Harry Potter - Golden Snitch

Tips - 10 Kebaikan Lemon

Tips Kesihatan 
10 Kebaikan Pengambilan Lemon Dalam Kehidupan Harian

Buah Lemon digunakan secara meluas di seluruh dunia sama ada di dalam penyediaan makanan ataupun minuman serta di dalam perubatan. Pokok Lemon tumbuh dengan banyaknya di India, Sri Lanka, Malaysia, Mexico dan Hindia Barat. Buah Lemon yang belum masak adalah berwarna hijau. Apabila mereka matang, warna akan bertukar menjadi kekuningan. Ada pelbagai kebaikan yang ada dengan buah lemon ini, dan di sini saya ingin berkongsi 10 kebaikan pengambilan lemon dalam kehidupan harian kita.
 



1. Baik untuk perut 
Lemon boleh membantu melegakan masalah pencernaan apabila diminum bersama dengan air panas. Ini termasuklah melegakan rasa mual dan pedih hulu hati. Disebabkan oleh kualiti pencernaan jus lemon, gejala ketidakhadaman seperti pedih hulu hati, kembung dan sendawa boleh diatasi. Meminum jus lemon dengan kerap, boleh membantu usus dalam menghapuskan sisa dengan lebih cekap. Lemon bertindak sebagai pembersih darah dan juga sebagai bahan pencuci. Pengambilan jus lemon boleh menyembuhkan sembelit. Ia juga dikatakan boleh melarutkan batu karang. 

2. Terbaik untuk penjagaan kulit 
Lemon, merupakan ubat antiseptik yang semula jadi, ia boleh digunakan untuk mengubati masalah-masalah yang berkaitan dengan kulit. Lemon ialah buan sitrus yang kaya vitamin C, ia boleh meningkatkan kecantikan dengan meremajakan kulit dari dalam dan dengan itu membuatkan wajah lebih berseri-seri. Pengambilan harian air lemon boleh membuat perubahan yang besar dalam penampilan kulit anda. Ia bertindak sebagai ubat anti-penuaan dan dapat menghilangkan kedut dan bintik hitam. Air lemon jika digunakan di kawasan kulit yang melecur boleh memudarkan parut kerana lemon merupakan agen penyejuk yang boleh mengurangkan kesan lecuran pada kulit. 

3. Membantu dalam penjagaan gigi 
Air lemon boleh juga digunakan dalam penjagaan gigi. Jika jus lemon segar digunakan pada bahagian gigi yang sakit, ia boleh membantu mengurangkan kesakitan. Urutan jus lemon pada gusi juga boleh menghentikan pendarahan gusi. Ia memberikan kelegaan dari bau busuk dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan gusi. 

4. Mengubati jangkitan tekak 
Lemon adalah buah yang sangat baik yang membantu melawan masalah yang berkaitan dengan jangkitan tekak, sakit tekak dan tonsil kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibakteria. Untuk melegakan sakit tekak, cairkan satu setengah jus lemon dalam setengah gelas air, kemudian berkumur dengan kerap. 

5. Baik untuk menurunkan berat badan 
Salah satu daripada kebaikan utama meminum air limau adalah ia membantu untuk mengurangkan berat badan lebih cepat. Jika ingin membuatnya lebih berkesan korang boleh mengambil jus lemon yang dicampur dengan air suam dan madu. 

6. mengawal tekanan darah tinggi 
Air lemon sangat baik kepada mereka yang mempunyai masalah jantung, disebabkan oleh kandungan kalium yang tinggi. Ia mengawal tekanan darah tinggi, pening, loya serta memberi kelonggaran kepada minda dan tubuh badan. Ia juga mengurangkan tekanan mental dan kemurungan. 

7. Membantu mengatasi masalah respirasi 
Air lemon juga boleh membantu mengubati masalah respirasi, bersama dengan masalah pernafasan dan meredakan penyakit asma. 

8. Baik untuk mengubati reumatisme 
Lemon merupakan agen diuretik dan dengan itu air lemon boleh merawat reumatisme dan artritis. Ia membantu untuk mengusir bakteria dan toksin daripada badan. 

9. mengurangkan demam 
Air lemon boleh merawat orang yang mengalami sejuk, selesema atau demam. Ia membantu untuk memecahkan demam dengan meningkatkan kadar peluh. 

10. bertindak sebagai pembersih darah 
Penyakit-penyakit seperti taun atau malaria boleh dirawat dengan air lemon kerana ia boleh bertindak sebagai pembersih darah.

Amalah pengambilan air jus lemon dalam kehidupan harian sememangnya sangat baik untuk kesihatan kita. Di samping mempunyai kandungan vitamin c yang sangat tinggi, ia juga boleh meredakan pelbagai penyakit termasuklah, demam, asma, selesma, membersihkan darah, merawat kemurungan, menurunkan berat badan, baik untuk kulit dan perut dan banyak lagi.

2 comments:

  1. saya pengguna lemon..
    suka baunya..

    ReplyDelete
  2. baru beli lemon kat the store semalam..:D

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved