Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Teknologi Makmal Perubatan 
(Medical Lab Technology)
Apa itu Teknologi Makmal Perubatan?
Teknologi Makmal Perubatan adalah merupakan satu bidang yang merangkumi penggunaan alatan dan teknik-teknik yang moden serta canggih dalam membantu menjalankan analisa pada sampel-sampel yang diperolehi daripada tubuh badan manusia bagi membantu para doktor membuat diagnosis, merawat penyakit dan memantau keadaan pesakit. Teknologi Makmal Perubatan adalah merupakan satu cabang kerjaya yang menarik yang melibatkan sains dan teknologi dengan objektif untuk membantu masyarakat menjalani hidup dengan lebih sihat.

Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Medical Lab Technology) menyediakan pelajar untuk bekerja sebagai seorang Juruteknologi Makmal Perubatan. Program ini melengkapkan elajar dengan pengetahuan yang lebih meluas dan kemahiran praktikal untuk menjalankan ujian-ujian makmal dan analisa ke atas darah, cecair badan dan tisu manusia.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Bidang Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Medical Lab Technology) adalah sangat sesuai bagi mereka yang berminat:-
  • Mengkaji punca sesuatu penyakit
  • Menggunakan peralatan-peralatan yang canggih, moden dan automatik dan menjalankan ujian saintifik
  • Melibatkan diri dalam penyelidikan bagi mencari penyakit yang tidak dikenal pasti atau penawar sesuatu penyakit.
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Mikrobiologi Perubatan dan Parasitologi
Mengecam dan mengenal pasti bakteria dan lain-lain mikroorganisma.

Hematologi dan Imunohematologi
Mengesan penyakit-penyakit darah dan menguji kumpulan darah.

Biokimia Klinikal
Mengukur kandungan darah seperti glukosa, kolestrol, protein, urea dan lain-lain.

Histopatologi dan Sitologi
Menyediakan tisu-tisu badan untuk kajian pelbagai jenis kanser.

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Makmal-makmal hospital kerajaan dan swasta
- Makmal-makmal klinik swasta
- Makmal-makmal kesihatan Awam
- Industri Bioteknologi
- Industri Penyelidikan Perubatan
- Syarikat-syarikat peralatan saintifik dan produk diagnosis

Peluang pekerjaan sebagai:
- Juruteknologi Makmal Perubatan
- Pegawai Pemasaran Syarikat-syarikat peralatansaintifik dan produk diagnosis
- Pakar Produk bagi peralatan-peralatan saintifik

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved