Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Kejuruteraan Telekomunikasi

Diploma Kejuruteraan Telekomunikasi

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Kejuruteraan Telekomunikasi 
(Telecommunication Technology)
Apa itu Kejuruteraan Telekomunikasi?
Kejuruteraan telekomunikasi ialah bidang kejuruteraan yang menghubungkan komunikasi antara kawasan. Ia melibatkan penghantaran data maklumat, melalui medium seperti Coaxial kabel, kabel gentian Fiber dan juga ruang angkasa. Penghantaran maklumat melalui ruang angkasa memerlukan data atau maklumat itu ditukarkan dalam bentuk kod-kod tertentu supaya ia boleh dihantar melalui frekuensi. 

Diploma Telekomunikasi yang ditawarkan adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan. Kurikulum diploma ini mengandungi asas-asas sistem rangkaian telekomunikasi, PABX, sistem analog, digital dan penggunaan teknologi terkini iaitu tanpa wayar, fi ber optik dan penyelenggaraan rangkaian telekomunikasi.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
  • Pelajar Lepasan Sijil Teknikal MLVK
  • Pelajar Lepasan aliran Sains di peringkat SPM/O-level/ atau setaraf
  • Individu yang berminat untuk mendapatkan diploma dalam bidang kejuteraan telekomunikas
ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Microprocessor dan Microcontroller
Subjek ini akan membolehkan pelajar mempelajari asas struktur pemprosesan dan kawalan pusat. Ia juga dapat memberikan gambaran secara umum tentang kawalan mikropemproses. Mikropemproses banyak digunakan dalam bidang instrumentasi dan industri berasaskan kawalan pusat.

Sistem Komunikasi Melalui Gentian Fiber
Gentian fi ber merupakan salah satu teknologi terbaru dalam menghantar dan menerima maklumat. Iaitu melalui penghantaran denyutan cahaya di dalam gentian fiber. Denyutan cahaya akan membentuk gelombang elektromagnet yang akan membawa maklumat.

Komunikasi mudah alih dan satelit
Subjek ini akan membolehkan pelajar memahami secara mendalam tentang satelit komunikasi dan teknologi tanpa wayar. Ia membolehkan pelajar mendalami prinsip komunikasi dan revolusi komunikasi.

Teknologi Penyiaran Digital
Penyiaran digital ialah merupakan amalan untuk menggunakan sistem data digital berbanding penggunaan sistem gelombang analog dalam industri penyiaran televisyen dan radio.

Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Pengilangan peralatan telekomunikasi seperti:
   - Telefon mudah alih
   - Peralatan pengesan lokasi
   - Alatan pengesan kenderaan
- Sistem Komunikasi
- Kawalan satelit
- Industri penerbangan

Peluang pekerjaan sebagai:
- Penyelia
- Pembantu teknikal jualan
- Juruteknik
- Pembantu Penyelia

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved