Harry Potter - Golden Snitch

Karnival Jom Heboh Plaza Angsana Final Day 2013




Hello Hello,

Apa Ada Dengan Karnival Jom Heboh @Plaza Angsana Johor Bahru?
Apa khai boleh jawap dengan soalan ni.. Hmm, boleh dikatakan macam-macam ada! If nak saya ulaskan memang panjang ceritanya. Tapi untuk pendekkan cerita korang boleh view artikel ni :D

Semalam merupakan kali yang pertama Khai melawat Karnival Jom Heboh selama berada di tanah semenanjung. Lokasinya berada di Plaza Angsana Johor Bahru. Memang ramai pengunjung yang datang melawat dan keadaan di situ amat sesak walaupun hujan renyai-renyai. Di hari yang terakhir, tentulah ramai pengunjung yang datang.. Potongan harga pada barangan gerai-gerai jualan untuk menghabiskan stok, dan juga Konsert penutupan, dah tentu amat dinanti-natikan oleh semua pengunjung.

Ada beberapa artis yang sempat Khai jumpa, antaranya Tomok dan Sofaz, tapi tak sempat nak ambil gambar. If nak ambil gambar juga, alamat gambar kepala orang jer yang Khai dapat. Huhuhu~ Terpaksa view dari jarak jauh. Sobs~

Saya tidak datang keseorangan. Tak best la datang sorang-sorang. If nak datang sorang, better tinggal kat rumah.. Lagi Best! Khai datang dengan Full Bus! My Uncle, Auntie, Cousin and the Gang. Tapi, tak dapat pula bawa "Angel" Khai yang berada nun jauh di Sabah >.< (Maybe next time k :D)


Ini merupakan gambar yang terbaik, terlalu ramai orang dan sangat sesak. Terpaksa posing 5 saat, kemudian Chow!~

My Cute Cousin dengan keropok gergasi. Saya nak bawa pulang keropok tu untuk kenang kenangan, malangnya "Not for sale" Tsk tsk..


Khai bersama dengan pakcik dan cousin sewaktu menunggu Konsert gigs karnival Jom Heboh bermula. Dalam crowd ni, macam-macam bau pun ada X_x. Masa nak masuk tu, terpaksa bersesak-sesak. Mujurlah ada cousin kecik, Time masuk tu, dilayan cam VIP if bawa budak sama-sama (^_^)y.

Tips: If korang nak tengok konsert Karnival Jom Heboh akan datang, jangan lupa bawa budak kecik :D  tuk dapat layanan Special edition.


 
Band Monologue
Band Madinee

Antara kumpulan Band yang Khai sempat tengok persembahannya. Khai dah lupa dah lupa tajuk lagu yang mereka nyanyikan hahaha. Lagu yang mereka nyayikan tu, best la jugak. Sebap boleh buatkan mereka yang berada di front row terlompat-lompat. Tak sempat pula nak tengok persembahan Special yang terakhir,  pelancaran album terbaru Faizal Tahir termasuklah persembahan dari band Oh Chentaku dan band Pita Hati. Apa leh buat, hari dah lewat dan esoknya sesi persekolahan dan nak mula. Terpaksa balik awal. Sobs~


Dalam perjalanan balik, sempat juga Khai snap gambar Crowd yang hadir malam tu. Memang sangat ramai, dan ini hanyalah segelintir daripadanya. Dalam gambar ni taklah nampak ramai sangat, kerana gambar tu diambil dari long distance dan tak berapa jelas. Almaklum, kamera tahap Mr. Bean. Hehehe.

Tags: Karnival Jom Heboh, Jom Heboh Plaza Angsana, Jom Heboh 2013 Johor Bahru, Jom Heboh 2013

3 comments:

  1. bang,nk request tuto buleh takk, nk yg post widget brgambar tp yg duduk kt bawah skali di dlm blog, yg mcm abg tuu yg abang tulis *antara yg menarik*..hope abg tunaikn yaa. thanks.

    ReplyDelete
  2. Hello @Porah.. OK :) Bagi saya sedikit masa.. Mungin esok pagi saya akan publish post tentang tu ^^.. sabar-sabar ya :D, a bit busy xD

    ReplyDelete
  3. ok bang.. btw TQ yaa. sory sangat mnyusahkan.

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved