Adakah Bahasa English penting?
Jawapannya adalah YA! Belajar dan menguasai Bahasa English adalah sangat penting pada zaman sekarang. Siapakah yang berani menyangkal pernyataan ini?
Mahu ataupun tidak mahu tiada pilihan, korang mesti pilih mahu. Bahasa English merupakan salah satu bahasa yang wajib untuk dikuasai bagi memastikan kita dapat bersaing dalam dunia pekerjaan ataupun perniagaan. Ok, di sini Khai akan senaraikan beberapa kepentingan utama, mengapa mempelajari dan menguasai Bahasa English itu sangat penting.
Antara Kepentingan menguasai Bahasa English :
1. Bahasa English merupakan bahasa utama dalam mencari pekerjaan dan juga dalam bidang perniagaan.
Rasanya, belum pernah dengar lagi ada majikan yang menggunakan bahasa melayu untuk interview calon pekerja mereka.Kalau ada memang korang sangatlah bertuah (Korang boleh goreng jer soalan-soalan yang diberikan) hehehe. Dalam perniagaan pula, tanpa mempunyai pengetahuan berbahasa english, adalah mustahil untuk menembusi pasaran global.
2. Bahasa English merupakan bahasa ilmu pengetahuan.
Majoriti buku-buku teks dan bahan rujukan yang digunakan oleh mahasiswa dan mahasiswi universiti di peringkat diploma mahupun Ijazah adalah berbahasa English. (Melainkan kursus-kursus yang memang menggunakan bahasa melayu seperti, Sejarah Melayu, Hubungan Etnik, dan Bahasa Melayu). Apatah lagi sekirangnya melanjutkan pelajaran hingga ke tahap Master ataupun PHD.
3. Bahasa English merupakan bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet.
Laman-laman web utama dunia seperti, Facebook, Twitter, MySpace, YouTube, Google, Yahoo, Bing, MSN, semuanya menggunakan bahasa english. Dengan menguasai bahasa English, kita boleh memaksimakan input yang kita perolehi melalui informasi yang kita cari secara online.
4. Bahasa English merupakan Bahasa Antarabangsa.
Penguasaan bahasa Inggeris membolehkan kita mempunyai hubungan yang lebih luas. Kita tidak hanya tersekat di dalam negara sahaja, malah kita boleh merkomunikasi dengan seluruh dunia.
Masih telum terlambat untuk bermula
Ianya masih belum terlambat untuk mula belajar, kerana proses pembelajaran manusia adalah berterusan sehingga akhir hayat. Memgapa tidak? bermulalah dari sekarang. Kini terdapat pelbagai cara untuk mempelajari bahasa English. Tidak hanya terhad di di dalam kelas sahaja, malah boleh mempelajari bahasa English melalui, Video, Movie, Music, secara Online dan banyak lagi cara. Ia hanya menunggu korang, sama-ada mahu belajar ataupun tidak mahu, semua pilihan ada dalam tangan masing-masing
Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Bagi ibubapa di luar sana, kini terdapat satu platform pembelajaran secara online. Kanak-kanak yang berusia 3-8 tahun kini sudah boleh mempelajari dan menguasai bahasa English. Ianya adalah menarik, dan sudah pasti akan digemari oleh anak-anak. Korang boleh Klik SINI untuk mendapatkan info yang lebih lanjut. Di samping memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak, ibubapa juga boleh menjanakan pendapatan sampingan :)
Peace and Smile :D