Korang nak jadi Blogger, tapi tertanya-tanya macam mana nak Start? Tutorial ini akan mengajar korang bagaimana nak buat blog dalam Blogger. Kenapa pilih Blogger? Sebap dalam Blogger.com, korang boleh buat blog secara percuma, dan caranya sangat mudah.
Sebelum korang buat blog baru, Korang boleh Klik Sini untuk mendapatkan Tips Asas Dan Idea Untuk Buat Blog Baru.
Ok. Untuk membuat blog baru secara percuma dalam Blogger, Korang kena ikut 8 Step ini. (Wah! banyaknya step untuk buat blog baru ni??) Haha.. jangan risau sebap step ni sangat simple.
Sila ikut tutorial ini :
Step 1. Daftar di Blogger.com
Sila lawat laman Blogger.com dan "SIGN UP" sekiranya korang belum mempunyai akaun google. Sekiranya korang sudah ada akaun gmail, korang boleh terus "SIGN IN" menggunakannya.
Step 2. Buat akaun google baru
Bagi yang belum mempunyai akaun google, korang kena lengkapkan form sign up. Sangat mudah, hanya perlu ikut arahan yang diberikan. Rasanya korang tidak akan menghadapi masalah mengisi borang ni. dan apabila sudah selesai, terus ke Step 3.
Step 3. Klik Continue to blogger
Step 4. Klik New Blog
Step 5. Letakkan nama bagi blog baru korang. Korang kena pilih nama yang bersesuaian dengan kandungan blog korang.
Dalam Step 5 ni, korang juga boleh terus pilih template untuk blog baru korang, saya cadangkan pilih Template "Picture Window" (Sebap itu yang sy gunakan.. hehe). Korang boleh pilih mana-mana template yang korang suka, sebap, korang boleh ubah template ni bila-bila masa :D. Setelah selesai, korang boleh klik "Create blog!"
Step 6. TAHNIAH! Blog baru korang telah aktif. Klik Start Posting untuk mula membuat post
Step 7. Korang boleh mula buat post yang pertama.
Selepas korang siap membuat post korang yang pertama tu, klik preview terlebih dahulu sebelum korang klik publish. Supaya korang tahu bagaimana rupa post korang :D.
Step 8. View Blog, dan Senyum :D
Tags: Tutorial Blog, Tutorial Blog Cara UntukBuat Blog Baru, Tutorial Blog Melayu, Cara Buat Blog, Cara Bina Blog, Tutorial Blogspot, Tutorial Blogger