Hello Hello,
Setelah berjauhan dengan blog lebih dari seminggu Khai kembali dengan tutorial yang baru. Ini gara-gara saya lupa nak buat schedule pada post yang dah pun saya siapkan. Sebagai tambahan, dalam post ini saya juga akan ajarkan cara untuk "backdate" post dalam blog sebagaimana yang akan saya buat selepas menyiapkan post ini.
Sebelum bermula dengan tutorial apa kata kita lihat kebaikannya terlebih dahulu.
Kebaikan membuat Schedule post pada blog
- Baik untuk SEO (Search Engine Optimization) dan Ranking Alexa.
- Memudahkan kita untuk update blog sekiranya berjauhan dengan blog. Terutama sekali apabila anda sibuk dengan exam ataupun kerja yang lain.
- Google bot friendly sekiranya setiap post yang dibuat mengikut masa yang tepat. (dijangkakan sekitar 10am hingga 2pm setiap weekdays )
Ok, seterusnya kita teruskan dengan tutorial cara buat scheduled post dalam blogger.
Cara Buat Scheduled Post Dalam Blogger
1. Login ke blogger dashboard dan klik pada "Create New Post".
2. Setelah siap menaip post anda, Klik pada Schedule di bahagian kanan post editor.
3. Secara default, schedule telah di"set" sebagai automatik, anda kena pilih "Set date and Time"
Dalam bahagian "Set date and time", Anda boleh pilih dan tetapkan masa dan tarikh untuk publish post anda tadi.
4. Setelah selesai memilih masa dan tarikh anda boleh klik pada "Publish".
Jangan bimbang, dengan menekan butang publish, post tadi tidak akan publish setra merta. Kita cuma menetapkan jadual pada post tersebut dan ia hanya akan auto publish pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
5. Anda akan melihat tag (Scheduled) dalam post yang anda buat tadi. Ini bermakna post tersebut telah berada dalam Schedule.
Cara untuk Backdate Post
Cara untuk backdate post sangat mudah. Dalam Step No.3 cuma pilih tarikh dan masa lalu dan klik pada publish (Post akan Publish serta merta).
Nota : Sekiranya anda membuat edit pada post, klik pada publish sekali lagi. Sekiranya anda menekan "save" ia akan menjadi draft dan secara tidak langsung membatalkan schedule yang telah ditetapkan.
Ok, Selamat mencuba :)
Jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan jangan sila tinggalkan dalam ruangan comment.
Thanks ya~
Tags : Tutorial Blog, Cara Buat Scheduled Post Dalam Blogger, Schedule Post Dalam Blog