Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Aplikasi Multimedia

Diploma Aplikasi Multimedia

Melanjuktan Pelajaran Dalam Diploma Aplikasi Multimedia 
(Multimedia Application)
Apa itu Aplikasi Multimedia?
Multimedia kreatif adalah hasil integrasi antara beberapa komponen multimedia iaitu teks, gambar, audio, video dan animasi menggunakan peralatan dan perisian khusus di mana ianya mengandungi capaian-capaian yang membantu pengguna untuk berinteraksi, mendapatkan info terkini dan berkomunikasi dengan pantas dan berkesan. Facebook dan Youtube adalah sebahagian daripada contoh aplikasi multimedia kreatif yang mempengaruhi penghidupan kita hari ini. Antara produk multimedia yang lain adalah laman web, sistem kiosk, CD interaktif, animasi 2D dan 3D, produksi audio video dan banyak lagi.

Diploma Aplikasi Multimedia direka khusus untuk menyediakan pelajar dengan konsep, kemahiran teknikal dan pemikiran yang kreatif dalam pengurusan dan pembangunan produk-produk dan aplikasi multimedia yang berkembang pesat hari ini. Pelajar akan didedahkan kepada pemahaman yang luas dalam bidang asas rekaan, animasi komputer, rekaan web interaktif, pengaturcaraan multimedia, produksi audio video dan amalan profesional dalam pembentangan kerja dan kemahiran komunikasi untuk memastikan produk dan aplikasi multimedia yang dihasilkan berkualiti, kreatif dan setaraf dengan kehendak dan keperluan industri. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi terkini tetapi mampu berfungsi dalam pelbagai persekitaran media sedia ada dan akan datang.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
  • mereka yang cenderung pada seni
  • mereka yang kreatif dan inovatif
  • mereka yang berminat pada teknologi digital yang merangkumi dunia interaktif, animasi mahupun produksi audio dan video
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Asas Rekaan
Asas rekaan melibatkan pengetahuan tentang prinsip seni lukis dan seni reka merangkumi konsep penggunaan warna, reka letak, penggunaan ruang, keseimbangan dan sebagainya . Ini merupakan elemen penting untuk mejadi seorang pereka multimedia yang baik. Antara subjek yang dikategorikan termasuk Elements of Design, Drawing dan Multimedia Design .

Penggunaan Laman Web Interaktif
Pelajar akan didedahkan dengan teori dan kemahiran teknikal perisian-perisian khusus dalam pembangunan multimedia dan bahasa pengaturcaraan untuk pembangunan laman web. Di peringkat ini, pelajar dapat memahami kepelbagaian perisian dan fungsinya. Pelajar juga mampu untuk mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk menghasilkan produk multimedia yang berkesan.

Animasi Komputer
Animasi berkomputer terbahagi kepada 2D dan 3D. Pelajar akan didedahkan kepada cara penjanaan idea, jalan penceritaan, pembangunan papan cerita dan seterusnya mengaplikasikan idea tersebut berbantu perisian khusus komputer untuk melahirkan suatu produk animasi yang mantap. Fokus utama animasi berkomputer adalah penghasilan animasi pendek dan simulasi 3D .

Produksi Audio & Video
Produksi audio dan video melibatkan penghasilan video dan audio secara kreatif. Pelajar didedahkan kepada proses rakaman, suntingan dan penjanaan kesan khas visual. Ini termasuk produksi video muzik, pesanan khidmat masyarakat dengan menggunakan teknik ‘stop motion’ , ‘motion grafik’ dan sebagainya.

Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Multimedia Interaktif
- E-Pembelajaran
- Animasi
- Produksi audio dan video

Peluang pekerjaan sebagai :-
- Pereka Multimedia
- Pereka Grafik Gerakan
- Pereka / Pembangun Laman Web
- Penyunting Audio
- Penyunting Video
- Juru Animasi 2D/3D
- 3D Modeller
- Pereka Konsep
- Pembangun Media Kreatif

1 comment:

  1. Thanks bagii info2 mengenai kos2 untuk saya yg lepasan spm,,lagi2 nak apply u sekarang ni...hope dapat bagi info lagi ya,mengenai kos2 yg lain. Thanks !

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved