Hello readers,
Kalau korang selalu datang sini, mesti korang perasan perubahan pada blog Khai. Ya, Post template Khaiangel.com dah bewarna putih. Khai tukar warna background atas nasihat beberapa blogger otai termasuklah Sist Akma dan beberapa lagi blogger yang lain. Pada masa akan datang, saya akan perlahan-lahan mengubah template blog ni menjadi cerah. Saya buat semua ni untuk keselesaan para pembaca yang datang singgah ke dalam blog ni.
Menurut beberapa artikel yang saya baca, rata-ratanya menyatakan bahawa blog yang bewarna hitam atau gelap adalah kurang menarik dan boleh membuatkan reader tekan butang 'X' sepantas kilat. Betul ke gitu? Hmm, saya pun masih kurang pasti dengan fakta ni, tapi yang saya tahu, blogger-blogger otai di luar sana memang jarang ada yang menggunakan template bewarna gelap. Kalau ada pun, sangatlah sedikit.
Sebelum ni pun, sebenarnya saya dah pernah bercadang untuk mengubah template layout menjadi putih, tetapi atas beberapa masalah pada template customization, maka saya takdapat buat. Terima kasih kepada feature baru dalam EDIT Template HTML, saya dah boleh tukar warna background dan font post (sebagai permulaan).
Sebelum saya akhiri post ni, saya ingin kongsikan beberapa kebaikan dan keburukan tema blog bewarna gelap. Terimalah, kebaikan dan keburukan tema blog bewarna gelap (Hitam) dari sudut pandangan saya.
Kebaikan
1. Blog nampak elegant dan creative.
2. Popular di kalangan lelaki
3. Sangat sesuai untuk blog yang menggunakan banyak Image dan gambar. Tema hitam merupakan graphic friendly. Gambar imej dan grafik sangat cantik dan mudah untuk dilihat pada background gelap.
4. Mudah untuk menonjolkan penggunaan warna dalam blog terutama sekali apabila menggunakan lighting effect.
5. Saya suka tema hitam pada blog? korang pula? (Ini pun boleh dikatakan kebaikan ke? hahaha)
Keburukan
1. Kebanyakan orang tak suka membaca blog yang mempunyai background hitam dengan font cerah.
2. Font yang bewarna putih pada background gelap menyakit mata readers. Kenapa? Kebanyakan web di luar sana adalah bewarna putih. Kalau korang sepanjang hari dah melihat web yang bewarna putih dan tiba-tiba pula nampak web yang bewarna gelap sudah pastinya membuat mata berasa janggal.
3. Less readability dan membuatkan 'bounce rate' yang tinggi. Korang pernah jumpa buku dengan background gelap dan font cerah pada setiap page?
4. Tak sesuai bagi web yang mempunyai banyak teks.
5. Blog nampak sesak dan semak dengan pengunaan warna yang pelbagai.
Kesimpulannya, sama ada kita pilih tema hitam atau putih pada blog ia adalah terpulang kepada diri sendiri. Tema blog yang bewarna gelap boleh menjadi sangat menarik sekiranya dibuat dengan creative. Namun ianya kurang sesuai bagi blog yang mempunyai teks yang banyak.
Tags: Kebaikan Dan Keburukan Tema Hitam Pada Blog, Tema Blog Hitam, Background Blog yang gelap, Background Blog, Pilihan Warna Pada Background Blog, Warna Background Blog.
Hahaha betul tu. Sebab tu bambil buat background blog bambil ni cerah2. Ada nur gitewww. Sebab nak tarik pembaca lah. Kalau perasan, majoriti blogger yang aktif ni perempuan. So perempuan memang suka datang kalau blog cantik. Itu saja sebenarnya =)
ReplyDeletehokayy ! setuju ! warna hitam sesuai untuk blog lelaki . ada betulnya jugak keburukkannya ... terpulang kepada individu masing-2 untuk memilih ^_^
ReplyDeletehe he he
ReplyDeleteErr.. Blog ni sedang dalam peralihan untuk mejadi warna putih. Matlamat utama, nak buat blog ni user friendly dan readable :D
ReplyDeleteCheck list :
1. Post layout (done)
2. Font color (done)
3. Background (consider done)
4. Comment Form (consider done)
4. Banner Header -Dalam proses editing
5. Real background - Dalam proses editing
6. Lain-lain (Tukar gambar) -Dalam proses editing
Overall progress 70% complete. :( masih banyak nak dibuat