Untuk belajar bermain gitar sudah tentulah anda kena mengenali kod-kod asas gitar terlebih dahulu - Klik Sini untuk mendapat kan info mengenai kod asas gitar. Tanpa membuat huraian yang panjang lebar, jom baca tips di bawah untuk anda mendapatkan tips belajar bermain gitar.
Apakah Yang Perlu Dilakukan Untuk Belajar Bermain Gitar? - Tips Belajar Bermain Gitar
1. Komitmen mesti tinggi - Untuk belajar bermain gitar, ia tidaklah semudah yang
2. Pilih 1 lagu yang nak dipelajari - Untuk belajar bermain gitar, pemilihan lagu yang nak dipelajari adalah sangat penting. Saya cadangkan untuk memilih lagu yang anda minati dan hafal untuk memudahkan anda. Lagu yang dipilih tu hendaklah bersesuaian dengan kemahiran anda yang sedia ada. Kalau anda baru sahaja bermula untuk belajar bermain gitar, pilih lagu yang mempunyai irama yang simple.
3. Dengar lagu yang dipilih sekurang-kurangnya 5 hingga 8 kali (atau lebih) - Ini membolehkan anda menangkap dan mengingati melodi lagu tersebut dan juga membolehkan anda mengenalpasti cara petikan yang sesuai untuk lagu tersebut.
4. Cari kod lagu - Selepas melakukan 3 perkara yang saya sebutkan tadi barulah korang mencari kod lagu yang anda nak pelajari. Sekiranya anda tak boleh cari kod sendiri, anda boleh dapatkannya melalui Mr. Google ataupun daripada rakan-rakan.
5. Berlatih secara praktikal - Hah~ bahagian ini sangat penting. Anda tidak boleh belajar bermain gitar kalau tak pegang gitar tu sendiri. Sekiranya anda berlatih dengan rakan, pastikan anda mengalami sendiri cara tekan kod dan cara petikan gitar. Pada awalnya saya pasti kod yang ditekan, ada yang tak mengeluarkan bunyi. Jangan putus asa, "Practice make perfect", ini sudah menjadi kebiasaan kepada mereka yang baru belajar.
6. Praktis berulang kali sehingga puas hati. Setelah anda mengetahui kod lagu, melodi dan cara petikan gitar untuk lagu yang anda pilih, anda mestilah berlatih dengan berulang-ulang kali. Sebagai peringatan, jangan bermain gitar sambil menyanyi sehinggalah anda betul-betul menguasai kod dan cara petikan gitar untuk permulaannya.
7. Dah pandai petikan kod dan melodi lagu pada gitar? Sekarang barulah anda boleh mula bermain sambil menyanyi. :)
Ok, setakat itu sahaja Tips bermain gitar dari Khai. Diharap ini sedikit sebanyak boleh membantu korang untuk belajar bermain gitar dengan lebih mudah. :)
Peace and out!~
Tags: Belajar bermain gitar, Cara bermain gitar, Tips belajar main gitar, Tips main gitar, Bermain gitar, Tutorial belajar bermain gitar
No comments:
Post a Comment
Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!