Harry Potter - Golden Snitch

Love VS Career 1 - My Story


Cinta VS Wang

Sejak akhir-akhir ni, fikiran sangat stress banyak benda yang berlaku secara tiba-tiba dan memang sangat mengejutkan. Perasaan Sedih, Marah dan Gembira berkumpul menjadi satu, membuatkan fikiran buntu. Ingin buat satu perkara pun tiada yang menjadi. Bak kata pepatah, Makan tak kenyang, mandi tak basah,, Korang rasa apa yang selalu dikaitkan dengan pepatah ini?? Rasanya tekaan korang memang betul, iaitu Cinta. Hahaha, tapi kurang tepat. Ianya adalah Career iaitu bidang pekerjaan @Sumber pendapatan.

Khai ada pelajari suatu benda yang paling beharga daripada seorang teman yang sangat rapat. Love VS Career mana yang paling penting?? Bagi Khai, jawapannya adalah Career, namun tidak dinafikan bahawa Love ini juga merupakan suatu yang penting untuk mendorong career kita. Love from God, family, kawan-kawan, saudara mara dan juga orang paling rapat di sekeliling kita. Perasaan kasih ini boleh membantu mendorong kita untuk terus maju kehadapan untuk mencapai segala apa yang kita impikan.

Cinta ini tidak terhad hanya kepada pasangan kekasih sahaja, ianya abstrak dan sangat luas. Bercakap mengenai cinta ini, adakah I Love you, You Love me cukup untuk membuktikan yang pasangan kekasih itu merupakan cinta sejati? mungkin bagi sesetengah orang jawapannya adalah ya. Namun jika difikirkan dengan teliti, Cinta sahaja tidak mencukupi untuk membuktikannya. Mengapa? Ok, cuba korang jawap soalan ini. Adakah setakat cinta sahaja, mampu untuk membeli beras? Adakah setakat cinta sahaja mampu untuk membahagiakan pasangan kita? rasanya Tidak.

Career ataupun pekerjaan yang tetap dalam hidup merupakan suatu yang diimpi-impikan oleh setiap individu. Tidak kira sama-ada masih di bangku sekolah mahupun yang dewasa. Career sangat penting untuk mencari sesuap nasi dan wang untuk perbelanjaan. Bagi lelaki di luar sana yang mempunyai kekasih, mampukan korang menyara kehidupan Isteri korang setelah berkahwin kelak? Adakah korang telah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga? bersedialah.

Cinta VS Wang

Bagi korang mana satu yang lebih penting, Adakah Cinta itu penting? ataupun Karier / Pekerjaan yang lebih penting?.. Ataupun kedua-duanya? ^^ Leave your comment.

Smile :)


Random Quote : Love is Love, Money is Money. You must get both, or else you'll lose one.




Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved