Harry Potter - Golden Snitch

Kepentingan Mempelajari Bahasa English



Adakah Bahasa English penting?

Jawapannya adalah YA! Belajar dan menguasai Bahasa English adalah sangat penting pada zaman sekarang. Siapakah yang berani menyangkal pernyataan ini?

Mahu ataupun tidak mahu tiada pilihan, korang mesti pilih mahu. Bahasa English merupakan salah satu bahasa yang wajib untuk dikuasai bagi memastikan kita dapat bersaing dalam dunia pekerjaan ataupun perniagaan. Ok, di sini Khai akan senaraikan beberapa kepentingan utama, mengapa mempelajari dan menguasai Bahasa English itu sangat penting.

Antara Kepentingan menguasai Bahasa English :

1. Bahasa English merupakan bahasa utama dalam mencari pekerjaan dan juga dalam bidang perniagaan.

Rasanya, belum pernah dengar lagi ada majikan yang menggunakan bahasa melayu untuk interview calon pekerja mereka.Kalau ada memang korang sangatlah bertuah (Korang boleh goreng jer soalan-soalan yang diberikan) hehehe. Dalam perniagaan pula, tanpa mempunyai pengetahuan berbahasa english, adalah mustahil untuk menembusi pasaran global.

2. Bahasa English merupakan bahasa ilmu pengetahuan.

Majoriti buku-buku teks dan bahan rujukan yang digunakan oleh mahasiswa dan mahasiswi universiti di peringkat diploma mahupun Ijazah adalah berbahasa English. (Melainkan kursus-kursus yang memang menggunakan bahasa melayu seperti, Sejarah Melayu, Hubungan Etnik, dan Bahasa Melayu). Apatah lagi sekirangnya melanjutkan pelajaran hingga ke tahap Master ataupun PHD.

3. Bahasa English merupakan bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet.

Laman-laman web utama dunia seperti, Facebook, Twitter, MySpace, YouTube, Google, Yahoo, Bing, MSN, semuanya menggunakan bahasa english. Dengan menguasai bahasa English, kita boleh memaksimakan input yang kita perolehi melalui informasi yang kita cari secara online.

4. Bahasa English merupakan Bahasa Antarabangsa.

Penguasaan bahasa Inggeris membolehkan kita mempunyai hubungan yang lebih luas. Kita tidak hanya tersekat di dalam negara sahaja, malah kita boleh merkomunikasi dengan seluruh dunia.

Masih telum terlambat untuk bermula

Ianya masih belum terlambat untuk mula belajar, kerana proses pembelajaran manusia adalah berterusan sehingga akhir hayat. Memgapa tidak? bermulalah dari sekarang. Kini terdapat pelbagai cara untuk mempelajari bahasa English. Tidak hanya terhad di di dalam kelas sahaja, malah boleh mempelajari bahasa English melalui, Video, Movie, Music, secara Online dan banyak lagi cara. Ia hanya menunggu korang, sama-ada mahu belajar ataupun tidak mahu, semua pilihan ada dalam tangan masing-masing

Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Bagi ibubapa di luar sana, kini terdapat satu platform pembelajaran secara online. Kanak-kanak yang berusia 3-8 tahun kini sudah boleh mempelajari dan menguasai bahasa English. Ianya adalah menarik, dan sudah pasti akan digemari oleh anak-anak. Korang boleh Klik SINI untuk mendapatkan info yang lebih lanjut. Di samping memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak, ibubapa juga boleh menjanakan pendapatan sampingan :)

Peace and Smile :D

Tutorial Blog

Belajar English Bersama Roony And Pals


Roony and Pals

Pengenalan Mengenai Roony and pals

Dibawakan kepada anda oleh syarikat tempatan Creative Dreams International (CDI), memberikan kuasa platform pembelajaran Bahasa Inggeris secara online, "Roony and Pals". Lengkap dengan Boneka dan Animasi 2D untuk kanak-kanak berusia dari 3-8 tahun. CDI menyediakan satu medium yang kukuh bagi pelajar mengekspresikan diri dan mula meneroka pelbagai komponen bahasa Inggeris.

"Roony and pals" bertujuan untuk meningkatkan taraf Bahasa Inggeris kepada anak-anak tempatan dan seluruh dunia melalui sebuah portal web pembelajaran antarabangsa.

Era Webucation mencadangkan, ibu bapa semakin sedar akan kepentingan pembelajaran secara online mengunakan web, yang sedang diperkenalkan ke dalam rutin pembelajaran harian, bercakap, mendengar, membaca dan menulis. E-pembelajaran mencadangkan satu pengalaman yang baru dalam pembelajaran berkenaan dengan audio, video, ilustrasi, warna, gambar rajah dan usul seperti mana yang kanak-kanak suka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pertuturan dalam Bahasa Inggeris digunakan dalam kerjaya yang terbaik, universiti terbaik, dan semakin banyak digunakan dalam temuduga kerja. Ibu bapa kini boleh mula mendedahkan anak-anak melalui portal pendidikan yang CDI janjikan boleh menyediakan mereka bagi masa depan yang menguntungkan. Tiada siapa yang perlu yakin tentang kepentingan bahasa Inggeris, sama ada bercakap atau menulis. Namun  demikian, pelaburan dalam pendidikan sentiasa memberikan faedah yang terbaik. Pendedahan awal yang betul dalam bahasa Inggeris menjamin masa depan dan pendidikan anak-anak anda yang cerah.

Dengan ini, Creative Dreams International memulakan misi untuk memberikan anda yang terbaik dalam pembelajaran Bahasa Inggeris secara online.

Kejayaan Anda, Pencapaian kami.

About Roony and Pals

Roony and Pals

Brought to you by a local company, we unleash the power of online English learning platform, "Roony and Pals". Complete with Puppets and 2D Animation for your children ranging from 3-8 years old. We provide a solid medium for students to use to express themselves and begin to explore the various components of the English language.

"Roony and Pals" is aimed to uplift the English standard with respect to the children locally and worldwide through an international web-learning portal.

As the Webucation era suggests, parents are getting more aware of the significance of web-learning which is being introduced into daily learning routines, be it speaking, listening, reading and writing. E-learning suggests an entirely new experience in learning with respect to audio, video, illustration, colors, diagrams and motions- just like how kids would love them at anytime and anywhere.

Spoken English is used in the best careers, the best universities, and is increasingly being used at job interviews. Parents can now embark on exposing their children through our promising learning portal to prepare them for a lucrative future. No one needs to be convinced on the importance on English, be it speaking or writing. An investment in knowledge pays the best interest. Early and proper exposure in English promises your kids' future and education.

With this in mind, Creative Dreams International embarks on a mission to bring you the best of English learning via online.

Your Success, Our Achievement.

Belajar English secara online -Roony and Pals

Tutorial Blog

Konflik Antara Cinta Dan Wang - My Story


Konflik Antara Cinta Dan Wang

Hakikatnya, kita tidak mampu untuk memiliki segala-galanya dalam kehidupan ini. Kita seharusnya tahu keutamaan kita masing-masing. Saya telah melihat dan membaca bagaimana kebanyakan orang menyenaraikan keutamaan mereka, dan di antara banyak perkara, tanpa disedari, Cinta dan Karier berada di tempat yang pertama ataupun yang kedua.

Karier membantu kita untuk menjana kewangan, membantu untuk membeli rumah impian, kereta, pakaian, gadgets dan aksesori, tidak lupa juga yang paling penting iaitu makanan. Cinta, sebaliknya lebih merujuk kepada sudut emosi diri masing-masing. Atas sebap-sebap tertentu, Cinta merupakan suatu yang sangat penting, perlu ada untuk memenuhi kehendak peribadi. Namun, Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya konflik antara Cinta dan Wang? Mana satukan yang akan menjadi keutamaan apabila tidak mampu untuk miliki kedua-duanya pada masa yang sama?

Soalan ini sentiasa bermain dalam minda, dan telah berlegar-legar dalam pemikiran sejak akhir-akhir ini. Sememangnya, ia adalah sukar untuk memilih satu diantara kedua-duanya kerana selama ini saya fikirkan kepentingan mereka adalah sama penting. Kini saya sedar, kepentingan di antara Cinta dan Karier berubah mengikut arus peningkatan usia. Perubahan sedikit demi sedikit menjadi matang setiap tahun, Cinta dirasakan lebih ringan daripada Wang.

Konflik Antara Cinta Dan Wang


Di sini Khai ingin menceritakan secara ringkas serba sedikit kisah hidup seorang rakan Khai, Avii (Bukan nama sebenar) untuk menjelaskan dengan lebih lanjut perbincangan mengenai konflik antara cinta dan wang ini.

Pada umur remaja, antara 15-21 tahun, Avii merupakan seorang yang sangat mengidamkan cinta seorang lelaki. Tidak dapat tidur tanpa memikirkan jejaka idamannya. Tidak dapat melihat dirinya melakukan perkara yang dilakukannya tanpa memikirkan apa reaksi lelaki yang mencuri hatinya. Dalam peringkat umur ini, Cinta lebih penting jika dibandingkan dengan wang. 

Tempoh kematangan Avii bermula setelah mencapai umur 22-25. Dia telah mula memikirkan tanggungjawap terhadap keluarga, adik beradik dan orang sekelilingnya. Namun, cinta masih menjadi keperluan, yang mendorongnya untuk terus berjaya dalam pengajiannya. Avii juga menyedari kepentingan wang untuk meneruskan perjalanan hidup, membantu keluarga, adik beradik dan juga perbelanjaan diri sendiri. Dalam peringkat ini, Cinta dan Wang adalah sama penting.

Sekarang, Avii telah mencapai umur 26 tahun, dan berasa kecewa kerana impian yang selama ini di agung-agungkan hampir pupus. Avii segera bertindak, berusaha untuk berada di landasan asal mengejar impiannya. Gaya kerja telah berubah, berjam-jam di pejabat, mengambil beberapa kerja sampingan lain, masa rehat menjadi singkat, kurang masa untuk keluar bersama dengan rakan-rakan dan banyak lagi, untuk memastikan dia mempunyai rumah, kereta, wang simpanan. Manakah cinta berada? ianya tidak kelihatan, malah tidak tersenaraipun dalam keperluan harian. Dalam Peringkat ini Wang mengatasi Cinta dari segi kepentingan, bukan setakat itu sahaja, malah ia perlahan-lahan menolak Cinta pergi.

Tamat cerita mengenai Avii :)

Konflik Antara Cinta Dan Wang

Kini berbalik semula kepada persoalan sebelumnya, Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya konflik antara Cinta dan Wang? Mana satukan yang akan menjadi keutamaan apabila tidak mampu untuk miliki kedua-duanya pada masa yang sama?

Besar kemungkinan jawapan yang akan korang bagi adalah sama dengan jawapan Khai iaitu wang. Korang setuju? Tak Setuju? Tak apa.. Setuju atau tidak setuju, korang boleh tinggalkan komen di bawah ^^

Peace~ and Smile :)


Random Quote : Now that money comes first. Where is the love?..(It goes to money la u dumb :D - Troll)
Tutorial Blog

Love VS Career 1 - My Story


Cinta VS Wang

Sejak akhir-akhir ni, fikiran sangat stress banyak benda yang berlaku secara tiba-tiba dan memang sangat mengejutkan. Perasaan Sedih, Marah dan Gembira berkumpul menjadi satu, membuatkan fikiran buntu. Ingin buat satu perkara pun tiada yang menjadi. Bak kata pepatah, Makan tak kenyang, mandi tak basah,, Korang rasa apa yang selalu dikaitkan dengan pepatah ini?? Rasanya tekaan korang memang betul, iaitu Cinta. Hahaha, tapi kurang tepat. Ianya adalah Career iaitu bidang pekerjaan @Sumber pendapatan.

Khai ada pelajari suatu benda yang paling beharga daripada seorang teman yang sangat rapat. Love VS Career mana yang paling penting?? Bagi Khai, jawapannya adalah Career, namun tidak dinafikan bahawa Love ini juga merupakan suatu yang penting untuk mendorong career kita. Love from God, family, kawan-kawan, saudara mara dan juga orang paling rapat di sekeliling kita. Perasaan kasih ini boleh membantu mendorong kita untuk terus maju kehadapan untuk mencapai segala apa yang kita impikan.

Cinta ini tidak terhad hanya kepada pasangan kekasih sahaja, ianya abstrak dan sangat luas. Bercakap mengenai cinta ini, adakah I Love you, You Love me cukup untuk membuktikan yang pasangan kekasih itu merupakan cinta sejati? mungkin bagi sesetengah orang jawapannya adalah ya. Namun jika difikirkan dengan teliti, Cinta sahaja tidak mencukupi untuk membuktikannya. Mengapa? Ok, cuba korang jawap soalan ini. Adakah setakat cinta sahaja, mampu untuk membeli beras? Adakah setakat cinta sahaja mampu untuk membahagiakan pasangan kita? rasanya Tidak.

Career ataupun pekerjaan yang tetap dalam hidup merupakan suatu yang diimpi-impikan oleh setiap individu. Tidak kira sama-ada masih di bangku sekolah mahupun yang dewasa. Career sangat penting untuk mencari sesuap nasi dan wang untuk perbelanjaan. Bagi lelaki di luar sana yang mempunyai kekasih, mampukan korang menyara kehidupan Isteri korang setelah berkahwin kelak? Adakah korang telah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga? bersedialah.

Cinta VS Wang

Bagi korang mana satu yang lebih penting, Adakah Cinta itu penting? ataupun Karier / Pekerjaan yang lebih penting?.. Ataupun kedua-duanya? ^^ Leave your comment.

Smile :)


Random Quote : Love is Love, Money is Money. You must get both, or else you'll lose one.




Tutorial Blog

Perubahan Trend Umur Untuk Bersara


Bagaimanakah Pendapatan Mempengaruhi Rancangan Untuk Bersara?


Terima kasih kepada insentif pencen. Ia memberikan duit poket yang percuma kepada sesiapa yang bersara dengan pencen. Namun berapa ramaikah orang yang mendapat pencen? Adakah pencen yang diperolehi cukup? dalam kes di negara Malaysia ramai pesara akan sambung bekerja selepas umur persaraan mereka. Segelintir daripada mereka menjadi angota keselamatan (Security) dan lainnya pula menjadi pemandu teksi sebagai contoh, hal ini memang sudah menjadi kebiasaan.

KWSP pula merupakan simpanan wang pekerja bagi kebanyakan pekerja swasta dan segelintir penjawat awam si Malaysia. Terdapat juga pekerja yang mahu bersara awal untuk mendapatkan keluruhan wang KWSP mereka untuk membuka perniagaan sendiri mahupun melakukan pelaburan. Namun kebanyakkannya, menunggu sehingga bersara untuk mendapatkannya. Persoalan yang sama, Adakah wang KWSP itu mencukupi untuk hidup dalam 20tahun lagi? 

Kebanyakan penganggur tidak mempunyai rancangan masa depan yang teratur. Ianya memang sukar untuk merancang masa depan tanpa mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Dalam kes di Negara Malaysia, Kadar pengangguran di Malaysia setakat ini adalah 3.0% boleh dikatakan diantara kadar pengangguran yang rendah berbanding dengan negara-negara yang lain. Manakala 65.1% pula sedang bekerja samaada sepenuh masa ataupun separuh masa, dan 31.9% pula adalah terlalu muda/tua, ataupun tidak boleh bekerja atas sebap-sebap tertentu. (Sumber)

Menurut SurverCompare pula, ia menunjukkan bahawa pekerja yang bekerja sepenuh masa tidak yakin untuk bersara lebih awal berbanding dengan yang bekerja separuh masa, dan mereka lebih tidak yakin jika dibandingkan dengan responden yang menganggur.

Satu hal yang mengejutkan pula, Pekerja yang berpendapatan tinggi - mereka yang berkebolehan untuk bersara lebih awal - tidak mempunyai niat untuk bersara.


Mengapa Terdapat orang yang tidak mahu bersara?


SurveyCompare mendapati bahawa, 41.5% Teruskan bekerja atas sebap kewangan. 25% tidak bercadang untuk bersara atas sebap-sebap peribadi termasuklah pelaburan keluarga. Sekitar 10% bagi setiap sebab-sebab berikut: interaksi sosial, untuk meneruskan kemahiran mereka, atau untuk mengelakkan genangan peribadi.  Melalui data ini, kita boleh dapati bahawa, lebih ramai orang yang menganggap bahawa persaraan merupakan satu kebimbangan mereka bukan sebagi keselamatan.


Lebih ramai Wanita yang tidak pasti berbanding Lelaki (Setakat ini)


Kajian yang dijalankan oleh SurveyCompare memdedahkan bahawa terdapat perbezaan di antara jantina terhadap apa yang mereka harapkan di masa hadapan : Wanita dikatakan kurang berminat berbanding dengan lelaki yang menjangkakan mereka akan bersara pada umur persaraan. Menurut SurveyCompare 24% lelaki setuju untuk bersara pada umur persaraan, manakala wanita hanya 18.9%. Berapa ramai pekerja yang masih belum pasti bila masa untuk mereka bersara? 32.4% antaranya adalah lelaki, manakala wanita sebanyak 41.6%. ( Kajian yang dijalankan oleh SurveyCompare - Apakah yang dirasakan oleh modern Britain mengenai Persaraan, melalui interview 2000 responden dari pelbagai peringkat umur)

Nota : Kajian yang Dijalankan oleh SurveyCompare dijalankan di Britain. Artikel ini hanya mengambil idea daripada kajian tersebut.

Sila rujuk InfoGrafik Di Bawah untuk Penerangan yang lebih Menarik mengenai kajian yang dijalankan oleh SurveyCompare.


Laporan Asal : SurveyCompare.net

Tutorial Blog

Sambung Belajar Di Cosmopoint Kota Kinabalu

Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Diploma di Cosmopoint Kota Kinabalu!

Pendaftaran pelajar baru Cosmopoint Kota Kinabalu kini dibuka sekarang. 
Cosmopoint Kota Kinabalu terletak di  Menara MAA, Level 4, No 6 Lorong Api-Api 1, 88100 Kota Kinabalu, dan di Wisma Times, No.2 1km, Jln Tuaran Bypass, 88450 Kota Kinabalu.

Cosmopoint Kota Kinabalu menawarkan 20 program diploma iaitu Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Seni Kulinari, Diploma Seni Pastri, Diploma Aplikasi Multimedia, Diploma Rekabentuk Grafik Komputer, Diploma Senireka Fesyen, Diploma Penyiaran & Filem, Diploma Kewartawanan, Diploma Perhubungan Awam, Diploma Seni Bina, Diploma Interior Design, Diploma Perakaunan, Diploma E-Perniagaan, Diploma E-Kesetiausahaan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Jualan & Pemasaran, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Teknologi Telekomunikasi , Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

Ditubuhkan pada tahun 1991, Cosmopoint College of Technology bermula 1 majikan dan 2 orang pekerja sahaja. Dengan perkhidmatan awal sebagai sebuah pusat latihan IT, pusat itu berkembang pesat sejak sedekad yang lalu. Melepasi ujian masa, kualiti dan perkhidmatan, Cosmopoint College of Technology telah berjaya menjadi sebagai salah satu perintis syarikat IT dan institusi di negara ini. Permulaannya sebagai pusat latihan yang tidak seberapa kepada institusi dengan kampus di seluruh negara, Cosmopoint College of Technology telah memenuhi keperluan negara kita untuk pekerja yang sangat mahir IT.

Cosmopoint College of Technology telah dijana dan berterusan untuk menghasilkan kualiti tenaga kerja IT. Sehingga kini Kolej Cosmopoint Teknologi telah melahirkan lebih 5500 graduan dan melatih 10,000 individu setahun. Selaras dengan janji untuk melebihi jangkaan pelanggan,  Cosmopoint College of Technology konsisten mengkaji dan menaik taraf kursus untuk memenuhi tahap keperluan industri.

Mengembangkan sayapnya di Malaysia Timur, Cosmopoint Kota Kinabalu kampus bermula pada November 2001. Sebagai edisi 12, Cosmopoint Kota Kinabalu terus menjadi tradisi pendidikan berkualiti kepada masyarakat Sabah. Cosmopoint Cawangan Kota Kinabalu-1 yang strategik terletak di Aras 4, Menara MAA, Kota Kinabalu, terletak dalam jarak 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Salah satu ciri-ciri yang dibuat Cosmopoint Kota Kinabalu merupakan tempat yang ideal adalah bahawa ia mempunyai akses mudah untuk pengangkutan awam. Terdapat kompleks membeli-belah, klinik, restoran, rantaian makanan segera, kedai-kedai mudah, hotel dan resort.

"Graduan Cosmopoint College of Technology dijamin untuk masuk terus ke KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITI (KLMUC) bagi program ijazah."

10 sebab mengapa anda perlu memilih Cosmopoint Kota Kinabalu!

  1. Sebuah organisasi yang kuat dengan rangkaian di seluruh negara.
  2. Diiktiraf oleh MQA dan JPA
  3. Penerima anugerah kebangsaan termasuk Status MSC dan Anugerah Enterprise 50.
  4. Cosmopoint Kota Kinabalu menyediakan kemudahan terlebih dahulu dan persekitaran kampus yang kondusif.
  5. Sukatan pelajaran mengikuti trend industri di Cosmopoint Kota Kinabalu
  6. Mendedahkan pelajar kepada aplikasi perisian terkini yang digunakan oleh industri-industri seperti Adobe Macromedia dan Microsoft.
  7. Berdasarkan sistem pendidikan antarabangsa dan penekanan kepada kemahiran praktikal.
  8. Graduan Cosmopoint Kota Kinabalu  dijamin untuk terus masuk ke KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITI (KLMUC) dan peluang tinggi untuk ke IPTS lain, IPTA dan universiti luar negara.
  9. Bantuan kewangan daripada institusi kewangan, MARA, PTPTN dan yayasan negeri.
  10. Lebih daripada 90% graduan bekerja selepas tamat pengajian.

Key News
Ekuinas Expands its Education Portfolio with Investment in Cosmopoint Group

KUALA LUMPUR, 2 April 2012: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), the government-linked private equity fund management company, is pleased to announce it has completed an acquisition of a 90% stake in Bumiputera-owned Cosmopoint Sdn Bhd (Cosmopoint Group), for a total investment of RM246 million. Cosmopoint Group currently owns and operates KL Metropolitan University College (KLMUC) and Cosmopoint International College of Technology (CICT), a fast growing education group within the Malaysian private education sector with more than 11,000 students across seven faculties.

Founded by Dato’ Idrus Mohd Satha in 1991, Cosmopoint Group has displayed a strong track record of delivering revenue and earnings growth. Over the years, the Group’s revenue and earnings have grown strongly with audited revenue and earnings for the financial year ended 31 December 2010 reaching RM107 million and RM33 million respectively.

From the first Cosmopoint IT training and education centre in Kuala Lumpur, the business has grown into one of the largest Bumiputera private education groups which owns and operates KLMUC, a highly popular university college in Kuala Lumpur, and CICT which has more than 13 centres nationwide, offering up to 40 different diploma and degree courses in various disciplines including business management, art and design, tourism and hospitality, engineering and IT. Post Ekuinas’ investment, Dato’ Idrus will remain as a minority shareholder and continue to provide leadership over the business as it enters the next level of growth.

Key highlights
Ekuinas acquires a 90% stake in Bumiputera-owned Cosmopoint Sdn Bhd (Cosmopoint Group), which owns and operates KL Metropolitan University College (KLMUC) and Cosmopoint International College of Technology (CICT).

The acquisition sees Ekuinas investing in a fast growing education group with high potential within the dynamic and expanding Malaysian Private Education Industry to preserve and enhance Bumiputera participation within the sector.

The investment also provides a platform for Ekuinas to further expand its education portfolio to five complementary institutions with a combined student population of almost 20,000 and uniquely positions Ekuinas to establish a leading Malaysian education conglomerate of the future.

Melanjutkan Pelajaran ke peringkat diploma di Cosmopoint Kota Kinabalu!"

Cosmopoint Kota Kinabalu sangat mengalu-alukan semua pelajar untuk merebut peluang keemasan ini untuk belajar di Cosmopoint Kota Kinabalu untuk akademik dan kemajuan kerjaya masa depan. Tunggu apa lagi? Daftar sekarang di Cosmopoint Kota Kinabalu! Khidmat nasihat pendidikan diberi percuma.

Tags : Cosmopoint Kota Kinabalu, Cosmopoint Sabah, Cosmopoint, Diploma Cosmopoint, KLMU, KLMU Sabah, Diploma KLMU, Pendaftaran Cosmopoint Kota Kinabalu, Pendaftaran Cosmopoint Sabah, Pendaftaran KLMU, Pendaftaran Online Cosmopoint
Tutorial Blog
Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved