Cerita pada kali ini adalah serupa seperti dalam chapter 633. Selain fokuskan kepada kekuatan yang ada dalam team 7, ia juga memperlihatkan kekuatan yang ada pada kumpulan rookie yang lain. Kita boleh melihat mereka mengeluarkan banyak skill yang baru dan menjadi antara yang menarik dalam chapter ini.
Beberapa lembar pertama menunjukkan Naruto dan Sasuke yang mengakui kekuatan masing-masing dengan demonstrasi kuasa yang mereka telah perolehi. Persaingan antara mereka berdua masih berterusan tidak kira apa jua pun yang sedang berlaku. Bercakap mengenai Team 7, Sai turut tidak ketinggalan ingin memperlihatkan kuasanya, namun dia sememangnya jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan Naruto dan Sasuke.
Tidak banyak plot cerita yang berlaku. Kita cuma dipamerkan dengan kumpulan-kumpulan rookie yang menunjukkan abiliti baru masing-masing. Sedikit kecewa dengan Team 8 (Shino, Kiba, dan Hinata) yang hanya memperlihatkan perkembangan abiliti yang simple. Namun demikian, kita telah melihat Hinata telah bergerak satu langkah ke hadapan dengan memperoleh pertambahan gerakan dalam tumbukannya dan ia kelihatan lebih kuat daripada Neji.
Ino-Shika-Cho pula memperlihatkan gaya bermain yoyo dengan sensing chakra yang ada pada Ino, teknik bayang pada Shikamaru dan Choji sebagai yoyo gergasi. Gabungan ini sangat menarik dan menyerlahkan semangat kerjasama dalam kumpulan mereka. Oleh kerana ketiadaan Neji, Lee dan Tenten tidak diperlihatkan dalam chapter ini. Harap dapat melihat mereka dalam chapter yang seterusnya.
Dalam muka surat yang terakhir kita dikejutkan dengan kekuatan apprentice legendary sannin Sakura, Naruto dan Sasuke. Mereka telah menyeru binatang seruan masing-masing untuk membantu mereka dalam pertempuran. Tamat cerita Naruto Chapter 633.
Antara Yang Menarik
1st - Memperlihatkan abiliti baru yang ada pada setiap kumpulan rookie (kecuali kumpulan Neji, Lee dan Tenten) walaupun ianya masih di belakang Naruto dan Sasuke namun mereka turut mempunyai sesuatu untuk ditunjukkan.
2nd - Penamat cerita yang sangat cantik dan memuaskan. Ia membuatkan kita tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.
Tak Menarik
1st - Hokage masih tidak menunjukkan abiliti mereka seperti yang saya harapkan dalam chapter sebelum ini.
2nd - Tiada cerita mengenai Obito dan Kakashi. Tak tahu apa yang telah berlaku antara mereka.
3rd - Madara tidak membuat apa-apa pergerakan setakat ini. Ia akan menjadi lebih menarik sekiranya dia pun turut membantu Jubii.
Persoalan
Apakah yang akan berlaku dengan kehadiran binatang seruan Sakura, Naruto dan Sasuke?
Apakah yang sedang dibuat oleh Madara sekarang?
Quotes
Hinata : "Move foward, even if it's just one step"
Rating
Rating saya untuk chapter ini 4/5
Next Chapter Review : Naruto Chapter 634 "A new three-way deadlock"
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 632 "Explosion"
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 632 "Explosion"
Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)
No comments:
Post a Comment
Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!