Hanya untuk yang berani sahaja~
Menyahtija di hadapan orang ramai yang tidak dapat melihat anda seperti orang halimunan. Tandas lutsinar ini sudah pastinya memerlukan keberanian yang luas biasa untuk menggunakannya. Dinding tanas lutsinar yang direka oleh OLOOM Design dibina dengan menggunakan panel LCD yang menggunakan kuasa elektrik untuk berfungsi. Apabila dinding diaktifkan (Tandas digunakan) dinding yang pada awalnya lutsinar akan menjadi legap dan ia bolehlah digunakan dengan selesa. Vise Versa, apabila tandas ini tidak lagi digunakan, ia akan kembali lutsinar.
Apa akan jadi jika bekalan elektrik terputus?? Panik!! Lol. Anda tidak perlu risau sebap tandas ini hanya akan kembali lutsinar sekiranya dialiri arus elektrik.
Time kecil-kecil dulu, pernah juga berimpian untuk memiliki rumah banglo yang dikelilingi kaca. Berbumbungkan kolam renang lutsinar. Termasuklah juga tandas lutsinar, di mana orang yang menggunakannya boleh melihat orang yang berada di luar, tetapi yang berada di luar tidak dapat melihatnya. kalau tercapai mesti best.
(Sumber)
No comments:
Post a Comment
Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!