Harry Potter - Golden Snitch

Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu



Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu


Satu chapter yang awesome "Team 7" reunite. Naruto chapter 631 Review~

Seperti yang dijangkakan, Sakura terkejut melihat Minato, namun dia tidak terkejut untuk mengetahui fakta bahawa Minato adalah bapa Naruto (hanya terkejut ketibaannya yang datang secara tiba-tiba). Minato menguruskan serangan Juubi sama seperti dia melakukannya terhadap Kyuubi bijuu dama dalam chapter yang terdahulu.

Kita mendapat page yang pastinya membuatkan Naru+Saku fans jatuh dari kerusi mereka.YA 4th hokage bertanyakan kepada sakura adakan dia merupakan Girlfriend Naruto?? Naruto yang dengan selambanya menjawap "YEAH!" kena pukulan tahap Gaban Sakura, menyebabkan Minato teringatkan akan Kushina. Berikutannya, kita mengetahui sebap mengapa Naruto tidak terkejut dengan keadiran bapanya, kerana dia telah mengetahui kehadiran chakra para Hokage melalui derianya sewaktu dalam keadaan Kyuubi..

Seterusnya, Kita boleh melihat kehadiran Hokage-hokage lain yang sedikit lewat. Tobirama Senju mengakui jutsu teleport Minato jauh lebih baik daripada yang dimilikinya. Tentu sekali keadaan ini membuatkan banyak mulut yang ternganga. (Mungkin sekali terkeluar segala bau-bauan harum semerbak -- bayangkan mereka tak berus gigi selama berhari-hari, dan membuka mulut pada masa yang sama, hahaha). Madara yang terlihat Harishima menjadi sangat exited kerana terjumpa seteru ketatnya. Harashima tidak mempedulikannya dan bertekad untuk menguruskan Juubi sebelum dia bermain dengan Madara.

Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu


Suprise yang seterusnya pula; dalam beberapa minggu lepas, banyak  fans telah meramalkan bahawa Minato akan memberi separuh lagi kekuatan chakra Kyubii yang tersimpan dalam dirinya kepada naruto, tetapi mereka SALAH. Dia menggunakannya sendiri untuk memasuki Kyuubi Mode (Like father Like son) Dalam mode ini, dia memang mirip seakan-akan Naruto dan keadaan ini membuatkan cerita dalam chapter ini lebih menarik.

Seterusnya, kita dapat melihat keempat-empat Hokage melakukan beberapa combo -"Formation Of The 4 Red Suns". Saya tidak pasti bagaimana mereka semua mengetahui cara untuk membuat benda ni (mereka tak pernah berjumpa -- kecuali 3rd dan 4th), tapi yang pastinya mereka adalah Hokage yang penuh dengan kejutan. Harishima yang berada dalam Sage mode membolehkannya menggunakan seal Rikudou sama seperti seal yang digunakan Naruto untuk mengurung Kyubii suatu ketika dahulu. Sejurus selepas mereka berjaya membuat seal tersebut, Kta dikejutkan ladi dengan kehadiran Taka dalam scene. Walaupun kehadiran Suigetsu dan karin tiada kelihatan dalam scene, kita just pretend yang mereka pun ada di sana :D.

Sakura dengan mata yang terbeliak, sangat terkejut dengan kehadiran Sasuke dan memangil namanya secara  spontan. Sasuke memang sangat hebat dan cool dengan wataknya. Semua rakan-rakan yang sebaya memandangnya dengan penuh Negatif (Kecuali INO yang terus menerpa ke arah Sasuke).. Satu kata-kata Sasuke yang sememangnya berada di luar jangkaan; dia ingin melindungi kampung dan juga ingin menjadi Hokage!! dia ingin memperbetulkan segala kesilapan Uchiha dan ingin memperbetulkan keadaan. Sasuke ingin menjadi Hokage?? dengan semua kekacauan yang dilakukan oleh Sasuke selama ini Kiba dengan lantangnya menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya.

Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu

Naruto pula tidak bersetuju dengan Sasuke, kerana dialah yang dari awal lagi dan sepatutnya menjadi Hokage. Kemudia terdapat reflex mengenai kata-kata Itachi bahawa Hokage merupakan seorang yang diiktiraf oleh semua orang-- dalam keadaan Sasuke sekarang dia langsung tidak layak. Dengan Naruto dan Sasuke yang sama-sama mengejar gelaran Hokage jalan cerita akan menjadi lebih rumit dan menarik. Tetapi Naruto percaya dia boleh menyelesaikan masalah ini. Adakah ini bermaksud mreka akan bertarung untuk gelaran Hkage?? Ini mungkin akan berlaku. Pastinya pertarungan antara Naruto dan Sasuke akan berlaku juga akhirnya.

Harishima memarahi mereka kerana berlengah-lengah. Naruto mahu bersendirian dengan Sasuke dalam pertarungan ini, dan mengerahkan Sakura untuk berehat. Tetapi adakah dia terfikir bahawa Sakura akan berdiam diri? Kehadiran Sasuke yang menyempurnakan Team 7 menyemarakkan lagi semangat berjuang Sakura yang juga merupakan anak murid kepada Sannin lagenda. Dengan ini, Team 7 telah bersatu kembali, seperti yang dicadangkan oleh title chapter ni. Tamat cerita Naturo chapter 631.

Antara Yang menarik
1st  - Sangat banyak perkara yang menarik berlaku. Sepertiyang dijangkakan, para Hokage kesemuanya telah tiba bersama dengan Team Sasuke.

2nd  - Minato dalam keadaan Kyubii mode, ini berada di luar jangkaan dan merupakan babak yang hebat.

3rd  - Sasuke bertekad mahu menjadi Hokage. Ini pun di luar jangkaan, selama ini kita dapat tahu yang Sasuke ingin menghancurkan Konoha. Good to know, yang sasuke pilih untuk melindungi Konoha dan ingin menjadi Hokage.

4th  - Dipendekkan~ Keseluruhan scene dalam chapter ni adalah sangat menarik.

Tak Menarik
1st  - Mungkin ada orang yang nak mengetahui lebih lanjut mengenai hal Kakashi dan Obito, but WHO CARES!? haha

Persoalan
1st  - Apakah reaksi para Shinobi apabila ketibaah Orochimaru nanti?

2nd -  Kesemua bekas Hokage telah berkumpul, eh terlupa ada satu Hokage yang belum tiba. Adakah Tsunade serta ketua-ketua yang lain akan bangkit untuk menyertai semula medan peperangan??

Quotes
Sasuke: "Many things Happened but I decided to protect the village and... will become Hokage"
Kiba: "Yeah right, a long time nukenin suddenly showed up and starts saying jokes!!"

Naruto 631 Review Bahasa Melayu

Rating
Secara keseluruhannya, ia merupakan satu chapter yang awesome dan pehun dengan kejutan. Saya rate Chapter ni 10/10. P/S: If korang ambil perhatian, reaksi wajah character dalam cerita ni sangat Lawak! hehe~


Manakan Scene yang menjadi kegemaran korang dalam Naruto chapter 631? Thanks for your comment :D


Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa Khai buat Review mengenai Naruto? Dan ya, memang ada yang dah pun bertanya :D

Jawapannya :
1. Review naruto sebagai latihan untuk mengembangkan gaya penulisan
2. Saya merupakan Die Hard Fan Naruto Manga + Anime
3. Membuatkan otak berfikir secara kritikal untuk menterjemah gambar kepada text. banyak berfikir boleh menajamkan minda :) tak gitu? hehehe, ok Bai~


Next Chapter Review : Naruto Chapter 632 "Explosion"
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 630 "What can fill a hole"


Tags: Baca Naruto 632 Bahasa Melayu, Naruto 632 Manga, Naruto 632 online, Naruto 632 chap, Naruto 632 chapter, Naruto 632 Review, Naruto 632 Manga Review, Read Naruto 632, Naruto 632
Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved