Apa itu Kewartawanan?
Kewartawanan
dapat dikaitkan dengan pengumpulan, penyediaan, penulisan, suntingan
dan persembahan berita serta komen dan rencana dalam pelbagai bentuk
media seperti surat khabar, risalah, majalah, radio, televisyen, jurnal,
buku dan sebagainya. Proses pengumpulan bahan dan maklumat ini
menghasilkan laporan dan penulisan berita yang mencetuskan isu,
perdebatan dan konfl ik dalam masyarakat.
Diploma
Kewartawanan adalah program yang memfokuskan pemantapan dalam
kemahiran bidang kewartawanan, seiring dengan pembelajaran teori yang
relevan dan pendidikan profesional termasuklah undang-undang dalam
media. Pelajar juga bakal didedahkan dengan kemahiran dalam penyuntingan
akhbar atas talian (online news), surat khabar komuniti pelajar,
penyiaran radio dan beberapa projek video. Sehubungan itu, pelajar turut
menimba pengetahuan melalui pembelajaran teknik fotografi digital,
pengiklanan, perhubungan awam, reka bentuk penerbitan dan cetakan serta
teknik suntingan akhbar.
- Individu yang mempunyai daya ingin tahu dan berfi kir yang tinggiMempunyai minat terhadap komuniti dan persekitaran
- Kecenderungan dalam mendapatkan maklumat baru dan ingin dikongsi bersama
- Mampu mengekspresikan gaya bahasa dan penulisan melalui pemerhatian
- Gemar berinteraksi dan menjadikan penulisan sebagai alat yang dapat menyentuh jiwa individu
- Gemarkan cabaran dan mampu bersedia dalam pelbagai hal serta kesukaran
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Menulis berita
Penulisan
berita merupakan satu subjek yang mengajar pelbagai teknik penulisan
berita merangkumi pelbagai aspek. Melalui subjek ini, pelajar akan
menemui pelbagai cara penggunaan gaya bahasa, penulisan yang lebih tepat
dan bersesuaian dalam proses penulisan berita. Mereka juga akan
mempelajari kesilapan dalam menulis berita sekaligus cara
memperbaikinya.
Laporan berita
Subjek
ini membincangkan khusus panduan asas yang perlu diketahui oleh pelajar
dalam melaporkan berita. Dalam menyediakan pengetahuan menyeluruh,
mereka akan didedahkan dengan pelbagai teknik melaporkan berita dalam
pelbagai situasi. Subjek ini juga menekankan proses teratur dalam
melaporkan berita melalui penyediaan berita yang benar dan mantap.
Mereka juga akan didedahkan kepada dunia laporan sebenar yang memerlukan
penyediaan secara menyeluruh.
Berbicara berkesan
Pengucapan
berkesan merupakan satu subjek yang dirangka untuk memenuhi kehendak
individu bagi yang ingin memperbaiki kemahiran penyediaan dan
pembentangan ucapan di hadapan khalayak umum. Kursus penting pengucapan
ini menekankan pembentukan idea, analisis khalayak umum, kemahiran
pengurusan dan teknik penyampaian. Pelajar akan memantapkan kemahiran
mendengar, penyediaan ucapan dan penyampaian.
Jurugambar penulis / Kewartawanan foto
Forografi
merupakan asas penting dalam komunikasi massa moden; membabitkan arahan
dalam pengambilan foto, pemprosesan dan suntingan foto. Bagi
mempelajari sains dan seni kewartawanan secara visual melalui fotografi ,
kuliah, tugasan kelas, tugasan fotografi , sesi foto di makmal,
perbincangan dalam kelas, pembabitan pelajar, lawatan sambil belajar dan
ujian menjadi pengukur bagi menilai kecemerlangan mereka.
Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Perhubungan Awam dan Pemasaran
- Penyiaran dan Filem
- Industri Media (Kewartawanan)
- Komunikasi Korporat
- Agensi Pengiklanan
Peluang pekerjaan sebagai:
- Wartawan
- Penulis
- Wakil Perhubungan Media
- Setiausaha Akhbar
- Pembaca Berita
- Pembina Kandungan Berita
- Jurugambar Penulis/Kewartawanan Foto
- Penyunting
- Pengurus Acara
- Penganalisis Media
- Wartawan Penyiaran
No comments:
Post a Comment
Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!