Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Pengiklanan dan Komunikasi Pemasaran
(Advertising dan Marketing Communications)
Apa itu Pengiklanan & Komunikasi Pemasaran?
Periklanan
dan Komunikasi Pemasaran adalah kaedah penyampaian mesej melalui
pelbagai jenis saluran media massa dengan tujuan menyampaikan maklumat,
memujuk dan mempengaruhi pasaran sasaran. Kaedah penyampaian ini hanya
boleh dicapai melalui satu konsep penggabungan elemen-elemen komunikasi
pemasaran yang berfungsi secara bersama untuk membentuk satu strategi
pemasaran bersepadu yang strategik.Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman tentang aplikasi terbaik dalam bidang periklanan dan pemasaran. Ia juga membolehkan pelajar mempelajari nilai penyelidikan, kaedah dan teknik komunikasi berkesan. Pelajar akan mempunyai kemahiran profesional dalam bidang-bidang seperti pemasaran dan jualan, periklanan dan promosi jualan, penyelidikan pemasaran, perhubungan awam dan perhubungan media. Program ini melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berfi kir secara kritis dalam persekitaran yang kompetitif.
- Individu yang cenderung dan berminat dalam bidang periklanan dan pemasaran.
- Menjadikan periklanan, pemasaran dan komunikasi massa sebagai satu bidang kerjaya
- Mempunyai daya pemikiran kreatif dan kritis yang tinggi
- Mempunyai minat berinteraksi dengan komuniti dan persekitaran
- Gemarkan cabaran dan boleh berdepan melalui segala halanga
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Pengiklanan dan persepaduan komunikasi pemasaran
Mendidik
pelajar melalui ciri-ciri asas pengiklanan dan komunikasi pemasaran dan
bagaimana proses program komunikasi dimaju dan diaplikasikan. Memberi
kefahaman berhubung isu-isu penting dalam perancangan dan penilaian
programprogram komunikasi pemasaran dengan teori-teori bersesuaian,
model-model dan peralatan lain dalam membuat keputusan komunikasi
pemasaran yang efektif.
Menulis kreatif untuk komunikasi berkesan
Memperkenalkan
pelajar kepada strategi pemikiran kreatif dan kritikal untuk menjana
idea dan konsep yang berkesan dalam penulisan kopi iklan serta
teknik-teknik menerbitan iklan dan bahan-bahan promosi untuk media cetak
dan elektronik.
Perancangan media
Membolehkan
pelajar melakarkan perancangan dan strategi media yang berkesan dengan
menekankan kepada kefahaman pembinaan proses identiti korporat, kajian
budaya, peranan publisiti dalam penjenamaan produk dan kedudukan
pasaran, serta perhubungan media dalam memberikan pelanggan nilai
kepuasan dan kesetiaan.
Perancangan kempen
Melakar
dan melaksanakan program kempen komunikasi pemasaran berintegrasi
termasuk pengiklanan, promosi jualan, perhubungan awam, jualan peribadi,
pengurusan acara dan strategi perhubungan. Dalam masa yang sama,
pelajar juga didedahkan dengan keupayaan mengaplikasikan rekabentuk
keatif dan menghasilkan iklan sebenar (media cetak dan penyiaran) selain
menggalakkan pengetahuan dalam komunikasi pemasaran bagi
memperkembangkan kemajuan dalam urusan komunikasi korporat dan memenuhi
permintaan industri.
Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Industri Periklanan dan Pemasaran
- Industri Media
- Komunikasi Korporat
- Sektor Kerajaan
- Pertubuhan Bukan Kerajaan
- Industri Media
- Komunikasi Korporat
- Sektor Kerajaan
- Pertubuhan Bukan Kerajaan
- Pertubuhan Bukan Mencari Keuntungan
- Industri Kewangan dan Perbankan
- Industri Perkhidmatan
- Industri Kewangan dan Perbankan
- Industri Perkhidmatan
Peluang pekerjaan sebagai:-
- Eksekutif Perkhidmatan Akaun
- Pengarah Seni
- Pengarah Kreatif
- Pereka Grafik
- Penulis Iklan
- Penyelidik Media
- Perunding dan Perancang Media
- Pengarah Seni
- Pengarah Kreatif
- Pereka Grafik
- Penulis Iklan
- Penyelidik Media
- Perunding dan Perancang Media
- Eksekutif Pemasaran dan Promosi
- Eksekutif Jualan
- Perancang dan Penganjur Acara
- Pegawai Perhubungan Awam
- Pegawai Perhubungan Media
- Eksekutif Jualan
- Perancang dan Penganjur Acara
- Pegawai Perhubungan Awam
- Pegawai Perhubungan Media
No comments:
Post a Comment
Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!