Apa itu Perhubungan Awam?
Perhubungan
Awam adalah suatu usaha pengurusan yang sistematik, terancang dan
berterusan bagi menjalin dan mengekalkan persefahaman antara sesebuah
organisasi dengan masyarakat. Sama ada secara sedar atau tidak,
perhubungan awam diamalkan oleh semua organisasi perniagaan dan
badan-badan tidak berorientasikan perniagaan.
Diploma
Perhubungan Awam adalah program yang disediakan kepada para
pelajar dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai amalan perhubungan
awam dalam organisasi moden. Program ini juga menyediakan para pelajar
dengan segala teori dan keberkesanan amalan perhubungan awam. Kursus ini
akan membantu para pelajar untuk memahami peranan seseorang pegawai
perhubungan awam dan bagaimana fungsinya dalam sesebuah organisasi dan
juga keperluan memahami aspek-aspek pengurusan dan keluasan skop amalan
perhubungan awam.
- Individu yang cepat mesra dan sering bergaul dengan masyarakat
- Mempunyai minat terhadap kerja-kerja komuniti dan persekitaran
- Penyampai Awam untuk melahirkan gaya bahasa dan penulisan media yang berkesan
- Suka cabaran dan bersedia berhadapan dalam pelbagai situasi dan kesukaran
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Konsep dan Prinsip Perhubungan Awam
- Pengenalan kepada teori asas perhubungan awam
- Prinsip dan kaedah amalan perhubungan awam
- Skop asas seperti sosial, tingkah laku, psikologi, etika, ekonomi dan politik
Perhubungan Media dan Persekitaran Media Massa
- Kefahaman asas komunikasi pemasaran dan objektif pengiklanan
- Kenal pasti tentang objektif, strategi dan taktik media massa
- Menilai sasaran, strategi media dan media-media alternatif
Teknik Pengucapan dan Kemahiran Penulisan Perhubungan Awam
- Mendedahkan pelajar dengan situasi sebenar dan maklumbalas bila berhadapan dengan masyarakat
- Melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengalaman penulisan perhubungan awam
- Membantu meningkatkan pengucapan dan penulisan awam secara interaktif
Pengurus Acara
- Mempelajari kepimpinan, perancangan dan pengurusan acara
- Mengaplikasi teori dan kemahiran dalam pelaksanaan kempen perhubungan awam dan korporat, serta perlancaran produk dan perkhidmatan
Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Industri Periklanan dan Pemasaran- Industri Kewangan dan Perbankan
- Industri Perkhidmatan
- Industri Media
- Komunikasi Korporat
- Sektor Kerajaan
- Pertubuhan Bukan Kerajaan
- Pertubuhan Bukan Mencari Keuntungan
- Komunikasi Korporat
- Sektor Kerajaan
- Pertubuhan Bukan Kerajaan
- Pertubuhan Bukan Mencari Keuntungan
Peluang pekerjaan sebagai:
- Pengurus Acara- Penulis Kreatif
- Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan
- Pengurus / Koordinator Pemasaran
- Pegawai Perhubungan Awam
- Pegawai Perhubungan Media
- Pegawai Komunikasi Korporat
- Pengurus Perhubungan Awam
- Eksekutif Komunikasi Pemasaran
- Pegawai Perhubungan Media
- Pegawai Komunikasi Korporat
- Pengurus Perhubungan Awam
- Eksekutif Komunikasi Pemasaran
thanks for the information hihi :)
ReplyDelete@eyra You r welcome.. thank you too for reading ^_^
ReplyDelete