Harry Potter - Golden Snitch

Perkara Yang Membuatkan Kita Mati Awal

Terdapat banyak perkara yang boleh membuatkan kita sebagai manusia untuk mendapat kematian yang awal. Ini hanya sebahagian kecil daripadanya.

Makan Daging Merah Dengan Berlebihan

Vegetarian bukan untuk semua orang. Namun, kita boleh mendapat banyak manfaat daripada mengurangkan pengambilan daging daripada makan harian.

Jangan makan daging merah dengan berlebihan

Atherosclerosis

Kajian antarabangsa telah membuktikan bahawa, Atherosclerosis, ataupun pengerasan liang Arteri, dan seseorang yang tinggal bersendirian berkemungkinan untuk mati awal, berbanding dengan mereka yang tinggal bersama dengan orang lain.

Atherosclerosis, ataupun pengerasan liang Arteri

Merokok

Kita boleh mengurangkan risiko untuk mati awal dengan membuat sedikit perubahan dengan gaya hidup. Merokok, kadar Kolesterol dalam darah yang tinggi, Pengambilan Alkohol, Obesiti, Fizikal yang tidak aktif adalah risiko yang perlu dielakkan.

Berhenti merokok

Makanan kanak-kanak yang kurang sihat

Tabiat pengambilan makanan yang baik untuk kesihatan perlu dipupuk sejak kecil lagi. Kurangkan memberi makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi kepada si kecil anda.

Makanan kanak-kanak yang kurang sihat

Kurang Tidur

Kajian menunjukkan, pengambilan tidur yang kurang daripada 6 jam sehari boleh menyebabkan kematian awal.

Elakkan tidur kurang dari 6 jam sehari

Malas

Kurang membuat aktifiviti fizikal akan meningkatkan risiko obesiti. Amalkan membuat senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi mengekalkan badan sihat dan aktif.

Korang mahu jadi macam ni?

Pencemaran Udara

Faktor luaran yang boleh membuatkan kematian yang awal ialah pencemaran udara. Kajian di UK menyatakan, pencemaran udara di UK menyumbang kepada kematian 13,000 orang setiap tahun (Health News - NHS Choices)

Pencemaran udara

Pengambilan Alkohol

Ia adalah sangat baik untuk mengurangkan pengambilan alkohol, di samping mengurangkan perbelanjaan.

Kurangkan pengambilan alkohol

Seks yang tidak selamat

Penyakit yang sering dikaitkan dengan seks adalah HIV AIDS. AIDS merupakan penyakit yang tidak boleh di ubati. Pandulah dengan menggunakan topi keledar, ingatlah orang yang tersayang. Dont hit and run.

Elakkan seks sebelum kahwin

Disclaimer : Picture used are not mine. they are belong o their respective owner.
As seen on Says Fun Remixed

Laporan Asal : Says Fun Remixed

4 comments:

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved