Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Kejururawatan (Nursing)

Diploma Kejururawatan (Nursing)

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Kejururawatan 
(Nursing)
Apa itu Kejururawatan?

Program ini melatih individu untuk menjadi seorang jururawat profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Jururawat Malaysia. Pelatih akan diajar segala selok belok perawatan moden dalam bentuk teori dan praktikal . Selain daripada itu, pelatih akan dipupuk dengan latihan disiplin dan jati diri cekal, mendalami kemahiran ilmiah dan kerohanian yang tinggi dan murni setra menajami pemikiran kritikal dan bernas.

Objektif program ini adalah untuk mengeluarkan graduan kejururawatan profesional yang mahir dan berkualiti, yang mampu meningkatkan taraf kesihatan fizikal dan mental masyarakat, memberikan rawatan yang selamat, membantu di dalam pencegahan, penyembuhan serta pemulihan daripada penyakit.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Bidang kejururawatan sanggat sesuai bagi mereka (lelaki dan wanita) :
  • Yang meminati bidang kejururawatan
  • Yang ingin menceburkan diri untuk bekerja di hospital-hospital di dalam dan luar negara.
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI

Mahir di dalam ilmu meningkatkan taraf kesihatan diri, institusi keluarga, masyarakat dan rakyat keseluruhan serta mahir di dalam ilmu pencegahan, penyembuhan penyakit dan rehabilitasi/pemulihan.

Mahir memberi perawatan asas dan keselesaan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.

Mahir di dalam menjalani prosidur-prosidur perubatan seperti memberi ubatan, suntikan, penjagaan luka, memberi rawatan kecemasan, mengendalikan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan sebagainya.

Mahir di dalam meningkatkan kesihatan mental dan mampu melaksanakan kaunseling dan penjagaan psikologi kepada yang memerlukan.

Prospek kerjaya

Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Perawatan kanak- kanak
- Perawatan warga emas
- Perawatan kemalangan dan kecemasan
- Perawatan kritikal
- Perawatan jantung & koronari
- Perawatan tulang
- Perawatan perubatan &
- Pembedahan
- Perawatan barah
- Perawatan kebidanan/sakit puan
- Perawatan mental
- Perawatan kesihatan awam

Peluang Pekerjaan Sebagai :-
- Jururawat

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved