ijazah (tertakluk kepada syarat dan terma).


    Dari segi kewangan memang tiada risiko. Memilih pekerjaan sebagai PDRM, Syafiq mungkin lebih mengetahui apa risiko yang ada dalam pekerjaan sebagai polis.

    ReplyDelete
  8. Terima Kasih Diatas pndpt Khai yg bernas.

    ReplyDelete
  9. Syarat mengambil pendidikan jarak jauh (PJJ) ?

    ReplyDelete
  10. mymy boleh ambik course culinary... x kira swasta atau gov... berminat boleh email saya azi_sam85@yahoo.com

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved