Harry Potter - Golden Snitch

Belajar English Bersama Roony And Pals


Roony and Pals

Pengenalan Mengenai Roony and pals

Dibawakan kepada anda oleh syarikat tempatan Creative Dreams International (CDI), memberikan kuasa platform pembelajaran Bahasa Inggeris secara online, "Roony and Pals". Lengkap dengan Boneka dan Animasi 2D untuk kanak-kanak berusia dari 3-8 tahun. CDI menyediakan satu medium yang kukuh bagi pelajar mengekspresikan diri dan mula meneroka pelbagai komponen bahasa Inggeris.

"Roony and pals" bertujuan untuk meningkatkan taraf Bahasa Inggeris kepada anak-anak tempatan dan seluruh dunia melalui sebuah portal web pembelajaran antarabangsa.

Era Webucation mencadangkan, ibu bapa semakin sedar akan kepentingan pembelajaran secara online mengunakan web, yang sedang diperkenalkan ke dalam rutin pembelajaran harian, bercakap, mendengar, membaca dan menulis. E-pembelajaran mencadangkan satu pengalaman yang baru dalam pembelajaran berkenaan dengan audio, video, ilustrasi, warna, gambar rajah dan usul seperti mana yang kanak-kanak suka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pertuturan dalam Bahasa Inggeris digunakan dalam kerjaya yang terbaik, universiti terbaik, dan semakin banyak digunakan dalam temuduga kerja. Ibu bapa kini boleh mula mendedahkan anak-anak melalui portal pendidikan yang CDI janjikan boleh menyediakan mereka bagi masa depan yang menguntungkan. Tiada siapa yang perlu yakin tentang kepentingan bahasa Inggeris, sama ada bercakap atau menulis. Namun  demikian, pelaburan dalam pendidikan sentiasa memberikan faedah yang terbaik. Pendedahan awal yang betul dalam bahasa Inggeris menjamin masa depan dan pendidikan anak-anak anda yang cerah.

Dengan ini, Creative Dreams International memulakan misi untuk memberikan anda yang terbaik dalam pembelajaran Bahasa Inggeris secara online.

Kejayaan Anda, Pencapaian kami.

About Roony and Pals

Roony and Pals

Brought to you by a local company, we unleash the power of online English learning platform, "Roony and Pals". Complete with Puppets and 2D Animation for your children ranging from 3-8 years old. We provide a solid medium for students to use to express themselves and begin to explore the various components of the English language.

"Roony and Pals" is aimed to uplift the English standard with respect to the children locally and worldwide through an international web-learning portal.

As the Webucation era suggests, parents are getting more aware of the significance of web-learning which is being introduced into daily learning routines, be it speaking, listening, reading and writing. E-learning suggests an entirely new experience in learning with respect to audio, video, illustration, colors, diagrams and motions- just like how kids would love them at anytime and anywhere.

Spoken English is used in the best careers, the best universities, and is increasingly being used at job interviews. Parents can now embark on exposing their children through our promising learning portal to prepare them for a lucrative future. No one needs to be convinced on the importance on English, be it speaking or writing. An investment in knowledge pays the best interest. Early and proper exposure in English promises your kids' future and education.

With this in mind, Creative Dreams International embarks on a mission to bring you the best of English learning via online.

Your Success, Our Achievement.

Belajar English secara online -Roony and Pals

Tutorial Blog

Info - Pembelajaran Cara Tradisional


Sebelum Program Fokus A dibuat, PELAJAR Sentiasa:


1. Terbeban dan bosan dengan cara pembelajaran konvensional.
Pendidikan online lengkap Fokus A

2. Tiada motivasi untuk cemerlang
Fokus A meningkatkan Motivasi pelajar untuk cemerlang

3. Tidak mempunyai minat untuk membaca dan membuat latihan
Fokus A meningkatkan minat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh
4. Letih kerana mempunyai terlalu banyak kelas tiusen.
Fokus A boleh digunakan 24jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun

5. Sering menghabiskan banyak masa dengan komputer, berbual, bermain game dan melawat laman web tidak sesuai
Fokus A melengkapkan pelajar dengan permainan online (Online games)

Dengan pergerakan dunia masa kini yang kian mencabar dan jadual kerja yang sibuk, IBU BAPA menghadapi masalah seperti:

1. Tidak mampu untuk menilai kemajuan akademik anak-anak
Fokus A membantu ibu bapa memantau pembelajaran anak-anak

2. Terlalu sibuk memantau atau menyelia semakan kerja rumah anak-anak
Fokus A mempunyai sistem jawapan secara automatik untuk semua latihan

3. Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak-anak
Melalui Fokus A pelajar boleh cemerlang dalam akademik

4. Membelanjakan wang yang diperolehi dengan sukar tetapi gagal untuk mencapai keputusan yang diingini
Dengan kos yang sangat rendah, anak-anak boleh mencapai kecemerlangan akademik mereka

5. Interaksi yang terhad atau kurang tahu bagaimana untuk mendekati anak-anak
Fokus A menggalakkan hubungan erat antara ibubapa dan anak mereka

6. Anak-anak fobia dengan peperiksaan
Fokus A membantu pelajar menyediakan diri untuk peperiksaan

7. Kurang pasti dengan persediaan anak-anak menghadapi peperiksaan
Fokus A boleh membantu para ibubapa untuk memantau persediaan anak-anak menghadapi peperiksaan

8. Anak anda menghadapi tekanan peperiksaan yang tinggi yang memberi kesan negatif kepada tahap prestasi dan minat untuk belajar.
Fokus A membantu pelajar untuk sentiasa bersedia untuk menjawap soalan peperiksaan

Untuk mencapai kecemerlangan akademik, pelajar perlu mengaplikasikan kedua-dua kaedah pembelajaran Input dan Output.

Pembelajaran Input

Menghadiri kelas di sekolah, mendengar dan memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas adalah satu bentuk pembelajaran input.
Fokus A

Pembelajaran Output

Pembelajaran output pula adalah apabila pelajar mengamalkan dan mempraktikkan dengan sendiri apa yang telah dipelajari melalui pembelajaran dalam kelas.
Fokus A

Menjawap soalan dan membuat latihan dapat MENINGKAT MEMORI!

Cara tradisional pembelajaran output adalah melalui latihan daripada buku atau melalui soalan-soalan latihan. Tetapi kaedah ini mempunyai keberkesanan yang kurang berbanding dengan apa yang program Fokus A tawarkan.

Mengapakah pembelajaran output oleh buku ini adalah tidak cekap?
  1. Perlu untuk menanda jawapan dan periksa markah sendiri secara manual
  2. Tidak dapat mengulangi latihan yang telah dijawab (latihan telah ditandakan)
  3. Tidak mempunyai pengurusan masa menjawap soalan (disiplin masa sangat penting untuk meningkatkan tahap konfiden pelajar semasa peperiksaan)
  4. Terlalu banyak buku tetapi mempunyai soalan latihan yang terhad
  5. Tidak interaktif - pelajar mudah bosan 
  6. Terpaksa membelanjakan wang tambahan untuk membeli buku latihan baru dan soalan-soalan latihan dalam mata pelajaran yang berbeza setiap masa / minggu / bulan.
Dengan menggunakan program Fokus A, semua nota dan soalan di dalam buku ini dimuatkan dalam satu sistem tunggal dan boleh didapati secara online menggunakan sistem interaktif termasuk permainan pendidikan online untuk memastikan pelajar sentiasa mempunyai minat yang tinggi untuk belajar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Klik sini Fokus A.
Ataupun tinggalkan comment di bawah untuk sebarang pertanyaan.
Tutorial Blog

Biz - Peluang Perniagaan Sebagai Perintis Di Creative Dreams International

PELUANG DI CREATIVE DREAMS INTERNATIONAL


Creative Dreams International bukan sahaja menawarkan peluang untuk jutaan pelajar untuk mencapai gred yang cemerlang dalam ujian mereka, tetapi juga memberikan peluang sebagai perintis perniagaan antarabangsa dalam bidang "Webucations" kepada ibu bapa mereka untuk mencapai kebebasan kewangan melalui plan perniagaan yang unik.

Creative Dreams International merencanakan pencapaian sukses bagi anak murid dan juga ibu bapa melalui program e-pembelajaran (E-Learning) yang lengkap dengan input dan output pembelajaran bagi anak murid dan kaedah perniagaan yang unik dan menguntungkan ibu bapa serta mewujudkan mimpi menjadi reliti. Sebagaimana yang disampaikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada salah satu forum pendidikan beliau.

“Hari-Hari penyampaian melalui lisan dan kapur tulis sudah berlalu”. Hari ini kita telah beranjak ke era ICT dimana anak-anak kita perlu diperkenalkan kepada system teknologi tersebut dari usia kecil sehingga mereka bersedia untuk mengendalikan sistem ICT tersebut secara global dan dapat memberikan dan menjanjikan masa depan yang lebih cerah. Sistem program e-learning FOCUS-A akan menjadi keperluan pada setiap rumah dalam waktu yang singkat kerana program pembelajarannya yang lengkap dan terkini pasti dinanti-nantikan oleh setiap ibu bapa bagi anak-anak mereka. 

Tuisyen dalam keadaan yang selesa dan selamat, 
7 hari dalam seminggu, 365 hari dalam 1 tahun 
SETIAP MASA, DIMANA SAJA !!! 

KEKUATAN CREATIVE DREAMS
Creative Dreams International terdiri daripada ahli-ahli yang memiliki “Dream Team”. President Creative Dreams yang sangat komited pada permiagaan ini dan menjayakannya dengan penuh tenaga positif dan pemikiran positif dalam memimpin perusahaan ini untuk mencapai yang terbaik dalam waktu yang sangat singkat. Seorang CEO dengan pengalaman yang sangat tinggi dalam bidang perniagaan, bersemangat dan bertanggungjawab dalam membangunkan perniagaan ini bersama-sama. Falsafah mereka adalah “Sukses dan Kegagalan tergantung kepada usaha diri sendiri” Bergabunglah dengan kami dalam “Perjalanan Sukses Kami”.

Panel guru-guru yang menyadiakan platform pendidikan online e-learning iaitu Fokus A terdiri lebih dari 30 guru berkelayakan memiliki tanggung jawab untuk memberikan input dan output pelajaran-pelajaran yang ada dengan kualiti yang terbaik. Melengkapi kurikulum dari darjah 1 hingga tingkatan 5 dimana mata pelajaran tersebut didampingi dengan suara latar (voice over) dari guru menikut subjek-subjek tertentu dan persidangan video (video conferencing) di antara guru dan anak murid adalah nilai tambahan kepada program ini.

Ahli-ahli IT terpilih sebagai sandaran kepada teknologi terkini akan hadir untuk memberikan modifikasi atas teknologi terkini dari masa ke semasa. Mesra Pengguna dari staf Customer Service kami akan sentiasa melayani anda pada setiap masa.

KELEBIHAN CREATIVE DREAMS INTERNATIONAL


Sudah pasti anda menginginkan peluang untuk memiliki waktu dan wang lebih yang dapat membantu situasi kewangan apabila terjadinya kehilangan pekerjaan, perubahan dalam keperluan keluarga dan meningkatkan gaya hidup anda… Terlepas dari masalah masa lalu dan pengalaman anda, Creative Dreams bersedia membantu berjuta-juta orang untuk meningkatkan mutu dan gaya kehidupan anda melalui peluang perniagaan unik ini yang ditawarkan oleh Creative Dreams International.
  • Perniagaan bebas milik anda sendiri
    Kerja sambilan dan anda atur sendiri aktiviti anda sendiri
  • Perniagaan yang berisiko rendah dengan modal berpatutan
    Tiada inventori atau pelaburan yang besar
  • Kualiti produk yang terjamin
    Yakin apabila menggunakan dan mempromosikan produk
  • Latihan dan Program sokongan
    Untuk memperolehi sukses serta merta
  • Hasil yang sudah terbukit
    Hasil program yang telah terbukti dapat pulangan yang lumayan dan saksama
  • Pendapatan yang berterusan
    Perubahan gaya hidup dengan serta merta yang dapat membantu dalam pelan
    persaraan anda di masa akan datang

Tutorial Blog

Creative Dreams International -Business

Perintis Peluang Perniagaan Antarabangsa
TENTANG CDI

Creative Dreams International adalah syarikat E-pembelajaran yang baru ditubuhkan yang memasarkan program E-pembelajaran bagi pelajar dari sekolah rendah darjah 1 hingga sekolah menengah tingkatan 5 dimana seiring dengan silabus dari kementerian pendidikan malaysia.
Perintis Peluang Perniagaan Antarabangsa

Creative Dreams adalah impian yang diinginkan oleh President En. K. Thinesh Kumar, sebagai graduan computer dan memahami bidang E-pembelajaran, impiannya adalah untuk memulakan Portal pendidikan online dengan harga yang berpatutan yang mampu dimiliki setiap ibu bapa tak kira kaya atau miskin untuk mendapatkan akses yang lengkap dari pembelajaran secara online dan juga dapat memberikan akses dari kemajuan cara belajar tersebut yang dapat memberikan keuntungan positivebagi anak-anak di masa akan datang.

Dengan kerjasama panel guru yang berpengalaman dan berkelayakan, mereka memukan kerjasama tersebut untuk menghasilkan produk E-pembelajaran yang luar biasa dengan input output dan sistem pembelajaran nyata dengan adanya suara latar para pengajar untuk setiap topic yang meliputi pembelajaran secara objektif dan subjektif sesuai dengan sukatan pelajaran darjah 1 hingga tingkatan 5.

Dengan adanya program e-pembelajaran lengkap seperti ini , President dari Creative Dreams International menaruh harapan besar untuk dapat menyaksikan kesuksesan cara belajar dan pengajaran melalui FOCUS A bagi setiap masyarakat.

MISI CDI

Misi CDI adalah untuk menyediakan peluang kepada masyarakat Malaysia untuk merubah dan memiliki kehidupan yang lebih baik dengan memperkenalkan program Webucation terkini dimana sistem tersebut dirancang seiring dengan mata pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beserta dengan pelan perniaggan yang sangat menguntungkan, program latihan pembangunan gred tinggi dengan sentuhan peribadi, syarikat kami percaya akan dapat menyumbang balik melalui insentive yang menguntungkan. Perusahaan kami memberikan insentif dan penghargaan yang tinggi bagi pihak yang bergabung.

CDI percaya bahwa misinya dalam menjalankan industri ini akan dapat membantu dan meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia di masa akan datang.

Tutorial Blog

Program Pembelajaran Secara Online (e-Learning)

e-Learning Programme

Program FOCUS-A
Program Fokus A merupakan sistem pembelajaran lengkap dan terkini secara online (e-learning) yang dirumus khas mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang merangkumi semua mata pelajaran daripada darjah 1 hingga tingkatan 5.

Apa itu program Focus-A? (www.focusa.com.my)
Focus "A" adalah program pembelajaran online (e-Learning) yang telah dihasilkan oleh para guru yang berkelayakan dan berpengalaman tinggi beserta dengan integrasi internet dan mengikut sistem pembelajaran di Malaysia. Ia adalah satu penyelesaian pada kesukaran dan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) pelajar. Para pelajar juga boleh menilai dan mempraktikkan sendiri kebolehan mereka dalam program Focus “A” ini. Selepas mengikuti program ini, para pelajar akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan penuh yakin dan seterusnya membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Dengan mendaftar sebagai ahli dan pengguna program Focus “A” akan adanya interaksi yang lengkap antara ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak. Ibu bapa boleh memantau pembelajaran anak mereka dengan mengakses “Web Report Card” pada bila-bila masa 24 jam sehari, 365 hari setahun dan di mana jua mereka berada.

Kunci utama untuk mencapai gred yang baik adalah pada kaedah “input & output learning” – keupayaan untuk menyerap, memahami dan mempraktikkan apa yang pelajar pelajari. “input learning” adalah proses berkesan untuk membaca, belajar, menghafal dan mendengar.” output learning” pula adalah cara untuk mempraktikkan apa yang telah di pelajari.

Fokus A juga membantu anak anda untuk persiapan bagi menduduki perperiksaan dan melepasi segala rintangan dengan melengkapkan mereka untuk menjadi seorang pelajar yang sentiasa bersedia dan peka dengan peperiksaan.

Program ini akan memanfaatkan anak anda dengan metologi pembelajaran yang terdiri daripada input, output, suara latar (Voice Over), pembelajaran “live” secara online dan sesi forum untuk pelajar. Apabila tibanya hari peperiksaan, anak anda akan dapat menjalani dan menempuh segala cabaran dengan penuh yakin dan boleh mendapat “straight A+”

Tutorial Blog
Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved