Harry Potter - Golden Snitch

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu


Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu

Apa yang berlaku dalam naruto Chapter 632? pandangan dan ulasan Naruto chapter 632 review Bahasa Melayu.

Kita dibawa kembali kepada Naruto bersama dengan rakan-rakannya. Sedikit melucukan semasa Kiba turut menyuarakan hasratnya untuk menjadi Hokage, namun Shino dan rakan-rakan yang lain tidak menghiraukannya. Jugo menyedari perubahan Sasuke yang aneh baginya dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya difikirkan oleh Sasuke.

Sekarang Jubii melepaskan satu lagi Bijudama, tetapi ia tidak mampu untuk memecahkan jaringan perlindungan yang dibuat oleh para Hokage. Adakah ia mampu untuk memecahkan jaringan perlindungan itu sekiranya berada dalam transformasi yang terakhir?

Hashirama kemudiannya membuat beberapa klon. Dia menghantar klon-klon nya untuk membuka pintu kepada para shinobi untuk menyerang Juubi. Salah satu klon Harashima dihantar untuk bertarung dengan Madara, tetapi Madara menolak dan berkeras ingin bertarung dengan yang original (sambil duduk dengan selamba).

Seterusnya, para shinobi memasuki jaringan perlindungan untuk menyerang Jubii. Tanpa disangkakan, Jubii mempunyai kebolehan untuk membahagikan dirinya kepada banyak klon yang kecil. Shinobi telah memulakan serangan tetapi kita dibawa kepada Sakura dengan sedikit flashback mengenai dirinya yang ingin berada pada tahap kekuatan yang sama dengan Sasuke dan Naruto. Di sini juga, kita telah mendapat tahu bahawa Sakura telah berjaya untuk menguasai dan menyimpan chakra, sama seperti Tsunade dan mengenakan satu tumbukan yang sangat kuat kepada klon Jubii.

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu


Naruto kelihatan pucat dan berjanji untuk tidak lagi membuatkan Sakura marah manakala Sasuke kelihatan kagum dengan kekuatan Sakura.

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu

Harashima turut berasa kagum dan kekuatan yang ada pada Sakura mengingatkannya kepada Tsunade. Penghujung chapter, kita melihat Sakura yang hampir diserang oleh klon Jubii, tetapi Sasuke dan naruto datang untuk menyelamatkannya. Sekali lagi, kita telah mendapat calon Hokage yang seterusnya. Sakura juga mengidamkan kerusi Hokage. Tamat cerita Naruto chapter 632.

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu

Antara Yang Menarik
1st   - Perkembangan karekter yang yangat menarik, melihatkan watak-watak utama ditonjolkan. Ia tidak hanya tertumpu kepada Naruto dan Sasuke, malah Sakura turut mendapat perhatian.

2nd  - Tumbukan sakura yang epic antara yang menarik dalam chapter ni.

Tak Menarik
1st   - Membaca Flash back Sakura membuatkan saya sedikit kecewa. Kita tidak sepatutnya diberi benda yang kita dah lihat sebelumya. Sepatutnya mmenunjukkan lebih banyak benda baru.

2nd  - Para Hokage sepatutnya boleh membuat lebih daripada jaringan perlindungan untuk mengurung Jubii sahaja. Saya menjangkakan sesuatu yang hebat akan berlaku dan kekuatan Tobirama dan Hiruzen ditunjukkan serta beberapa nnjutsu daripada Minato, tetapi tidak. Hopefully kita boleh melihatnya dalam chapter yang seterusnya.

Persoalan
1. Apakah yang terjadi pada kakashi dan obito sekarang?
2. Adakah kita akan diperlihatkan dengan kekuatan sebenar para Hokage?


Quotes
1. Sakura : "I was always walking behind... I hate that and decided that the next timei will showthemmy back"
2. Harashima : "What a monster, that might be worst than Tsunade"

Rating
Saya beri 3.5/5. Walaupun keseluruhan cerita agak menarik tetapi saya kecewa dengan flashback Sakura dan juga para Hokage yang tidak menunjukkan kekuatan mereka.


Next Chapter Review : Naruto Chapter 633 "Going Foward"
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion


Tags: Baca Naruto 633 Bahasa Melayu, Naruto 633 Manga, Naruto 633 online, Naruto 633 chap, Naruto 633 chapter, Naruto 633 Review, Naruto 633 Manga Review, Read Naruto 633, Naruto 633

Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved