Harry Potter - Golden Snitch

Tips - 5 Makanan Anti-Sosial Yang baik untuk kita


Dont dodge them, Eat Them All! (Nom nom nom)

Ada masanya badan kita bertindak secara automatik dan membuatkan kita berada dalam situasi yang memalukan. Sendawa atau meluluskan gas merupakan satu perkara yang tidak menyenangkan, sama ada kepada telinga mahupun hidung. Nafas berbau seperti yang kita semua tahu, akan membuatkan perbualan menjadi pendek dan perhubungan terjejas. Kadang-kadang, sendawa adalah disebabkan oleh tabiat sesetengan orang, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh makanan yang kita makan. Dalam tips ini saya sertakan, 5 makanan anti-sosial yang mungkin boleh menjadikan kehidupan sosial menjadi lebih sukar daripada yang sepatutnya. :D

5 Makanan Anti-Sosial Yang baik untuk kita :

1. Bawang Putih

Selepas mengambil makanan berat dipenuhi dengan bawang putih, seseorang tu sudah pasti akan bimbang tentang nafas berbau dan semestinya akan mengambil gula-gula mint ataupun mengunyah gula getah dengan harapan bahawa mereka tidak akan dilabel nafas bawang putih. Bawang putih memberikan kesan bau mulut serta merta yang boleh bertahan sehingga berjam-jam.

Sebatian sulfur dalam bawang putih adalah punca yang memberikan nafas berbau. Bau itu bukan sahaja datang daripada makanan yang terperangkap di antara gigi tetapi juga daripada minyak dalam makanan yang diserap ke dalam aliran darah dan dibawa ke seluruh badan seterusnya ke dalam paru-paru. Dan bau ini boleh berlanjutan sehinggalah makanan itu dihapuskan dari badan.

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang membantu meningkatkan sistem imun, mengurangkan kejadian sejuk dan batuk-batuk. Bawang putih juga dikatakan terbaik dalam menguruskan tekanan darah dan tahap kolestrol dalam badan. Oleh itu, kita tidak harus membuang setiap bawang putih dicincang daripada makanan kita tetapi sebaliknya, kita boleh mengurangkan pengambilannya dan banyakkan minum air.

2. Bawang Merah

Kesan bawang merah kepada nafas kita adalah serta merta, dan ia boleh berpanjangan sehingga beberapa jam. Bau nafas seseorang selepas makan bawang mentah boleh membuatkan individu di hadapan mereka berair mata dan merasa jijik.

Bawang merah juga mengandungi sebatian sulfur seperti bawang putih, seterusnya menyumbang kepada nafas berbau. Hanya kerana ia akan menyebabkan nafas berbau, kita tidak seharusnya menghapuskan bawang daripada diet kita. Bawang merah merupakan sumber vitamin yang baik, ia mengandungi Vitamin C, B6, Biotin, Kromium, Kalsium dan serat makanann.

Selain itu, bawang merah juga mengandungi asid folik, Vitamin B1 dan Vitamin K. Pendek kata, bawang merah adalah sumber terkaya dengan pelbagai zat dan vitamin. Itulah sebapnya bawang ni digunakan hampir dalam setiap masakan yang dimasak menggunakan minyak.

3. Baked Beans

Kepada mereka yang menjadi peminat kepada baked beans mungkin menyedari yang korang akan kerap membuang angin selepas memakannya. Tidak ada cara yang sopan untuk meletakkannya tetapi pengambilan kacang menyebabkan kembung perut. kacang adalah tinggi di dalam seratyang tidak dapat dipecahkan / dilarutkan sehingga ia sampai ke usus besar. Apabila ia sampai ke usus besar, ia akan mengkasilkan gas yang terpaksa dikeluarkan dengan cara yang tidak berapa baik (kentuuuuut)

Kebaikan baked bean pula, ia merupalan salah satu sumber terbaik serat didunia, baked bean menawarkan serat yang hilang di dalam diet kita. Ia juga adalah makanan rendah lemak dan sesuai untuk pengawalan berat badan. Korang perlu tahu bahawa diet serat tinggi adalah dicadangkan untuk pengawalan kandungan gula dalam darah, dan ini menunjukkan ia sangat baik kepada pesakit diabetes.

Herba seperti pudina, lemon, dan halia boleh digunakan untuk membantu melegakan perut kembung akibat kesan pengambilah kacang yang berlebihan.

4. Asparagus

kita mungkin tidak tahu atau sedar tetapi ia telah didokumenkan bahawa asparagus membuat bau air kencing sangat teruk dalam sesetengah orang. Sekali lagi, ia disebabkan oleh kandungan sebatian sulfur yang ditemui dalam asparagus.

Kajian menunjukkan bahawa asparagus mengimbangi paras insulin, yang bermaksud bahawa ia kuat mencegah kencing manis. Profil mineralnya yang unik menjadikannya sebagai diuretik semulajadi yang berkesan. Diuretik semulajadi menggalakkan proses pemprosesan air kencing di dalam buah pinggang, membantu dalam detoksifikasi dan pembersihan dalam badan.

Asparagus juga merupakan satu-satunya sayur yang mengandungi inulin, yang berfingsi memakan bakteria yang tinggal di usus besar. Ini menjadikannya ia makanan yang sangat baik untuk mencegah pembesaran yis, dan memperbaiki sistem penghadaman dalam perut. Asparagus juga sangat baik diambil oleh ibu yang hendak bersalin bagi mengurangkan kesan birth defect.

5. Petai

Biasanya apa-apa yang terbaik diumumkan di tempat yang terahir. Itulah petai, raja semua makanan anti-sosial. Petai mempunyai rasa yang sangat kuat - sama ada korang suka atau tidak. Orang mempunyai banyak sebab untuk membenci petai. Hakikatnya Sambal petai adalah sangat sedap jika digabungkan dengan sambal bilis nasi lemak. Tetapi seperti asparagus, asid amino dalam petai menyebabkan air kencing berbau walaupun selepas dua hari memakannya. Dan sudah tentulah, bau petai tu boleh kekal dalam mulut sehinggalah kesemua sisa petai dalam badan dihadam dan dikeluarkan oleh badan.

Sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak, ia juga akan menyebabkan badan berbau, dan ini mungkin menyebabkan, korang mempunyai bau seperti beg petai berjalan -jalan. Tidak cukup dengan itu, petai, seperti kacang yang lain akan menyebabkan kembung perut,dan yang paling best, ia menyebabkan kerap sendawa dan kentut. P/s : Baunya sebiji macam petai biji petai

Ok. mengenai kebaikan petai pula, petai ni sangat baik untuk menangani anemia, menurunkan tekanan darah, membantu penghadaman dalam usus untuk mereka yang mengalami sembelit dan meningkatkan ketajaman otak untuk berfikir kerana mengandungi kandungan kalsium yang tinggi. Petai juga boleh dignakan untuk mengusir dan mengurangkan kesan gigitan nyamuk. kalau digossokkan petai tu di badan korang, nyamuk yang cuba-cuba untuk hisap darah, akan terus pengsan, disebabkan bau petai. :D

Walaupun 5 makanan yang disebut ini mungkin membuat orang berjalan away from korang, tiada sebab untuk korang mengelak dan menahan diri daripada memakan makanan ini. Bawang putih dan bawang merah adalah sangat baik untuk kesihatan, Kacang bakar dan Aparagus juga tidak kurang kebaikkannya. Tapi yang terbaik adalah petai :D.

(Sumber Gambar : Google)

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved