Apa itu Fisioterapi?
Fisioterapi
arau Jurupulih anggota adalah satu kerjaya profesional di dalam bidang
kesihatan. Ahli Fisioterapi bertanggungjawab menjalankan rawatan yang
tepat dan berkesan kepada pesakit sama ada secara individu atau
berkumpulan untuk mengurangkan kesakitan, menambahkan mobiliti, mencegah
serta mengurangkan kecacatan kekkal kepada pesakit yang mengalami
masalah berkaitan kecederaan tubuh badan serta sistem tubuh badan.
Secara amnya, seseorang ahli fisioterapi berperanan untuk merawat
pesakit yang mengalami kecederaan supaya menjadi kembali normal ataupun
sekurang-kurangnya hampir kepada normal.
Diploma
Fisioterapi (Physiotherapy) Menggabungkan aspek
pengetahuan teori dan kemahiran klinikal yang diperlukan sebagai seorang
ahli fisioterapi. Program ini menawarkan kurikulum menyeluruh yang
merangkumi setiap aspek teori, konsep perawatan, teknik serta etika yang
digunakan semasa menjalankan penilaian, rawatan dan rehabilitasi kepada
pesakit.
Program Fisioterapi (Physiotherapy) ini sesuai kepada:
Individu
yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada profesional dalam
bidang perbuatan untuk merawat pesakit yang mengalami kecederaan
fizikal.
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG AKAN DIPEROLEHI
Fisioterapi Muskuloskeletal
Merangkumi
penilaian kecederaan, menjalankan rawatan dan membantu mencegah masalah
yang berkaitan dengan otot, ligamen, sendi, dan tulang terutamanya pada
bahagian pinggang, leher, lutut dan sebagainya. Rawatan ini dilakukan
dengan menggunakan kaedah senaman terapeutik, mobilisasi sendi,
mobilisasi tisu lembut, terapi hidro serta alatan elektroterapeutik.
Fisioterapi Neurologikal
Bidang
fisioterapi ini merangkumi proses penilaian masalah pesakit, rawatan
dan pencegahan terhadap pesakit yang mengalami masalah neurologi
terutamanya penyakit yang menggangu fungsi otak, saraf tunjang serta
sistem saraf. Penyakit-penyakit ini termasuklah angin ahmar (strok),
Parkinson's, Neuropathies dan penyakit yang berpunca daripada kecederaan
bahagian otak ataupun sistem saraf tunjang akibat kemalangan.
Fisioterapi Cardiorespirotari
Fisioterapi
Cardiorespirotari biasanya terbabit dalam merawat pesakit yang
mempunyai masalah jantung dalam sistem pernafasan. Fisioterapi
Cardiorespirotari bertugas di unit rawatan rapi (ICU), unit rehabilitasi
dan respirotari, wad-wad medikal umum dan wad-wad pembedahan, Rawatan
diberi kepada pesakit asma, pesakit yang menjalani pembedahan jantung
dan lain-lain.
Fisioterapi sukan
Fisioterapi
sukan adalah salah satu cabang pengkhususan fisioterapi terhadap
rawatan yang berhubungkait dengan kecederaan sukan. Rawatan dijalankan
untuk membolehkan atlit kembali menjalankan aktiviti berprestasi tinggi
dan seterusnya dapat menyertai pertandingan. Rawatan merangkumi
kecederaan biasa dalam sukan seperti terseliuh sehinggalah rehabilitasi
selepas rekontraksi ligamen.
Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Hospital kerajaan atau swasta
- Pusat rehabilitasi Sukan
- Klinik kesihatan wanita
- Sekolah Pendidikan Khas
- Pusat pemulihan kanak-kanak Khas
- Pusat Pemulihan Orthopedik
- Pusat pemulihan Neuro
- Pusat kecergasan dan rehabilitasi Jantung
- Pusat Pemulihan dan komuniti
- Klinik Fisioterapi
Peluang Pekerjaan Sebagai:
- Fisioterapi
- Jurupulih Anggotaskan tugas-tugas sebagai seorang juru fisioterapi
mohon share yer....
ReplyDeletebolehkah saya melanjutkan pelajaran ke luar negara apabila mengambil bahagian dalam bidang fisioterapi?
ReplyDeleteHelo @amanina khaliesah Untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, ia banyak bergantung kepada syarat dan terma universiti dari luar negara yang nak dipohon. Sememangnya boleh, tetapi adik kena pastikan Kursus yang adik nak ambil tu mendapat pengiktirafan MQA dan juga pengiktirafan dari peringkat antarabangsa..
ReplyDelete