Harry Potter - Golden Snitch

Tips - Meningkatkan Kemampuan Minda


Pernahkah korang mengalami keadaan ini apabila korang terserempak dengan seseorang di pasaraya ataupun di tengah jalan tetapi korang langsung tidak ingat nama mereka? Saya pasti, ia pernah berlaku kepada kita semua.

Walaupun otak kita merupakan komputer yang terhebat di planet ini, tetapi minda kita boleh expire. Kita tidak boleh menyalahkannya, itu sudah lumrah alam. Sebagai seorang manusia, kita banyak mengisikan pelbagai informasi ke dalam simpanan otak kita. Terdapat perkara yang bernilai dan diingati, perkara yang buruk dilupakan, sebahagiannya bermakna dan yang lainnya hanya sementara. Proses perlakuan minda ni memang tidak berkesudahan selagi kita masih hidup.

Tidak kira sekuat mana pun otak kita, ia memerlukan masa untuk berehat supaya ia untuk kekal tajam dan berfungsi dengan baik. Tidak memberikan masa kepada otak untuk berehat umpama seorang bodoh yang mengembara keseluruh Parking lot kerana mereka lupa tempat mereka meletakkan kenderaan. Adakah korang pernah menjadi orang itu?

Berikut adalah beberapa perkara yang korang boleh mula lakukan untuk meningkatkan kekuatan Minda korang.

1. Makan Buah Badam (Almond)
Buah Badam dipercayai dapat membantu meningkatkan daya ingatan. Jika kombinasi minyak badam dan susu yang diambil bersama-sama sebelum tidur atau selepas bangun pada pagi, ia menguatkan daya ingatan kita. Susu badam disediakan dengan menghancurkan badam tanpa kulit luar dan menambah air susu dan sedikit gula.

2. Minum jus epal
Pengambilan jus epal meningkatkan pengeluaran asetilkolin yang merupakan zat kimia penting dalam meransang saraf otak, memberikan kuasa meningkatkan daya ingatan.

3. Tidur dengan lena
Penyelidikan menunjukkan bahawa memori jangka panjang disatukan semasa tidur dengan memutar kembali imej pengalaman harian. Semasa kita tidur minda separa sedar akan membuat rakaman kembali untuk menyimpan imej-imej dan maklumat yang diperolehi sewaktu kita sedar.

4. Hidup tanpa tekanan
Tekanan menyebabkan minda menjadi lemah. Ia juga menyebabkan banyak perkara penting yang disimpan dalam fikiran selama ini hilang dan meninggalkan kita yang berada dalam keadaan minda yang lemah. Biasakan diri untuk melibatkan diri dengan aktiviti riadah yang menyeronokkan untuk menghilang tekanan pada minda kita. Antara perkara yang kita boleh lakukan untuk menghilangkan tekanan ialah :
  • Mendengar musik kegemaran
  • Bermain dengan anak-anak / rakan-rakan
  • Menghargai orang lain
  • Berjoging beberapa kilometer sehari, Berbasikal ataupun berenang
  • Memulakan Blog <-- Blog moleh mengasah minda :D
5. Berpuasa
Berpuasa sememang sangat baik untuk badan kita jila dilakukan dengan betul. Puasa boleh membersihkan dan menyahtoksin badan kita. Memakan Makanan yang terlalu berat bukan sahaja menyebabkan tekanan pada sistem penghadaman kita tetapi juga dalam minda kita. Berpuasa juga boleh meredakan penyakit emosi seperti marah, sedih, risau, dan ketakutan. Dengan berpuasa, ia bukan sahaja menjauhkan kita daripada penyakit emosi malah ia boleh membantu meningkatkan tumpuan, kreativiti, dan ingatan (Kerana sentiasa ingat waktu berbuka? :D).

6. Melatih minda
Latihan fizikal adalah penting untuk menjadikan badan kita yang kuat, sihat dan cergas. Melatih minda tidak kurang juga pentingnya untuk membuatkan minda menjadi tajam dan aktif. Adakah korang perasan bahawa kanak-kanak mempunyai kuasa otak jauh lebih hebat daripada orang dewasa? Kanak-kanak mempunyai minda yang suka bermain. Minda yang suka bermain mempamerkan kuasa mengingat yang sangat kuat. Libatkan diri dalam beberapa aktiviti yang memerlukan minda anda untuk kekal aktif dan suka bermain. Antara aktiviti yang boleh dilakukan :
  • Melengkapkan teka-teki silang kata
  • Melengkapkan SUDOKU
  • Berinteraksi dengan orang lain
  • Memulakan hobi baru seperti Blogging, membaca, dan melukis
  • Belajar kemahiran baru ataumempelajari bahasa
7. Mengurangkan pengambilan gula
Gula adalah bukan makanan. Ia adalah satu bentuk karbohidrat yang hanya memberikan sedikit tenaga, dan boleh menyebabkan kelelahan. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan gejala neurotik (ganguan pada urat saraf). Gula yang berlebihan boleh menyebabkan badan cepat terkejut dan menghilangkan daya ingatan dan lain-lain gangguan saraf. Makanlah makanan yang mengandungi kurang gula dan jauhkan diri daripada minuman manis atau penggunaan kafein dengan gula yang berlebihan.

9. Makan gandum
Gandum mengandungi lesitin. Lesitin membantu meringankan masalah pengerasan arteri, yang seringkali menjejaskan fungsi otak.

10. Makan hidangan ringan pada waktu malam
Makanan berat pada waktu malam menyebabkan keresahan dan tekanan emosi yang berpanjangan pada waktu tidur. Ia adalah lebih bijak untuk makan berat pada waktu siang apabila tubuh badan kita sedang aktif bekerja. Makan makanan ringan dengan beberapa buah-buahan membolehkan kita tidur dengan lena. Tidur malam yang baik boleh menguatkan minda kita.

Terima Kasih kerana membaca ^^

Smile :D



2 comments:

  1. nice info!! :)
    btw, mcm mane buat effect cursor tu ea bile hover kat link die jadi glimmer :) ?

    ReplyDelete
  2. Dah ada tutorial ^^ boleh lawat di sini --> http://www.khaiangel.com/2012/08/tutorial-membuatkan-link-berkelipan.html

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved