Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Apa itu Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik?
Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ialah tentang pelaksanaan kuasa, elektronik dan keelektromagnetan. Ia melibatkan permasalahan yang berkaitan dengan sistem elektrik berskala besar seperti penghantaran kuasa dan kawalan motor. Manakala sistem elektrik berskala kecil seperti komputer dan litar bersepadu.

Diploma Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik menyediakan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam memahami setiap aspek teknologi elektrikal, elektronik dan aplikasi kejuruteraan komputer. Ini memerlukan penggunaan kemahiran matematikal, teknik pengkomputeran dan kemahiran praktikal dalam bidang industri.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
  • Pelajar Lepasan Sijil Teknikal MLVK
  • Pelajar Lepasan aliran Sains di peringkat SPM/O-level/ atau setaraf
  • Individu yang berminat untuk mendapatkan diploma dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Microprocessor dan Microcontroller
Subjek Mikroprosesan ini akan membolehkan pelajar mempelajari asas struktur pemprosesan dan kawalan pusat. Ia juga dapat memberikan gambaran secara umum tentang kawalan mikropemproses. Mikropemproses banyak digunakan dalam bidang instrumentasi dan industri berasaskan kawalan pusat.

Electrical Machines
Mesin elektrik merupakan subjek di mana pelajar akan didedahkan dengan pelbagai jenis mesin kuasa yang digunakan dalam industri, penjanaan elektrik, peralatan rumah dan sektor komersil.

Power Electronics
Power Electronics ialah subjek yang mendedahkan kepada penggunaan teknologi untuk memanfaatkan tenaga alternatif, mobiliti yang berterusan, meningkatkan produktiviti pengeluaran dan kecekapan tenaga.

Industrial Electronics
Subjek Industri Elektronik ini merupakan salah satu cabang dalam kejuruteraan elektronik yang menggabungkan kemahiran individu dengan kemajuan teknologi dalam sistem kawalan berkomputer dan kawalan Solid-State.

Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Industri bekalan tenaga
- Sistem komunikasi dan kawalan
- Pengilangan elektronik dan peralatan
- Komponen komputer
- Industri penerbangan
- Penyengelaraan industri
- Pengilangan peralatan rumah
- Industri petroleum

Peluang pekerjaan sebagai:
- Pembantu jurutera
- Juruteknik
- Penyelia

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved