Apa itu Reka Bentuk Dalaman?
Rekabentuk
dalaman merupakan salah satu disiplin ilmu yang menggabungkan seni
kreativiti dan teknikal, berfungsi sebagai solusi kepada sesuatu ruang
dalaman sesebuah bangunan atau binaan. Solusi terhadap penggunaan ruang
ini meningkatkan kualiti hidup, roduktiviti dan budaya para penghuni di
samping menitikberatkan nilai-nilai estetika berpandukan konsep-konsep
senibina tertentu. Setiap rekabentuk yang dihasilkan perlu memenuhi
tuntutan keperluan fungsi ruang tersebut. Hampir setiap daripada kita
terlibat secara langsung dalam konteks ruangan dalaman. Rekabentuk
dalaman melibatkan hampir semua kriteria bangunan termasuk hotel,
pejabat, sekolah, rumah kediaman, kedai, restoran, teater dan terminal
lapangan terbang.
Diploma
Rekabentuk Dalaman (Interior Design) menawarkan
penyelidikan proses Rekabentuk dalaman dengan pendedahan terhadap konsep
dan teknologi terkini. Anda berpeluang merealisasikan imaginasi kreatif
dan berinovasi dalam mencipta persekitaran alambina mampan lestari.
Antara komponen proses rekabentuk tersebut termasuklah susunatur solusi
ruang, analisis faktor psikologi dan fisiologi manusia, pengetahuan
teknikal seperti melakar, memplot lukisan terperinci dan perspektif,
teknik-teknik pencahayaan, warna, erabot dan bahan kemasan.
Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Program Diploma Rekaan Dalaman (Interior Design) ini sesuai bagi individu yang:-
Program Diploma Rekaan Dalaman (Interior Design) ini sesuai bagi individu yang:-
- Kreatif dan kritis yang berdaya saing tinggi serta menggemari cabaran.
- Gemar melakukan kerja-kerja berpasukan
- Minat melukis, minda pencari idea-idea bernas
- Kecenderungan terhadap meningkatkan kualiti persekitaran secara fizikal dan mental
- Mereka yang mencintai kecantikan dan keindahan
- Personaliti ceria, gemar berinteraksi dan berimaginasi.
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Perancang ruang & prinsip rekabentuk
- Solusi Ruang
- Proses Rekabentuk
- Prinsip utama Rekabentuk
- Memahami prinsip Rekabentuk
- Mengaplikasi prinsip rekabentuk kepada Prinsip Kerja
Penghasilan lukisan terperinci
- Skill melukis
- Skill aplikasi AutoCAD
- Skill Membaca & Memahami Dokumen dan Lukisan Senibina
- Skill Persembahan
Lakaran dan Ilustrasi Lukisan
- Lukisan Manual
-Kreativiti Visual
Skill Keusahawanan Profesional
- Portfolio
- Komunikasi
- Penyelidikan
- Konsep dan kreativiti
- Bekerja berpasukan
Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang mencaburi pelbagai industri seperti:-
- Firma Rekabentuk Dalaman
- Firma Kontraktor
- Muzium
- Kompleks Komersial
- Firma Pembuatan Bahan Binaan
- Bidang Akademik
Peluang pekerjaan sebagai:-
- Pembantu Perekabentuk Dalaman
- Pembantu Jururunding Rekabentuk, Perunding Warna & Bahan Kemasan Binaan
- Penyelia Tapak Binaan, Pelukis Pelan, Pelukis Ilustrasi
- Pembantu Pengurus Projek
- Pereka Ruang Pameran dan Diorama
- Pereka Tema dan Kiosk, Pereka Pentas dan Teater
- Perekabentuk Perabot dan dapur, Produk Assesori Bangunan
- Tutor Senilukis,Penolong Pensyarah bidang berkaitan.