Harry Potter - Golden Snitch

Cara Tinggalkan Komen Dalam Blog Yang Menggunakan Disqus

Cara Tinggalkan Komen Dalam Blog Yang Menggunakan Disqus

Salam~

Seperti yang anda semua perasan, ruangan komen dalam blog Khaiangel.com adalah sedikit berbeza daripada bloger blogspot yang lain. Ya, Khai menggunakan sistem komen menggunakan Disqus. Mugkin ada di antara anda yang belum mengenali apa itu Disqus. Dalam entri selepas ni, saya akan berikan sedikit review mengapa Khai memilih Sistem Komen Menggunakan Disqus. Ada apa dengan komen menggunakan Disqus?(link)

Setelah berjaya memasang Komen Disqus dalam blog ni, saya telah mendapati satu perkara iaitu banyak komen yang diterima tidak mempunyai avatar ataupun image. Untuk membantu anda dan mengelakkan perkara yang sebegini, Saya nak tunjukkan cara bagaimana nak tinggalkan komen menggunakan Disqus.

Bagaimanakah Cara Untuk Tinggalkan Komen Menggunakan Disqus?

Pertama sekali, anda perlulah klik pada ruangan yang ada dalam kotak komen tersebut dan tulis komen yang anda nak berikan.

Selepas itu, anda boleh memilih identiti (ID) yang anda nak gunakan dalam bahagian "Connect With" yang terletak di bawah kotak komen tersebut. Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin menggunakan ID anda di Facebook, Twitter ataupun Google+.

Cara Tinggalkan Komen Dalam Blog Yang Menggunakan Disqus


Sekiranya anda tak nak menggunakan ID tersebut, anda juga boleh meninggalkan komen menggunakan Nama beserta dengan E-mail sahaja, tetapi keburukan menggunakan cara ini ialah komen korang takkan mempunyai link ke blog dan juga image avatar.

Anda telah berdaftar dengan Disqus? hanya perlu login dengan ID Disqus anda dan publish comment.

Ok, rasanya cara untuk meninggal komen menggunakan Disqus cukup mudah. Sekiranya anda juga ingin menggunakan sistem komen menggunakan disqus dalam blog boleh terus layari disqus.com ataupun cara untuk masukkan Komen Disqus dalam blog (link).


Tags: Komen Disqus, Cara Tinggalkan komen Disqus, Komen Disqus menggunakan Facebook, Komen Disqus Menggunakan Google+, Komen Disqus menggunakan Twitter, Disqus
Tutorial Blog

Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Belajar Bermain Gitar - 7 Tips Belajar Bermain Gitar



Untuk belajar bermain gitar sudah tentulah anda kena mengenali kod-kod asas gitar terlebih dahulu - Klik Sini untuk mendapat kan info mengenai kod asas gitar. Tanpa membuat huraian yang panjang lebar, jom baca tips di bawah untuk anda mendapatkan tips belajar bermain gitar.

Apakah Yang Perlu Dilakukan Untuk Belajar Bermain Gitar? - Tips Belajar Bermain Gitar

1. Komitmen mesti tinggi - Untuk belajar bermain gitar, ia tidaklah semudah yang korang anda sangkakan. Ramai di luar sana yang ingin belajar bermain gitar berhenti di tengah-tengah jalan kerana komitmen yang tak cukup kuat. Untuk ini, anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai gitar sendiri (gitar murah pun tak apa yang penting ada) untuk memudahkan anda belajar.

2. Pilih 1 lagu yang nak dipelajari - Untuk belajar bermain gitar, pemilihan lagu yang nak dipelajari adalah sangat penting. Saya cadangkan untuk memilih lagu yang anda minati dan hafal untuk memudahkan anda. Lagu yang dipilih tu hendaklah bersesuaian dengan kemahiran anda yang sedia ada. Kalau anda baru sahaja bermula untuk belajar bermain gitar, pilih lagu yang mempunyai irama yang simple.

3. Dengar lagu yang dipilih sekurang-kurangnya 5 hingga 8 kali (atau lebih) - Ini membolehkan anda menangkap dan mengingati melodi lagu tersebut dan juga membolehkan anda mengenalpasti cara petikan yang sesuai untuk lagu tersebut.

4. Cari kod lagu - Selepas melakukan 3 perkara yang saya sebutkan tadi barulah korang mencari kod lagu yang anda nak pelajari. Sekiranya anda tak boleh cari kod sendiri, anda boleh dapatkannya melalui Mr. Google ataupun daripada rakan-rakan.

5. Berlatih secara praktikal -  Hah~ bahagian ini sangat penting. Anda tidak boleh belajar bermain gitar kalau tak pegang gitar tu sendiri. Sekiranya anda berlatih dengan rakan, pastikan anda mengalami sendiri cara tekan kod dan cara petikan gitar. Pada awalnya saya pasti kod yang ditekan, ada yang tak mengeluarkan bunyi. Jangan putus asa, "Practice make perfect", ini sudah menjadi kebiasaan kepada mereka yang baru belajar.

6. Praktis berulang kali sehingga puas hati. Setelah anda mengetahui kod lagu, melodi dan cara petikan gitar untuk lagu yang anda pilih, anda mestilah berlatih dengan berulang-ulang kali. Sebagai peringatan, jangan bermain gitar sambil menyanyi sehinggalah anda betul-betul menguasai kod dan cara petikan gitar untuk permulaannya.

7. Dah pandai petikan kod dan melodi lagu pada gitar? Sekarang barulah anda boleh mula bermain sambil menyanyi. :)

Ok, setakat itu sahaja Tips bermain gitar dari Khai. Diharap ini sedikit sebanyak boleh membantu korang untuk belajar bermain gitar dengan lebih mudah. :)

Peace and out!~


Tags: Belajar bermain gitar, Cara bermain gitar, Tips belajar main gitar, Tips main gitar, Bermain gitar, Tutorial belajar bermain gitar

Tutorial Blog

Belajar Bermain Gitar - Kod Asas Gitar



Hello Semua,

Dalam post kali ni, Khai share tutorial yang simple mengenai kod asas gitar. Kod asas Gitar ada 14 kesemuanya. Terbahagi kepada dua iaitu kod Major dan kod Minor. Untuk belajar bermain gitar, korang kena hafal kesemua kod asas ni dan berlatih sehingga korang boleh mendapatkan bunyi dengan betul. Setelah korang mengetahui dan menghafal kod-kod asas gitar beserta dengan cara untuk menekan kod pada gitar, korang dah boleh belajar bermain gitar dengan lancar. Pastikan setiap tali yang ditekan boleh mengeluarkan bunyi (>^_^)>

Belajar Bermain Gitar - Kod Asas Gitar
Rujuk gambar di bawah untuk penerangan grafik mengenai kedudukan jari pada gitar bagi setiap kod.

Note :
X = Bunyi pada string gitar dimatikan
O = Bunyi pada string gitar dihidupkan

Picture Source :  Freeguitarvideos.com

Tags : Belajar Bermain Gitar, Kod Asas Gitar, Kod Minor, Kod Major, Penerangan Kod Gitar Beserta Dengan Gambar, Gambar Kod Gitar, Kod Gitar
Tutorial Blog

Belajar Muzik Menjadikan Kita Lebih Pintar



Belajar Muzik boleh menjadikan kita lebih pintar. Khai sangat setuju dengan statement ni. Huhuhu. Waktu Khai masih blajar kat sekolah dulu Muzik memang banyak membantu sewaktu mengulangkaji dan juga proses pembelajaran. Sebelum Khai mula belajar bermain gitar dulu, apa yang saya buat?? Saya belajar menyanyi, hahahaha. Menyanyi tidak memerlukan instrument, kita cuma perlu cari lirik lagu dan menyanyikan lagu, memang mudah. 

Menyanyi pun termasuk dalam kategori muzik, True or not? =P Untuk pengetahuan korang, saya banyak mempelajari bahasa English daripada menghafal lagu-lagu english. Antara lagu yang Khai masih hafal sampai sekarang ialah lagu daripada album pertama LinkinPark Hybrid Theory.. In the end, Points of authority, crawling, Papercut, One Step Closer, With You, Runaway, By Myself, A Place For My Head, Pushing Me Away etc etc. Lagu tu melekat dalam kepala cam tak boleh hilang, coz time tu guru English kitorang pun highly recommended kami menghafal lagu tu terutama sekali lagu "In The End".

Apa yang Khai cuba sampaikan di sini ialah, if kita belajar musik, daya ingatan kita akan menjadi lebih kuat. Bermain gitar sebagai contoh, kita belajar kod lagu dan juga terpaksa mengingat kedudukan tangan, petikan gitar, melodi dan lirik lagu. Di samping meningkatkan daya ingatan, fungsi pendengaran juga menjadi lebih tajam. ^_^

OK, cukuplah Khai membebel, sekarang jom lihat fakta Infografik di bawah!~

Belajar Musik Menjadikan Kita Lebih Pintar
 Musik Menjadikan Kita Lebih Pintar
 Musik Tingkatkan Daya Ingatan
 Tingkatkan daya ingatan dengan Musik

Peace~


Tags : Belajar Musik Menjadikan Kita Lebih Pintar, Belajar Musik, Tingkatkan ingatan dengan Belajar Musik, Infografik musik
Sumber : DailyInfoGraphic.com
Tutorial Blog

Belajar Bermain Gitar - My Fingerstyle



Pernahkah korang terfikir ingin menjadi seorang pemain gitar profesional? Ataupun ia hanya sekadar hobi dimasa lapang. Hmmm, Khai memang sangat minat bermain gitar dan menjadi hobi kegemaran Khai sejak di bangku sekolah lagi. Gitar Kapok merupakan gitar pertama Khai, My dad yang belikan sebagai hadiah PMR 2001 :D. Dari situlah saya mula untuk belajar main gitar. Gitar itu masih ada sampai sekarang ^_^.. Thanks Dad!!

Biasanya, mereka yang gemar bermain gitar akan bermain sambil menyanyikan lagu. Bagi Khai ia adalah sebaliknya. Saya lebih gemar untuk mencari kod lagu, dan memetik melodi irama gitar untuk menyamai lagu tu. Hmm, ia lebih dikenali sebagai "Fingerstyle Accoustics".

Khai tidak pernah menghadiri mana-mana kelas belajar bermain gitar, mengupah tutor ataupun menggunakan tab. Saya cuma belajar sendiri di rumah dan bersama dengan rakan-rakan. Kalau korang nak tahu, benda pertama yang Khai belajar ialah mengenali kod-kod asas gitar.  Kalau kod asas pun tak tahu, memang susah nak cari kod untuk lagu, apatah lagi if korang nak main bermain fingerstyle accoustics :D.



Kod asas Gitar ada 14 kesemuanya. Terbahagi kepada dua iaitu kod Major (A, B, C, D, E, F, G) dan kod Minor (Am, Bm, Cm, Dm, Em, Fm, Gm). Serupa belajar ABC ^_^. Err, Khai bukanlah sifu ataupun guru muzik, cuma nak share camna cara Khai belajar main gitar.

Apa yang Khai buat untuk pandai bermain gitar ialah "Meniru" ^_^. Korang jangan salah faham, Khai meniru bukan maksudnya plagarism tau! hahaha. Meniru bagi Khai, ada dua cara, iaitu melalui penglihatan dan melalui pendengaran. Kalau digabungkan Penglihatan, Pendengaran dan praktikal, memang dah boleh main. Tapi korang kena ingat, kod-kod asas gitar, korang mesti tahu, baru senang bagi korang nak cari kod lagu ^_^. 

Bila dah pandai kod-kod basic gitar, korang just Practice, Practice, Practice, Practice, Practice and Practice. Pilih 1 lagu kegemaran korang dan tumpukan pada lagu tu, sampai korang master. Semakin banyak kali korang berlatih, semakin terrer lah korang bermain gitar. Kalau dah terrer tu, sambil tutup mata pun korang dah boleh main.



Bagi korang yang berkemampuan, korang janganlah ikut cara ni. Cara ni cara zaman batu dan menyusahkan. Korang memang sangat bertuah if dapat masuk kelas muzik. Di sana korang akan lebih advance, boleh membaca Taugeh(Note) dan tabs. Cuma yang menjadi persamaannya ialah, korang masih kena practice berulang kali untuk menguasai lagu yang korang nak main.

Besar kemungkinan, Khai akan cuba untuk Upload Video Khai bermain Fingerstyle Accousics ni dalam post akan datang. Tapi gitar Khai tinggal kat kampung :(, tak apa, saya akan beli gitar biasa tuk sementara waktu :D

Bagi korang yang dah singgah sini, korang singgahlah tengok video di bawah ni. Minuette in Fingerstyle yang dimainkan oleh Sungha Jung di hadapan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak sewaktu lawatan beliau ke South Korea 2011. Enjoy!!


Peace~!

Tags: Belajar Bermain Gitar, Main Gitar, Cara Main Gitar, Kod asas Gitar
Credits: Google.com
Tutorial Blog
Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved