Harry Potter - Golden Snitch

Tutorial : Letak Link Dalam Komen Blog


Korang rajin blogwalking dan menampal link blog korang kat ruangan komen?? Jom kita sama-sama belajar cara letak link dalam ruangan komen blog secara berhemah.. :D Kebiasanya, memang ramai yang suka copy dan paste link blog sendiri kat dalam ruangan komen blog lain. Kan?? Terutama bila korang join segmen ini, itu dan sebagainya. :D Rasanya memang dah ramai yang tahu, tapi bagi mereka yang belum tahu, meh Khai ajarkan.

Tutorial : Letak Link Dalam Komen

Caranya memang mudah. Korang hanya masukkan sedikit kod HTML bersama dengan komen korang. Korang hanya perlu ingat kod dibawah ni dan tukarkan pa yang patut.


<a href="LINK"><b>TITLE</b></a>


Customization:

  • Tukarkan LINK kepada link yang korang nak letak cth:http://www.BlogwalkingQueencess.blogspot.com/2013/08/Blog-Aku-Paling-Cantik.html
  • Tukarkan TITLE kepada tajuk yang korang nak
  • Kod <b>...</b> boleh dibuka atau digantikan dengan <i>...</i> sekiranya korang nak link korang tu senget :D ataupun letak kedua2nya sekali.

Sebagai Contoh: Korang boleh tengok gambar di bawah, perbezaan if korang just tampal link korang dengan memasukkan link dengan menggunakan cara yang betul.


Kita boleh nampak perbezaan yang ketara. Di samping memudahkan bagi rakan-rakan yang lain untuk klik link tu, ia juga kelihatan cantik dan profesional. :D

Selamat mencuba ^_^

Note: Tidak semua blog di luar sana suka dengan kod ni, terpulang kepada blog yang korang komen sama ada dia membenarkan korang tampal link OR buatkan setting supaya link korang landing dalam page "Error 404".. tapi tak salah untuk mencuba

Peace~

Tags: Letak Link Dalam Komen, Cara buat link, Link dalam komen

5 comments:

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved