Telah menjadi trend terkini, ramai orang meninggalkan blog mereka, sebaliknya meluangkan masa yang lebih kepada media sosial seperti Facebook dan twitter. Penurunan ini memang sudah disangka dan ia tidaklah menjadi satu kejutan - Blog merupakan satu usaha yang membuatkan kita harus bekerja keras untuk berjaya.
Memang tidak dapat dinafikan, yang ianya sukar untuk menghasilkan posts yang bernilai, dan untuk melakukannya secara kerap dan konsisten. Terutama sekali pada peringkat awal memulakan blog, yang tiada siapa-siapa melihat post yang korang buat. Tambahan pula batasan masa, wang dan usaha ke atas blog, membuatkan ramai blogger hanya berharap blog mereka dikunjungi ramai orang secara semulajadi. Ini tidak mungkin berlaku tanpa usaha.
Ramai blogger berputus asa dengan blog mereka kerana tidak mampu menyaingi blog-blog yang lain. Mereka berputus asa sebelum blog mereka benar-benar boleh mendatangkan hasil dan mencari jalan pintas untuk berkongsi idea dan pemikiran di dalam laman soaial seperti facebook dan twitter. Dengan Idea ini, saya menyenaraikan beberapa sebap mengapa korang harus berhenti blogging.
6 Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Blogging
Korang Perlu Berhenti Blogging jika...
1. Korang Ingin Membataskan Perkongsian Ilmu dan Idea
Meninggalkan blog untuk Media Sosial adalah satu langkah yang kurang bijak. Apa korang lakukan sebenarnya menghapus manfaat yang korang perolehi daripada blogging. Korang bukan sahaja memilih untuk membataskan perkongsian ilmu dan idea, tetapi juga membatas kuasa berkongsi pendapat korang. Segala penulisan yang korang buat hanya boleh dilihat di kalangan kawan, dan kawan kepada kawan korang (cth : Facebook).
Masa depan laman sosial juga tidak diketahui, kerana dalam penbangunan era baru yang serba laju ni, tidak mustahil bahawa akan wujud satu lagi laman sosial yang boleh mengatasi walaupun di kalangan gergasi laman sosial facebook. (Hal ini dibuktikan dengan sejarah kejatuhan Friendster) Sebagai rangkaian sosial, kenaikan atau pun kejatuhannya, blog korang akan ikut bersama-sama.
Alternatif, berlainan pula halnya dengan blog. Blog adalah milik korang, dan memang korang yang sajalah punya. Apa-apa sahaja yang korang siarkan dalam blog secara automatiknya menjadikannya milik korang. Dan korang boleh berkhidmat kepada jutaan potential pembaca blog korang selagi korang dapat membayar bil-bil hosting korang (dalam kes blogger blogspot ianya Free Of Charge)
2. Korang mahu mencari pembaca yang salah
Menyertai media sosial yang lebih terbuka dan mudah untuk berkongsi adalah masuk akal pada mulanya. Selepas beberapa tahun, mengikut perkembangan media sosial ini, ia lebih menjurus kepada chating dan pemberitahuan aktiviti harian sahaja. Namun saya tidak nafikan bahawa ia boleh mengumpul ramai kawan dalam satu group untuk berkongsi pendapat. Tapi perkongsian pendapat di laman sosial seolah-olah sia-sia tanpa mempunyai blog.
Apa yang kebanyakan pengguna media sosial ini tidak sedari ialah, apa-apa benda yang mereka postkan dalam laman sosial ni akan kabur dan tengelam dilitupi masa. Pembaca laman sosial ni, memang jarang-jarang membuka page facebook orang lain dan membelek-belek sejarah post laman orang lain. Hal ini pada awalnya cuma pandangan saya sendiri sahaja, tetapi selepas bertanya kepada beberapa rakan-rakan yang lain, mereka turut mempunyai pendapat yang sama.
Bagi blogger pula, setiap post dan isi kandungan memberikan maklumat dan mempunyai matlamat yang sangat terperinci iaitu untuk mendapatkan ramai pembaca sekaligus untuk mengukuhkan ranking serta trafik. Jangkauan pembaca adalah tidak terbatas, semua orang di muka bumi yang mempunyai internet berpotensi melawat blog korang.
3. Anda tidak mahu mendapatkan media yang lebih untuk berkongsi
Ia adalah ironis untuk berfikir bahawa sesetengah blogger meninggalkan blog mereka dan berharap untuk mendapatkan lebih banyak kebaikan daripada media sosial, terutama sekali kepada mereka yang tertumpu kepada penjualan servis dan produk. Pada hakikatnya, penjualan servis ataupun produk dalam media sosial adalah lebih sukar dilakukan sekiranya tidak digabungkan dengan blog. Ini kerana, Iklan di media sosial mempunyai kadar penukaran yang amat rendah. Ia ada sesuatu yang tidak kena dengan niat pengguna laman sosial yang hanya inginkan keseronokan bersosial dan tindakan pengiklanan kepada mereka memberikan kesan yang sedikit sahaja.
Penggunaan media sosial sememangnya memudahkan untuk berkongsi maklumat. Ini menjadikan media sosial tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan pengunjung dalam blog korang, tapi sebaliknya tempat yang paling teruk untuk menjual produk atau perkhidmata secara langsung.
4. Anda tidak mahu kedudukan blog yang lebih baik
Menghasilkan post-post untuk blog anda adalah salah satu perkara yang paling berkesan untuk memperbaiki kedudukan dalam carta enjin carian (search engine) secara menyeluruh. Semakin banyak post yang korang buat, semakin tinggi potensi untuk tersenarai dalam senarai carian teratas google atau enjin carian yang lain, dan ini memberikan nilai sebenar epada blog korang. Dengan memasukkan kandungan post yang berguna bagi pembaca, korang akan secara tidak langsung memberi isyarat kepa enjin carian bahawa blog korang layak untuk mendapat ranking yang lebih tinggi.
Kandungan blog yang dihasilkan sendiri oleh blogger menggunakan pemikirannya sendiri lebih cenderung untuk :
- Menghasilkan banyak post penting dan link semulajadi dari pelbagai laman web
- Melibatkan diri dalam media sosial untuk mendapatkan Metrik sosial yang boleh mempengaruhi kedudukan
- Kedudukan bagi pelbagai kata kunci panjang
Dengan meninggalkan blog, atau dengan hanya melibatkan diri di laman web sosial, anda hanya akan memberi kuasa untuk menjana pautan yang memacu penambahbaikan kedudukan web sosial yang krang sertai.
5. Anda mahu dihadkan oleh terma dan syarat orang lain
Twitter menghadkan anda kepada 140 huruf dalam twitt. Facebook pula menghadkan anda dengan terma perkhidmatan mereka. Platform sosial menghadkan bagaimana korang memberitahu cerita dan menentukan bagaimana orang lain berinteraksi dengan kandungan yang anda buat. Ini boleh menjadikan perkongsian kandungan idea yang lebih mudah, tetapi ia sangat teruk kerana menghadkan jangkauan dan impak kandungan yang terhad kepada platform sosial sahaja.
Mengurus blog korang sendiri sendiri bermaksud korang boleh menguji had maksimun jangkauan pembaca dan pengalaman pembaca dengan blog korang, termasuklah :
- Keupayaan untuk menghasilkan skrip dan elemen interakti
- Keupayaan untuk memantau interaksi pengguna tanpa ha
- Tiada had ke atas kandungan atau mesej
- Pengguna dapat menangkap maklumat dalam blog korang
6. Anda tidak mahu menjana pendapatan yang lumayan menerusi iklan-iklan secara online
Laman media sosial yang ada tidak sedikit pun membantu korang meningkatkan jenama ataupun perkhidmatan dalam masa yang panjang. Lagipun hanya pasukan pengurus laman web sosial yang mempunyai kuasa penuh untuk mengaut keuntungan melalui pengiklanan dalam laman web sosial ini.
Sememangnya korang masih boleh menjana pendapatan dengan menggunakan media sosial ini, namun ianya tidak boleh dibndingkan sekiranya mempunyai blog dalam masa yang sama. Nilai yang diperolehi melalui laman sosial jauh lebih rendah berbanding dengan kesetiaan yang korang berikan kepada penciptaan kandungan baru dalam blog korang sendiri.
Kesimpulan
Gotcha! Sebenarnya, korang hanya perlu berhenti blogging jika korang tidak mahu menerima banyak manfaat yang datang dari blogging. Apa salahnya menggunakan kedua-dua media sosial dan blog ini untuk meningkatkan lagi otensi pelawat ke dalam blog korang.
Kepada sesiapa yang meninggalkan blog untuk berkhidmat kepada laman sosial mereka telah melakukan kesilapan yang serius terutamanya kepada blogger yang tertumpu kepada bisnes -tetapi ia adalah satu kesilapan yang sudah semestinya korang mahu pesaing korang buat. :D
Mengapa Korang Takkan Pernah berhenti blogging? Silalah bagi komen di bawah. ^^
Senyum :D
untuk isi mase lapang. hehe. =)
ReplyDeleteno komen~ haha
ReplyDelete@GBM Saya sokong 101%, Daripada buang masa layan games Fb yang %$#@$%^:'(
ReplyDelete@ wanie-raina Dah nak berhenti blogging ker?? :P