Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Perhubungan Awam

Diploma Perhubungan Awam

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Perhubungan Awam 
(Public Relations)
Apa itu Perhubungan Awam?
Perhubungan Awam adalah suatu usaha pengurusan yang sistematik, terancang dan berterusan bagi menjalin dan mengekalkan persefahaman antara sesebuah organisasi dengan masyarakat. Sama ada secara sedar atau tidak, perhubungan awam diamalkan oleh semua organisasi perniagaan dan badan-badan tidak berorientasikan perniagaan.

Diploma Perhubungan Awam adalah program yang disediakan kepada para pelajar dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai amalan perhubungan awam dalam organisasi moden. Program ini juga menyediakan para pelajar dengan segala teori dan keberkesanan amalan perhubungan awam. Kursus ini akan membantu para pelajar untuk memahami peranan seseorang pegawai perhubungan awam dan bagaimana fungsinya dalam sesebuah organisasi dan juga keperluan memahami aspek-aspek pengurusan dan keluasan skop amalan perhubungan awam.

Siapakah yang sesuai untuk bidang ini?
  • Individu yang cepat mesra dan sering bergaul dengan masyarakat
  • Mempunyai minat terhadap kerja-kerja komuniti dan persekitaran
  • Penyampai Awam untuk melahirkan gaya bahasa dan penulisan media yang berkesan
  • Suka cabaran dan bersedia berhadapan dalam pelbagai situasi dan kesukaran
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Konsep dan Prinsip Perhubungan Awam
  • Pengenalan kepada teori asas perhubungan awam
  • Prinsip dan kaedah amalan perhubungan awam
  • Skop asas seperti sosial, tingkah laku, psikologi, etika, ekonomi dan politik
Perhubungan Media dan Persekitaran Media Massa
  • Kefahaman asas komunikasi pemasaran dan objektif pengiklanan
  • Kenal pasti tentang objektif, strategi dan taktik media massa
  • Menilai sasaran, strategi media dan media-media alternatif
Teknik Pengucapan dan Kemahiran Penulisan Perhubungan Awam
  • Mendedahkan pelajar dengan situasi sebenar dan maklumbalas bila berhadapan dengan masyarakat
  • Melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengalaman penulisan perhubungan awam
  • Membantu meningkatkan pengucapan dan penulisan awam secara interaktif
Pengurus Acara
  • Mempelajari kepimpinan, perancangan dan pengurusan acara
  • Mengaplikasi teori dan kemahiran dalam pelaksanaan kempen perhubungan awam dan korporat, serta perlancaran produk dan perkhidmatan

Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Industri Periklanan dan Pemasaran
- Industri Kewangan dan Perbankan
- Industri Perkhidmatan
- Industri Media
- Komunikasi Korporat
- Sektor Kerajaan
- Pertubuhan Bukan Kerajaan
- Pertubuhan Bukan Mencari Keuntungan

Peluang pekerjaan sebagai:
- Pengurus Acara
- Penulis Kreatif
- Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan
- Pengurus / Koordinator Pemasaran
- Pegawai Perhubungan Awam
- Pegawai Perhubungan Media
- Pegawai Komunikasi Korporat
- Pengurus Perhubungan Awam
- Eksekutif Komunikasi Pemasaran

2 comments:

  1. thanks for the information hihi :)

    ReplyDelete
  2. @eyra You r welcome.. thank you too for reading ^_^

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved