Harry Potter - Golden Snitch

Naruto Chapter 634 "A new three-way deadlock" - Naruto Review Bahasa Melayu


Chapter ini dimulakan dengan penampilan Team 7 bersama dengan binatang seruan mereka masing-masing. Naruto pula terkejut dengan seruannya Gamakachi yang mengantikan bapanya (Bunta) kerana saisnya yang membesar dengan begitu cepat. Rasanya apa yang sedang dilakukan oleh Bunta sekarang? Melihat kepada sais Juubi yang begitu besar, binatang seruan mereka kelihatan kecil walaupun sebenarnya sais mereka juga adalah besar.

Sasuke pula menyeru ular seruan yang baru bernama Aoda menggantikan Manda. Binatang seruan Sasuke kali ini tidak mempunyai banyak karenahdan menuruti arahan Sasuke (tidak seperti Manda). Manakala Sakura menyeru Katsuyu, Lintah bulan seruan 5th Hokage Tsunade untuk membantu menyembuhkan kecereraan dan mengembalikan tenaga para shinobi. Nampaknya hanya Sakura yang menggunakan Haiwan seruan yang lama. Ini mungkin jadi lebih menarik sekiranya dia turut mempunyai binatang seruan yang baru.

Naruto Chapter 634 "A new three-way deadlock" - Naruto Review Bahasa Melayu

Seterusnya Team 7 menyerbu ke hadapan dengan seruan mereka, secara teknikalnya hanya 2 orang yang maju ke hadapan dan Sakura hanya tinggal di belakang. Hal ini sedikit mengecewakan kerana dia telah mengaktifkan kuasa barunya yang sangatlah kuat dan juga menyeru Katsuyu, tetapi dia tidak maju untuk bersama-sama menyerang Juubi. Sakura hanya mengaktifkan teknik penyembuhan untuk membantu para shinobi.

Kombinasi serangan Sasuke dalam keadaan Susanno dan Aoda, disertakan dengan pergerakan ular yang sangat lincah menjadikan Sasuke sebagai penyerang yang sangat kuat dan cepat. Kombinasi ini seakan-akan seperti Madara dan Kyubi suatu ketika dahulu.

Kita kemudiannya melihat kumpulan rookie 9 mendoakan kejayaan mereka. Sekali lagi Lee dan Ten Ten tidak kelihatan di antara mereka. Di manakan Lee dan Ten Ten sekarang ni? Mengapa mereka masih tidak ditonjolkan? Sakura pula kelihatan sangat berbanga dengan kekuatan yang ada pada Naruto dan sakuse sehingakan dia menitiskan air mata.

Gabungan serangan kuasa angin berserta dengan Api antara Naruto dan Sasuke menghasilkan satu kuasa yang amat hebat, sehinggakan para Hokage turut berasa kagum. Serangan ini telah berjaya melumpuhkan Juubi daripada mencapai bentuk terakhirnya.

Naruto Chapter 634 "A new three-way deadlock" - Naruto Review Bahasa Melayu

Sedikit menghairankan apabila Juugo yang hanya duduk berdiam diri mendapat perhatian yang lebih. Sai turut mengesyaki sesuatu mengenai Sasuke. Adakah sasuke mempunyai agendanya yang tersembunyi di sebalik menjadi karakter baik secara tiba-tiba?

Dalam penghujung cerita setela beberapa minggu tertanya-tanya di manakah Orochimaru berada, kita akhirnya kita telah mendapatkannya. Dia bersama-sama dengan Karin dan Suigetsu tiba ke lokasi Tsunade dan para Ketua yang lain. Adakah Orochimaru tiba untuk membantu mereka ataupun sebaliknya? kita tunggu sehingga chapter yang seterusnya. Tamat Naruto Chapter 634.

Naruto Chapter 634 "A new three-way deadlock" - Naruto Review Bahasa Melayu


Antara Yang Menarik
1st  - Kehadiran Binatang seruan Team 7 yang baru (kecuali seruan Sakura)
2nd  - Gabungan Kuasa antara Sasuke dan Naruto yang mantap berjaya menjatuhkan Juubi.
3rd  - Kehadiran orochimaru ke medan perang yang menimbulkan sebibu satu persoalan.

Tak Menarik
1st  - Lee dan Ten Ten telah di abaikan.
2nd  - Tiada perkembangan cerita antara Kakashi dan Obito. Madara turut tidak kelihatan dalam chapter ini.

Persoalan
1. Apakah yang sedang dibuat oleh Lee dan Ten Ten ketika ini?
2. Apakah perkembangan cerita Kakashi dan Obito?
3. Apakah yang akan dilakukan oleh Orochimaru terhadap para Kage? Adakah dia akan membatu mereka atupun sebaliknya?

Quotes
1. Sai : "So this is the previous Team 7".
2. Naruto : " Great Gamakichi, you got better too, not just bigger!!"


Rating
Chapter yang sangat baik. Mempunyai perkembangan cerita yang sangat baik dengan kehadiran Orochimaru (walaupun hanya dalam 1 muka surat). Terlalu banyak yang boleh dijangkakan dalam episod yang akan datang. Saya berikan 4/5


Next Chapter Review :
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 633 "Going Foward"



Tags: Baca Naruto 635 Bahasa Melayu, Naruto 635 Manga, Naruto 635 online, Naruto 635 chap, Naruto 635 chapter, Naruto 635 Review, Naruto 635 Manga Review, Read Naruto 635
Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)
Tutorial Blog

Naruto Chapter 633 "Going Foward" - Naruto Review Bahasa Melayu


Naruto Chapter 633 "Going Foward" - Naruto Review Bahasa Melayu

Cerita pada kali ini adalah serupa seperti dalam chapter 633. Selain fokuskan kepada kekuatan yang ada dalam team 7, ia juga memperlihatkan kekuatan yang ada pada kumpulan rookie yang lain. Kita boleh melihat mereka mengeluarkan banyak skill yang baru dan menjadi antara yang menarik dalam chapter ini.

Beberapa lembar pertama menunjukkan Naruto dan Sasuke yang mengakui kekuatan masing-masing dengan demonstrasi kuasa yang mereka telah perolehi. Persaingan antara mereka berdua masih berterusan tidak kira apa jua pun yang sedang  berlaku. Bercakap mengenai Team 7, Sai turut tidak ketinggalan ingin memperlihatkan kuasanya, namun dia sememangnya jauh ketinggalan jika nak dibandingkan  dengan Naruto dan Sasuke.

Naruto Chapter 633 "Going Foward" - Naruto Review Bahasa Melayu


Tidak banyak plot cerita yang berlaku. Kita cuma dipamerkan dengan kumpulan-kumpulan rookie yang menunjukkan abiliti baru masing-masing. Sedikit kecewa dengan Team 8 (Shino, Kiba, dan Hinata) yang hanya memperlihatkan perkembangan abiliti yang simple. Namun demikian, kita telah melihat Hinata telah bergerak satu langkah ke hadapan dengan memperoleh pertambahan gerakan dalam tumbukannya dan ia kelihatan lebih kuat daripada Neji.

Ino-Shika-Cho pula memperlihatkan gaya bermain yoyo dengan sensing chakra yang ada pada Ino, teknik bayang pada Shikamaru dan Choji sebagai yoyo gergasi. Gabungan ini sangat menarik dan menyerlahkan semangat kerjasama dalam kumpulan mereka. Oleh kerana ketiadaan Neji, Lee dan Tenten tidak diperlihatkan dalam chapter ini. Harap dapat melihat mereka dalam chapter yang seterusnya.

Dalam muka surat yang terakhir kita dikejutkan dengan kekuatan apprentice legendary sannin Sakura, Naruto dan Sasuke. Mereka telah menyeru binatang seruan masing-masing untuk membantu mereka dalam pertempuran. Tamat cerita Naruto Chapter 633.

Naruto Chapter 633 "Going Foward" - Naruto Review Bahasa Melayu


Antara Yang Menarik
1st   - Memperlihatkan abiliti baru yang ada pada setiap kumpulan rookie (kecuali kumpulan Neji, Lee dan Tenten) walaupun ianya masih di belakang Naruto dan Sasuke namun mereka turut mempunyai sesuatu untuk ditunjukkan.

2nd   - Penamat cerita yang sangat cantik dan memuaskan. Ia membuatkan kita tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.

Tak Menarik
1st   - Hokage masih tidak menunjukkan abiliti mereka seperti yang saya harapkan dalam chapter sebelum ini.

2nd   - Tiada cerita mengenai Obito dan Kakashi. Tak tahu apa yang telah berlaku antara mereka.

3rd   - Madara tidak membuat apa-apa pergerakan setakat ini. Ia akan menjadi lebih menarik sekiranya dia pun turut membantu Jubii.

Persoalan
Apakah yang akan berlaku dengan kehadiran binatang seruan Sakura, Naruto dan Sasuke?
Apakah yang sedang dibuat oleh Madara sekarang?

Quotes
Hinata : "Move foward, even if it's just one step"

Rating
Rating saya untuk chapter ini 4/5

Next Chapter Review : Naruto Chapter 634 "A new three-way deadlock"
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 632 "Explosion"


Tags: Baca Naruto 634 Bahasa Melayu, Naruto 634 Manga, Naruto 634 online, Naruto 634 chap, Naruto 634 chapter, Naruto 634 Review, Naruto 634 Manga Review, Read Naruto 634
Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)
Tutorial Blog

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu


Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu

Apa yang berlaku dalam naruto Chapter 632? pandangan dan ulasan Naruto chapter 632 review Bahasa Melayu.

Kita dibawa kembali kepada Naruto bersama dengan rakan-rakannya. Sedikit melucukan semasa Kiba turut menyuarakan hasratnya untuk menjadi Hokage, namun Shino dan rakan-rakan yang lain tidak menghiraukannya. Jugo menyedari perubahan Sasuke yang aneh baginya dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya difikirkan oleh Sasuke.

Sekarang Jubii melepaskan satu lagi Bijudama, tetapi ia tidak mampu untuk memecahkan jaringan perlindungan yang dibuat oleh para Hokage. Adakah ia mampu untuk memecahkan jaringan perlindungan itu sekiranya berada dalam transformasi yang terakhir?

Hashirama kemudiannya membuat beberapa klon. Dia menghantar klon-klon nya untuk membuka pintu kepada para shinobi untuk menyerang Juubi. Salah satu klon Harashima dihantar untuk bertarung dengan Madara, tetapi Madara menolak dan berkeras ingin bertarung dengan yang original (sambil duduk dengan selamba).

Seterusnya, para shinobi memasuki jaringan perlindungan untuk menyerang Jubii. Tanpa disangkakan, Jubii mempunyai kebolehan untuk membahagikan dirinya kepada banyak klon yang kecil. Shinobi telah memulakan serangan tetapi kita dibawa kepada Sakura dengan sedikit flashback mengenai dirinya yang ingin berada pada tahap kekuatan yang sama dengan Sasuke dan Naruto. Di sini juga, kita telah mendapat tahu bahawa Sakura telah berjaya untuk menguasai dan menyimpan chakra, sama seperti Tsunade dan mengenakan satu tumbukan yang sangat kuat kepada klon Jubii.

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu


Naruto kelihatan pucat dan berjanji untuk tidak lagi membuatkan Sakura marah manakala Sasuke kelihatan kagum dengan kekuatan Sakura.

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu

Harashima turut berasa kagum dan kekuatan yang ada pada Sakura mengingatkannya kepada Tsunade. Penghujung chapter, kita melihat Sakura yang hampir diserang oleh klon Jubii, tetapi Sasuke dan naruto datang untuk menyelamatkannya. Sekali lagi, kita telah mendapat calon Hokage yang seterusnya. Sakura juga mengidamkan kerusi Hokage. Tamat cerita Naruto chapter 632.

Naruto Chapter 632 "Explosion" - Naruto Review Bahasa Melayu

Antara Yang Menarik
1st   - Perkembangan karekter yang yangat menarik, melihatkan watak-watak utama ditonjolkan. Ia tidak hanya tertumpu kepada Naruto dan Sasuke, malah Sakura turut mendapat perhatian.

2nd  - Tumbukan sakura yang epic antara yang menarik dalam chapter ni.

Tak Menarik
1st   - Membaca Flash back Sakura membuatkan saya sedikit kecewa. Kita tidak sepatutnya diberi benda yang kita dah lihat sebelumya. Sepatutnya mmenunjukkan lebih banyak benda baru.

2nd  - Para Hokage sepatutnya boleh membuat lebih daripada jaringan perlindungan untuk mengurung Jubii sahaja. Saya menjangkakan sesuatu yang hebat akan berlaku dan kekuatan Tobirama dan Hiruzen ditunjukkan serta beberapa nnjutsu daripada Minato, tetapi tidak. Hopefully kita boleh melihatnya dalam chapter yang seterusnya.

Persoalan
1. Apakah yang terjadi pada kakashi dan obito sekarang?
2. Adakah kita akan diperlihatkan dengan kekuatan sebenar para Hokage?


Quotes
1. Sakura : "I was always walking behind... I hate that and decided that the next timei will showthemmy back"
2. Harashima : "What a monster, that might be worst than Tsunade"

Rating
Saya beri 3.5/5. Walaupun keseluruhan cerita agak menarik tetapi saya kecewa dengan flashback Sakura dan juga para Hokage yang tidak menunjukkan kekuatan mereka.


Next Chapter Review : Naruto Chapter 633 "Going Foward"
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion


Tags: Baca Naruto 633 Bahasa Melayu, Naruto 633 Manga, Naruto 633 online, Naruto 633 chap, Naruto 633 chapter, Naruto 633 Review, Naruto 633 Manga Review, Read Naruto 633, Naruto 633

Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)
Tutorial Blog

Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu



Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu


Satu chapter yang awesome "Team 7" reunite. Naruto chapter 631 Review~

Seperti yang dijangkakan, Sakura terkejut melihat Minato, namun dia tidak terkejut untuk mengetahui fakta bahawa Minato adalah bapa Naruto (hanya terkejut ketibaannya yang datang secara tiba-tiba). Minato menguruskan serangan Juubi sama seperti dia melakukannya terhadap Kyuubi bijuu dama dalam chapter yang terdahulu.

Kita mendapat page yang pastinya membuatkan Naru+Saku fans jatuh dari kerusi mereka.YA 4th hokage bertanyakan kepada sakura adakan dia merupakan Girlfriend Naruto?? Naruto yang dengan selambanya menjawap "YEAH!" kena pukulan tahap Gaban Sakura, menyebabkan Minato teringatkan akan Kushina. Berikutannya, kita mengetahui sebap mengapa Naruto tidak terkejut dengan keadiran bapanya, kerana dia telah mengetahui kehadiran chakra para Hokage melalui derianya sewaktu dalam keadaan Kyuubi..

Seterusnya, Kita boleh melihat kehadiran Hokage-hokage lain yang sedikit lewat. Tobirama Senju mengakui jutsu teleport Minato jauh lebih baik daripada yang dimilikinya. Tentu sekali keadaan ini membuatkan banyak mulut yang ternganga. (Mungkin sekali terkeluar segala bau-bauan harum semerbak -- bayangkan mereka tak berus gigi selama berhari-hari, dan membuka mulut pada masa yang sama, hahaha). Madara yang terlihat Harishima menjadi sangat exited kerana terjumpa seteru ketatnya. Harashima tidak mempedulikannya dan bertekad untuk menguruskan Juubi sebelum dia bermain dengan Madara.

Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu


Suprise yang seterusnya pula; dalam beberapa minggu lepas, banyak  fans telah meramalkan bahawa Minato akan memberi separuh lagi kekuatan chakra Kyubii yang tersimpan dalam dirinya kepada naruto, tetapi mereka SALAH. Dia menggunakannya sendiri untuk memasuki Kyuubi Mode (Like father Like son) Dalam mode ini, dia memang mirip seakan-akan Naruto dan keadaan ini membuatkan cerita dalam chapter ini lebih menarik.

Seterusnya, kita dapat melihat keempat-empat Hokage melakukan beberapa combo -"Formation Of The 4 Red Suns". Saya tidak pasti bagaimana mereka semua mengetahui cara untuk membuat benda ni (mereka tak pernah berjumpa -- kecuali 3rd dan 4th), tapi yang pastinya mereka adalah Hokage yang penuh dengan kejutan. Harishima yang berada dalam Sage mode membolehkannya menggunakan seal Rikudou sama seperti seal yang digunakan Naruto untuk mengurung Kyubii suatu ketika dahulu. Sejurus selepas mereka berjaya membuat seal tersebut, Kta dikejutkan ladi dengan kehadiran Taka dalam scene. Walaupun kehadiran Suigetsu dan karin tiada kelihatan dalam scene, kita just pretend yang mereka pun ada di sana :D.

Sakura dengan mata yang terbeliak, sangat terkejut dengan kehadiran Sasuke dan memangil namanya secara  spontan. Sasuke memang sangat hebat dan cool dengan wataknya. Semua rakan-rakan yang sebaya memandangnya dengan penuh Negatif (Kecuali INO yang terus menerpa ke arah Sasuke).. Satu kata-kata Sasuke yang sememangnya berada di luar jangkaan; dia ingin melindungi kampung dan juga ingin menjadi Hokage!! dia ingin memperbetulkan segala kesilapan Uchiha dan ingin memperbetulkan keadaan. Sasuke ingin menjadi Hokage?? dengan semua kekacauan yang dilakukan oleh Sasuke selama ini Kiba dengan lantangnya menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya.

Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion - Review Naruto Bahasa Melayu

Naruto pula tidak bersetuju dengan Sasuke, kerana dialah yang dari awal lagi dan sepatutnya menjadi Hokage. Kemudia terdapat reflex mengenai kata-kata Itachi bahawa Hokage merupakan seorang yang diiktiraf oleh semua orang-- dalam keadaan Sasuke sekarang dia langsung tidak layak. Dengan Naruto dan Sasuke yang sama-sama mengejar gelaran Hokage jalan cerita akan menjadi lebih rumit dan menarik. Tetapi Naruto percaya dia boleh menyelesaikan masalah ini. Adakah ini bermaksud mreka akan bertarung untuk gelaran Hkage?? Ini mungkin akan berlaku. Pastinya pertarungan antara Naruto dan Sasuke akan berlaku juga akhirnya.

Harishima memarahi mereka kerana berlengah-lengah. Naruto mahu bersendirian dengan Sasuke dalam pertarungan ini, dan mengerahkan Sakura untuk berehat. Tetapi adakah dia terfikir bahawa Sakura akan berdiam diri? Kehadiran Sasuke yang menyempurnakan Team 7 menyemarakkan lagi semangat berjuang Sakura yang juga merupakan anak murid kepada Sannin lagenda. Dengan ini, Team 7 telah bersatu kembali, seperti yang dicadangkan oleh title chapter ni. Tamat cerita Naturo chapter 631.

Antara Yang menarik
1st  - Sangat banyak perkara yang menarik berlaku. Sepertiyang dijangkakan, para Hokage kesemuanya telah tiba bersama dengan Team Sasuke.

2nd  - Minato dalam keadaan Kyubii mode, ini berada di luar jangkaan dan merupakan babak yang hebat.

3rd  - Sasuke bertekad mahu menjadi Hokage. Ini pun di luar jangkaan, selama ini kita dapat tahu yang Sasuke ingin menghancurkan Konoha. Good to know, yang sasuke pilih untuk melindungi Konoha dan ingin menjadi Hokage.

4th  - Dipendekkan~ Keseluruhan scene dalam chapter ni adalah sangat menarik.

Tak Menarik
1st  - Mungkin ada orang yang nak mengetahui lebih lanjut mengenai hal Kakashi dan Obito, but WHO CARES!? haha

Persoalan
1st  - Apakah reaksi para Shinobi apabila ketibaah Orochimaru nanti?

2nd -  Kesemua bekas Hokage telah berkumpul, eh terlupa ada satu Hokage yang belum tiba. Adakah Tsunade serta ketua-ketua yang lain akan bangkit untuk menyertai semula medan peperangan??

Quotes
Sasuke: "Many things Happened but I decided to protect the village and... will become Hokage"
Kiba: "Yeah right, a long time nukenin suddenly showed up and starts saying jokes!!"

Naruto 631 Review Bahasa Melayu

Rating
Secara keseluruhannya, ia merupakan satu chapter yang awesome dan pehun dengan kejutan. Saya rate Chapter ni 10/10. P/S: If korang ambil perhatian, reaksi wajah character dalam cerita ni sangat Lawak! hehe~


Manakan Scene yang menjadi kegemaran korang dalam Naruto chapter 631? Thanks for your comment :D


Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa Khai buat Review mengenai Naruto? Dan ya, memang ada yang dah pun bertanya :D

Jawapannya :
1. Review naruto sebagai latihan untuk mengembangkan gaya penulisan
2. Saya merupakan Die Hard Fan Naruto Manga + Anime
3. Membuatkan otak berfikir secara kritikal untuk menterjemah gambar kepada text. banyak berfikir boleh menajamkan minda :) tak gitu? hehehe, ok Bai~


Next Chapter Review : Naruto Chapter 632 "Explosion"
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 630 "What can fill a hole"


Tags: Baca Naruto 632 Bahasa Melayu, Naruto 632 Manga, Naruto 632 online, Naruto 632 chap, Naruto 632 chapter, Naruto 632 Review, Naruto 632 Manga Review, Read Naruto 632, Naruto 632
Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)
Tutorial Blog

Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu


Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu

Rumusan

Dalam chapter ni, kita di bawa kembali ke bahagian di mana Kakashi dan Obito masih lagi berdebat. Lubang didada Obito masih kelihatan dan saya rasakan ini merupakah satu ilusi yang direka oleh Obito. Seterusnya, kita membaca bagaimana Obito memberitahu Kakashi yang dia tidak mempunyai apa-apa kecuali kekosongan hati yang ditanggungnya selama ini. Itulah yang membuatkannya tidak berhati perut dan tidak mempedulikan apa-apa. Obito cuba untuk memujuk Kakashi dengan memberitahu Kakasi bahawa dia juga menanggung penderitaan sama atas kematian Rin dan Obito (masa lalu). Kemudian kita dilihatkan dengan ilusi obito yang menunjukkan versi kanak-kanak Rin dan Obito, di mana bahagian yang menyedihkan ialah obito pada usia tu mengimpikan untuk menjadi Hokage. Dia juga menyatakan, segala yang diimpikan boleh tercapai dan kekosongan hati boleh diisi dalam dunia ilusi. Kakashi (like a boss) memotong ilusi tu. Dia teruskan dengan menyatakan bahawa Rin telah mati dan Obito pula masih hidup, ini tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku. Kakashi memberitahu Obito supaya tidak memadam memori mengenai Rin dan menghargai pergorbanan Rin menyelamatkan Kampung dengan nyawanya sebagai taruhan. 

Kita kemudiannya dibawa ke bahagian yang lain di mana Juubi sedang melakukan formasi untuk melakukan serangan. Akhirnya setelah sekian lama, kita berpeluang melihat Killer Bee kembali. Kini tiba masa untuk Killer Bee beraksi. Transformasi Juubi hanya tinggal satu langkah untuk mencapai peringkat yang terakhir. 8th Tails kemudiannya memberitahu Killer Bee bahawa mereka perlu lakukan sesuatu kerana semuanya akan berakhir sekiranya Juubi mencapai transformasinya yang terakhir. Page seterusnya melihatkan Juubi sedang menyediakan Bijuu Bomb yang tersangatlah besar. Dalam bahagian ini, saya telah menjangkakan sesuatu yang luar biasa akan berlaku. 10th Tail Bijuu yang sebelum ni terlihat musuhnya dalam diri Naruto, tidak dapat menahan kemarahan. Madara yang baru sahaja ingin berseronok, terpaksa menguruskan segalanya setelah ketiadaan Obito dan ini membuatkannya naik angin.

Hampir kesemua Shinobi hampir putus harapan kerana ketiadaan Chakra Naruto untuk melindungi mereka. Sakura bangkit dan memberikan semangat kepada mereka. Dia menyuruh para Shinobi untuk bersedia menghadapi serangan Juubi dengan seluruh kekuatan, sementara dia menyembuhkan keseluruhan tenaga Naruto. Ini merupakan suatu perkara baik, Sakura juga ada memberi pepatah, Sekiranya mereka nak mati, adalah lebih baik mati dalam pertempuran daripada berdiam diri sahaja. 

Shikamura kemudiannya mempunyai satu rancangan dan memberitahu Kitsuchi (dengan bantuan Ino), yang mereka perlu mendirikan Earth walls untuk memperlambatkan serangan Bijuu bomb dengan Killer Bee berada di bahagian paling belakang untuk menahannya. Kita juga dilihatkan dengan Ino yang berusaha sedaya upaya untuk menyambungkan informasi daripada Shikamaru kepada keseluruhan Shinobi di medan perang tentang cara untuk membuat benteng pertahanan tersebut. Sejurus selepas informasi diberikan, Jubii melepaskan Bijuu Bomb dan Shinobi alliance dengan serentak menyediakan dinding halangan. 

Scene dibawa kembali kepada kakashi dan Obito membincangkan perkara yang sama. Obito menyanyakan bagaimana supaya kekosongan dalam hati boleh diisi kembali. Kakashi dengan selamba menjawap, dengan mencintai dan dicintai. Tambahan Kakashi, selagi tidak berputus asa, selagi itu ada peluang. Muka surat seterusnya, Bijuu Bomb melanggar dinding perlindungan dan kekuatannya yang di luar jangkaan para Shinobi. Bee yang berada di belakang dinding perlindungan tu, kelihatan tidak boleh menahan daya serangannya.

Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu

Scene kemudiannya ditarik kembali kepada Obito dan Kakashi. Obito menyangkal Kakashi dengan mengatakan bahawa dia hanya berkata kosong sahaja. Tetapi Kakashi membalas dengan memetik kata-kata Obito satu masa dahulu dengan sedikit penambahbaikan (boleh lihat pada bahagian quote). Kita seterusnya dilihatkan dengan Bijuu bomb yang tiba-tiba hilang. Semua orang terkejut! dan kelihatan sebilah Kunai dan saya pasti kita semua telah tahu apa maksudnya. 

Minato telah tiba di medan perang dan sudah pasti Hokage-hokage yang lain pun ada mengikutinya di belakang. Minato memnta maaf kerana lambat, tetapi Naruto berkata dia datang tepat pada masanya. Tamat bagi Episod ini.

Naruto Chapter 630 "What can fill a hole" - Review Bahasa Melayu


Apa Yang Menarik
1st - Kita dilihatkan dengan ramai watak walaupun dalam satu chapter sahaja. Sakura menaikkan semangat Kumpulan Shinobi. Kita boleh lihat Killer Bee yang kelakar. Yang paling menarik perhatian saya ialah Shikamaru, yang boleh mengatur strategi di minit-minit yang terakhir adalah awesome dan saya sangat kagum.

2nd - Petikan daripada Kata-kata Kakashi sebagai motivasi. (ditunjukkan dalan bahagian quote)

3rd - Minato yang berjaya menghentikan serangan Bijuu menunjukkan potensi sebenar kekuatan yang ada padanya. Cara masuk ke medan perang yang epic. Raut wajah Naruto yang selamba, agaknya dia sudah menjangkakan ketibaan para Hokage dengan kuasa derianya.

4th  - Chapter seterusnya kita mempunyai peluang yang tinggi untuk melihat para previous Hokage dan Sasuke.


Tak Menarik
1st - Saya sangat berharap dapat melihat kesemua Hokage tiba dan bukan hanya seorang. Saya juga berrharap untuk melihat Sasuke berdiri di sebelah Naruto. Perkara yang kecil, tapi saya sedikit kecewa :(

Persoalan
Adakah Kakashi dan Obito akan menyambung pertarungan mereka?
Apakah Reaksi Naruto apabila dia berjumpa dengan Sasuke?

Quotes
Sakura: "If were gonna die anyway...Then it's better do die fighting then to do nothing"
Kakashi: "In the world of shinobi those who break the rules are trash, However those who don't treasure there friends are worst the trash. And the ones who don't treasure their friends feelings are even worst then that"

Rating
Saya berikan chapter ini ... 4.8/5


Apa yang korang nak lihat dalam chapter seterusnya?


Next Chapter Review : Naruto Chapter 631 "Team 7" Reunion
Previous Chapter Review : Naruto Chapter 629 "Windhole"


Tags: Baca Naruto 631 Bahasa Melayu, Naruto 631 Manga, Naruto 631 Online, Naruto 631 chap, Naruto 631 chapter, Naruto 631 Review, Naruto 631 Manga Review
Image Credit : All Credits belong to their respective owner (link Needed)
Tutorial Blog
Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved